11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Lagi Kecaman Untuk SPR Kerana Undi Pos

Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang enggan untuk menghapuskan Lampiran 2 terus menerima kecaman kerana disifatkan sebagai satu penipuan untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut menyedari akan menghadapi laluan sukar dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya majoriti besar pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.


“SPR seharusnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi.

Tiada ulasan: