7 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Ahmad Maslan Pendulum Tak Mengaku UMNO Dah Kalah 7 Kali

Persiapan UMNO bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bermula semalam, melibatkan jentera empat peringkat.:

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbincangan jentera penerangan empat peringkat melibatkan UMNO Bahagian Telok Kemang, Pemuda, Wanita dan Puteri mengenai isu yang bakal dibangkitkan pembangkang.

Menurutnya, selain membincangkan beberapa strategi, UMNO tidak boleh selesa dengan kemenangan pada pilihan raya lalu yang menang majoriti 2,333 undi.

“Kita hanya berbincang mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang nanti.

“Perjumpaan empat peringkat jentera UMNO yang terdiri UMNO Bahagian Telok Kemang, Wanita, Pemuda dan Puteri ini adalah untuk menyusun semula strategi terbaik dan tertentu untuk pilihan raya kecil kali ini,” katanya selepas mesyuarat bersama ketua dan jawatankuasa Peneranga:n UMNO Bahagian Telok Kemang di sini, semalam.

Menurutnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa berwaspada dan jangan terlalu yakin atau bongkak bahawa kemenangan mudah dicapai kerana apa saja boleh berlaku nanti.

Ahmad berkata, walaupun DUN Bagan Pinang kubu kuat BN, mereka wajib meneruskan usaha memantapkan kemenangan dan menambah majoriti undian.

“Usaha harus diteruskan demi memastikan kemenangan berterusan, mudah-mudahan rakyat dapat menilai segala perkara yang dibuat pemimpin tempatan dan negeri, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan dan semua ahli parti perlu mengambil iktibar apa yang berlaku pada lapan pilihan raya kecil sebelum ini.

“Saya mahu menegaskan bahawa kita tidak kalah teruk sepertimana diuar-uarkan pembangkang, BN kalah 7. Sebenarnya, kita hanya kalah satu iaitu di Kuala Terengganu.

“Di DUN Penanti, kita tidak kalah kerana kita tidak bertanding. BN menang di Batang Air. Kemudian tidak menang di kawasan sememangnya sejak azali lagi mereka menang,”
katanya.

Ulasan GB

Sekarang Ahmad Maslon dah tolak teori pendulum, merbahaya bila terkena batang hidung. Jadi kena tukar ayat lain.. UMNO tidak menang di kawasan sememangnya sejak azali lagi PR menang.. kihkihkih


Tiada ulasan: