14 Jul 2009

MANEK URAI : UMNO BN Terdesak, Guna Kekasaran

Umno-BN kini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan genting apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya kecil Dun Manek Urai hari ini.

Timbalan Exco Urusetia Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata pihaknya yakin Umno sangat memerlukan kemenangan pada kali ini bagi memulihkan kekuatan dan sokongan.

"Maka, tidak hairanlah jika mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan supaya mereka beroleh kemenangan pada kali ini," ujarnya ketika ditemui di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Sungai Peria pagi ini.

Sebaliknya jika PAS menang ujarnya, segalanya akan berakhir bagi Umno.

"Jika PAS menang, maka akan lenyaplah segala propaganda Umno bahawa Melayu masih sayang kepada BN.


"Oleh yang demikian saya menyeru kepada penyokong dan pengundi agar tidak memberikan sebarang talian hayat dan nyawa kepada Umno-BN yang sudah hampir mati," tegasnya.

Ditanya mengenai perkembangan semasa kempen pada kali ini, beliau berkata cabaran dan kesukaran termasuk serangan pihak Umno sangat ketara.

"Bagi sebuah pilihan raya kecil, serangan Umno begitu terasa kerana ianya terlalu kuat.

"tetapi jika PAS berjaya mempertahankan kerusi ini maka pengundi di sini telah berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan pengundi yang cekal dan kuat dari segi mental dan fizikal kerana berani dan bijak untuk menepis segala propaganda dan dakyah Umno-BN," ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera terutamanya muslimat yang gigih dan rajin bekerja untuk memastikan kubu kuat PAS itu terjaga.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang ditemui di tempat kejadian juga menjelaskan perkembangan proses pengundian buat masa ini berjalan dengan lancar.

"Saya yakin target kita akan tercapai," katanya.

Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Sementara itu laporan-laporan media arus perdana masih menunjukkan sikap berat sebelah dengan melaporkan insiden-insiden di dalam kaedah untuk menampakkan seolah-olah penyokong PAS bertindak kasar dengan menutupkan berita mengenai kekasaran yang dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO BN.

Terdapat pemerhati politik berpendapat PAS akan menang di dalam pilihanraya kecil Manek Urai ini tetapi dengan majoriti yang menurun.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah pas menang dgn majoriti meningkat.Takbir!!!!!!

Hal ini demikian kerana melihat kpd serangan2 kempen utk Pilihanraya drpg BN kpd Pas tersangat tdk logik..,begitu juga dengan pengundi2 muda yg tetap balik dan bersama-sama memberi sokongan kpd Pas...

InsyaAllah pas menang dgn majoriti meningkat.