20 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Tim Presiden MCA Disiasat SPRM

SSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tuduhan tersebut tersiardi dalam lamanweb Malaysia Today pada 14 Okt 14, dan satu laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed laporan polis itu telha dirujukkan kepada pegawai pencegah rasuah.

Abu Kassim menyatakan SPRM sedang menyiasat terhadap tuduhan tersebut tetapi enggan untuk menjelaskan lebih lanjut.

Kelmarin Lim menyatakan beiau mahu tuduhan terhadp hubungan yang meragukan di antara Menteri kesihatan dengan sebuah syarikat, yang mempunyai urusan dengan kementerian tersebut disiasat.

Selain Liow, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga sedang disiasat oleh SPRM diatas tuduhan menuntut sumbanganRM10 juta dari Datuk Tiong King Sing, yang syarikat mempunyai kepentingan dengan Kemeneterian Pengangkutan yang diterajui oleh Ong.

Ong juga mengakui pernah menggunakan jet persendirian milik Tiong, Pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd tanpa bayaran. KDSB adalah kontraktor untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan sedang disiasat tentang bila perjalanan percuma itu dilakukan Ong.

Liow memberitahu Parlimen semalam bahawa beliau percaya tuduhan terhadapnya adalah bertujuan untuk menyerang reputasinya dan mengeruhkan keadaan MCA.

Beliau menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan jahat.

Di dalam satu perkembangan lain, Liow berkata beliau tidak berniat menjatuhkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden parti.

Beliau berkata spekulasi bahawa terdapat rancangan daripada anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA untuk menjatuhkan Tee Keat berpunca daripada pesanan beliau selepas berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) 10 Okt lepas.

"Sebelum berlepas ke luar negara (selepas EGM), Tee Keat memberitahu kami (CC) tentang hasratnya untuk meletak jawatan. Jadi kami telah berbincang dan membuat perancangan yang sepatutnya.

"Keadaan ini menyebabkan banyak perkara berlaku dan memberi gambaran seakan-akan terdapat usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Deepavali anjuran Kementerian Kesihatan di sini Isnin.

Hubungan Tee Keat dengan Liow, yang juga Menteri Kesihatan, dilaporkan renggang selepas masing-masing bercanggah pendirian berhubung keperluan untuk mengadakan EGM kedua bagi menyelesaikan kemelut dalam MCA.


Tiada ulasan: