11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SUHAKAM Beri Kata Dua Kepada Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memberikan tempoh 7 hari, sehingga 19 September kepada pegawai-pegawai polis yang telah disenaraikan memberikan keterangan bertulis untuk direkodkan.

Pegawai-pegawai polis berkenaan sebelum ini enggan memberikan keterangan bertulis kerana menyatakan tidak ada sebarang peruntukan SUHAKAM untuk merekodkan keterangan daripada pihak polis dan bimbang sekiranya keterangan itu akan digunakan untuk mendakwa mereka di Mahkamah Sivil.

Pesuruhjaya,Dato' Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada sidang tentang hak SUHAKAM dalam mengendalikan siasatan terbuka dan merekodkan keterangan daripada saksi-saksi merupakan sebahagian daripada prosedur inkuiri.

Dalam prosiding yang berjalan selama 1 jam itu, Muhammad Shafee membacakan beberapa akta untuk menjelaskan peranan SUHAKAM dan keperluan keterangan direkodkan tanpa mengira sama ada saksi orang kebanyakan atau pun pihak polis bagi membantu siasatan.

SUHAKAM ujarnya tegas dengan pendirian mereka bahawa pihaknya berhak untuk mengambil keterangan bertulis daripada pegawai polis yang terlibat dan mereka sebagai saksi seharusnya sedia untuk memberikan keterangan untuk direkodkan.

Ianya dijelaskan dalam seksyen 14(1)(a) yang membolehkan SUHAKAM berbuat demikian.

Lima peguam yang ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini 7 Mei ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.

Mereka merupakan anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam dan ditahan dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam.

Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.

Inkuiri seperti sebelum ini dikendalikan oleh tiga panel pesuruhjaya yang terdiri daripada Dato' Muhammad Shafee Abdullah selaku Pengerusi, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria. -TVA



1 ulasan:

anakpahang berkata...

Salam.

Sejak akhir-akhir ini anggota polis tak kira pegawai bawahan atau atasan(tidak semua) memang keras kepala.

Kuda peliharaan UMNOBN