7 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Yang Gagal Bukan Pakatan Rakyat

Kegagalan sebenar dalam menyelesaikan masalah rakyat, berpihak pada UMNO dan Barisan Nasional sendiri dan bukan kerajaan Pakatan Rakyat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata, selama kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, banyak perkara yang ditinggalkan oleh UMNO dahulu telah diselesaikan satu persatu dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang mendakwa rakyat semakin sangsi dengan keupayaan Pakatan Rakyat semalam, Khalid berkata, rakyat sendiri melihat keburukan Umno-Barisan Nasional satu demi satu.

“Saya rasa kenyataan beliau bahawa kita gagal adalah satu kenyataan yang amat meleset dan saya rasa masyarakat melihat kegagalan yang telah berlaku ialah kegagalan dari pihak barisan nasional yang tidak menjadi pembangkang yang bertanggungjawab di negeri Selangor ataupun kerajaan pusat yang bertanggungjawab di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Pejabat PAS Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, Najib seharusnya memberi teguran kepada Menterinya yang telah menyemarakkan kemarahan penduduk sehingga bertindak melampau.

Khalid berkata, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak berasas tanpa melihat fakta yang sebenar.

“Kita menunaikan tanggungjawab kita dengan mengadakan dialog awam, itu tanggungjawab kita, kita merujuk kepada pihak kuil, kita merujuk kepada pihak MBSA dan PKNS, Kerajaan negeri dan kepada penduduk, itu peranan kita tapi malangnya penduduk di Seksyen 23, bukan semuanya tetapi segolongan telah diberikan galakan dan dorongan untuk bertindak secara melampau oleh Noh Omar dan Hishamuddin, Najib sebagai perdana menteri sepatutnya memberi teguran terbuka kepada dua menteri kebinetnya yang bertindak secara tidak bertanggung jawab,” katanya.

Menurutnya, isu kuil yang cuba diselesaikan ini juga, sebenarnya gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo.

Beliau berkata, penduduk Islam Seksyen 19, Shah Alam telah membuat desakan sejak sekian lama kepada kerajaan pimpinan Khir ketika itu, namun tiada usaha positif yang dilakukan untuk menangani masalah berkenaan.


Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang, cuba dikelirukan oleh ahli-ahli Umno yang cemburu dengan kejayaan-kejayaan Pakatan Rakyat sejak mentadbir Selangor, Mac tahun lalu.

“Atas desakan barisan nasional dan dorongan dari mereka golongan ini digalakan memberikan bantahan secara tidak sopan, hakikatnya jika mereka membantah secara sopan juga kita akan ambil kira kerana kita kerajaan Pakatan Rakyat bukan Kerajaan BN,” katanya. -TVA



Tiada ulasan: