14 Jul 2009

MANEK URAI : Lintas Lansung Sekitar PRK N41

Lintas lansung dari Manek Urai, Kelantan.

5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR

4.55 petang - Di Temali, seramai 350 orang berhimpun di hadapan pusat pembuangan undi (50%Pas dan 50% BN)%

4.52 petang - 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86%

3.15 petang - SPR melaporkan 83.8% atau 10,312 dari 12,293 pengundi telah keluar mengundi sehingga jam 3 ptg

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang pengundi luar telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

2.30 petang - Mengikut culaan ke atas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.

2.00 ptg - 80% atau 9,845 dari jumlah 12,293 telah mengundi - SPR

1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setakat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.

1.14 petang - calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major


1.10 petang - Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

12.59 tengahari - Pusat Pengundian Laloh - Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.

Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.

Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.

Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.

Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut

12.30 tengahari Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala. - perisikrakyat

12.30 tengahari - Keadaan di Pria kembali terkawal oleh pasukan polis

12.19 tengahari - Pusat pengundian Pria - keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian

Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.

12.05 tghari - SPR melaporkan 68.4% atau 8,415 dari jumlah 12,293 telah mengundi.

11.59 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

11.46 pagi - Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.


11.46 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat mengundi lain.

11.43 pagi - Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan

11.38 pagi - Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.

Keadaan semakin lengang, provokasi antara dua parti juga sudah tiada.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.22 pagi - Pandangan berbeza dari pemerhatian Mahfuz Omar. beliau menyatakan PAS menang dengan majoriti berkurangan. - malaysiakini

11.22 pagi - 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.

Jalan dari Kuala Krai - Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.

11.20 pagi - Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.

11.00 pagi - Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik oleh mereka yang disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ. -malaysiakini

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'

11.00 pagi - Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah.

“Peluang menang cerah bagai bulan purnama,” katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 dekat sini, sebentar tadi.Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah berkata peluang beliau untuk menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah cerah.

Beliau berkata, setakat ini, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan petugas parti mendapat sambutan ramai pengundi.

“Peluang menang cerah bagai bulan purnama,” katanya ketika ditemui wartawan di Sekolah Kebangsaan Peria 2 dekat sini, sebentar tadi. -Berita Harian

10.58 pagi - Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.

10.57 pagi - Di Temalir - lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.

10.39 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.

10.45 pagi - Di UPU Manjor - 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki lagi yang tidak keluar mengundi.

10.40 pagi - daripada UPU Temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.

10.30 pagi - Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian. -perisikrakyat

10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.

Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10.26 pagi - SPR melaporkan 38.3% atau 4,706 pengundi telah keluar mengundi.

10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.

10.20 pagi Trak FRU dan polis tiba di SK Manik Urai Baru setelah dimaklumkan berlaku kekecohan

10.10 pagi - Di Manek Urai baru pula, seorang wanita "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat yang kuat oleh penyokong PAS. - Malaysiakini

10.00 pagi Kebanyakan media tempatan meramalkan PAS akan memenangi PRK N41 Manek Urai. Keputusan akan diumumkan lebih krg jam 8 malam ini.

9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikuta jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.

Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.

9.45 pagi - Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Berita Harian melaporkan berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

9.35 pagi - Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.

9.35 pagi - Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.30 pagi Pengerusi SPR Aziz Yusof tak gembira dengan kehadiran ramai penyokong PAS di SK Peria yang menurutnya bertentangan dengan peraturan PRK Manek Urai. Seolah-olah beliau Pengurus pilihanraya UMNO BN dan bukan SPR.

9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.

9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

9.00 pagi Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.

8.30 pagi Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi Kebanyakan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.

sumber : pelbagai

dikemaskinikan sentiasa

Tiada ulasan: