14 Jul 2009

MANEK URAI : Faktor 2 Kekalahan BN - Royalti Minyak

Mana mahu - Wang Royalti atau Jembatan Manek Urai?

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru bernilai RM7juta bagi menggantikan jambatan satu hala yang dibina pada 1990; menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya Umno menang dalam pilihanraya nanti

Adakah rakyat Manek Urai terlalu bodoh sangat untuk memangkah BN semata-mata kerana mengharapkan jambatan tersebut?

Rakyat Kelantan, khususnya di Manek Urai tentu tidak sebodoh yang disangkakan oleh Muhyiddin.

Apalah sangat jambatan yang bernilai RM7juta itu kalau mahu dibandingkan dengan RM1billion, wang royalti minyak dan gas asli yang sedang dituntut oleh kerajaan PAS Kelantan.

Dengan wang sejumlah itu, bukan sahaja Manek Urai dapat dimajukan, malah seluruh negeri Kelantan akan dapat dibangunkan.

Rakyat Manek Urai mesti mengundi PAS supaya tidak dilihat bodoh sangat kerana memilih jambatan RM7juta berbanding dengan RM1 billion wang royalti minyak dan gas asli.

Jangan diperbodohkan oleh Umno/BN yang menafikan hak rakyat Kelantan keatas wang royalti tersebut. Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petroliam dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali

Buktikanlah bahawa orang Kelantan cerdik-cerdik belaka dengan memilih parti PAS yang memperjuangkan hak rakyat. -alhusseyn51


Tiada ulasan: