11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Takut Dgn Sivanesan, AMK Desak Inkues Siasat Dakwaan Saksi Didera

Banyak pihak meragui penafian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeni dakwaan para pegawainya melakukan penderaan ketika melakukan siasatan.

SPRM telah meminta pihak polis supaya membuat siasatan secara bebas dan terperinci terhadap semua laporan yang mendakwa para pegawainya melakukan penderaan ketika menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan terhadap SPRM, sekiranya laporan itu didapati tidak benar dan palsu.

"Telah menjadi satu trend masa kini bagi orang yang ditangkap membuat laporan polis menyatakan mereka didera, dipaksa memberi penyataan yang tidak betul, diugut dan sebagainya selepas mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebaik saja hakim Mahkamah Tinggi menolak bantahan SPRM terhadap saksi kes Teoh Beng Hock, T. Sivanesan yang mendakwa telah didera oleh pegawai-pegawai SPRM dalam satu soal siasat berhubung kes itu, tahun lalu.

"SPRM masih cuba untuk menutup kesalahan para pegawainya dengan berbuat pelbagai cara. Kelmarin lima orng pegawai siasatannya diarahkan untuk membuat laporan polis yang menafikan mereka melakukan penderaan, kini pejabat SPRM sendiri keluarkan kenyataan penafian itu. Beria-ia benar mereka menafikan. Tampak semacam takut sesuatu," ujar seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Di bulan puasa ini, rakyat melihat beberapa orang saksi Muslim yang di soalsiasat semasa inkues tidak takut dan tidak hormat lansung bulan ramadhan apabila mereka sering berdolak-dalik di dalam kenyataan mereka bila disoalbalas oleh peguam Teoh," tambahnya.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivanesan Tanggavelu, 23 tahun.

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor, di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008. Sewaktu dalam sisatan SPRM, beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Fariz Musa (gambar), Timbalan Ketua AMK disini semalam.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala, buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM, SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam, Datuk T.Murugiah.

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan. Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu?

Justeru, atas prinsip keadilan dan kebenaran, AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan.

Tiada ulasan: