11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Ong Sindir Chua Dengan Parti Cinta Malaysia, Chua Nafikan.

Datuk Seri Chua Soi Lek menafikan desas-desus bahawa beliau merancanga untuk menubuhkan sebuah parti baru dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat jika beliau mengulangi dakwaan tersebut.

Beberapa organisasi media melaporkan Ong telah memberitahu perwakilan MCA Pusat di dalam pertemuan sulit bahawa Chua sedang merancang untuk menubuhkan parti baru — Parti Cinta Malaysia — jika dia gagal untuk muncul semula di arena politik.

“Jika Ong mengulangi tuduhan itu, saya akan saman dia,” Chua memberitahu pemberita di sidang medianya pagi ini.

“Saya tidak hasrat untuk menubuhkan sebarang parti politik baru, ia adalah hasil ciptaan Ong Tee Keat, datuk kepada karut-marut.”

Ditanya samada beliau ada membuat keputusan samada untuk merayu pemecatannya dari MCA, Chua menyatakan tidak ada.

Chua juga menjawab soalan samada penyokongnya telah mempunyai perwakilan yang mencukupi untuk EGM, mendakwa beliau telah melihat 1,200 tandatangan tersebut dengan mata kepalanya, yang mana ia melebihi daripada 800 yang diperlukan.

Ulasan GB

Parti Cinta Malaysia - satu nama yang dicipta khas untuk menyindir Chua Soi Lek ekoran isu pita video seks yang menyebabkan beliau dipecat dari MCA.

Itu berkemungkinan hasil rekaan Ong Tee Keat dalam usaha menyerang habis-habisan Timbalan Presiden MCA itu.





Krisis MCA lahirkan parti baru

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini mendakwa penyokong Datuk Seri Chua Soi Lek, sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai 'Parti Cinta Malaysia' selepas gagal untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membatalkan pemecatan Chua dari parti itu dan jawatan timbalan presiden.

Ibrahim Yaakub dari pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pulau Pinang hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu telah didaftarkan tiga bulan lalu.

Semakan dengan pejabat pendaftar pertubuhan di Seberang Perai mendapati Parti Cinta Malaysia (PCM) - sebuah parti pelbagai kaum - didaftarkan di Pulau Pinang pada 6 Ogos lalu.

Sijil pendaftarannya menunjukkan alamatnya di Chai Leng Park, Perai bersama senarai penuh ahli jawatankuasanya.

Presiden pertama parti baru itu ialah Tang Weng Chew,38, seorang pengarah sebuah syarikat bekalan makanan, bersama dengan Loo Kien Seang dan Lim Kim Chu masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata beliau tidak tahu banyak mengenai parti baru itu kerana biasanya pendaftaran parti politik dikendali dan diluluskan oleh pihak ibupejabat ROS di Putrajaya.

Beliau juga percaya permohonan PCM dibuat terus kepada ibupejabatnya di Putrajaya, tanpa melalui pejabat di Pulau Pinang.

"Saya akan tahu jika mereka menyerahkan borang permohonan kepada pejabat ROS Pulau Pinang," katanya.

Mengikut laporan media hari ini, Ong memberitahu perwakilan MCA dalam satu taklimat tertutup malam tadi bahawa Chua merancang untuk mendaftarkan sebuah parti politik jika dia gagal kembali semula ke dalam MCA.


Malaysiakini



Tiada ulasan: