26 Jun 2009

UMNO TERENGGANU MENUJU KEHANCURAN, PAS BUAT APA?

Hisham: Krisis Umno T’ganu parah jika berlarutan

Krisis politik Umno akan menimbulkan masalah besar jika pertembungan dua kumpulan – Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh – terus dibiar berlarutan, kata naib presiden Umno.

“Kalau dibiarkan (kemelut di Terengganu)… Saya lihat ia akan jadi masalah yang besar.

“Kalau pihak ketiga tidak diminta untuk memimpin, mungkin ia tidak dapat diselesaikan,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Beliau, kini dilantik pengerusi perhubungan Umno negeri, berkata perpecahan dalam parti itu akibat beberapa personaliti dan pergeseran di beberapa bahagian – dipercayai bermula sejak pilihanraya umum tahun lepas.

“Saya lihat tidaklah mendalam sangat. Ia berkisar kepada personaliti, berkisar kepada sejarah, pada suasana yang berlaku di beberapa bahagian.

“Bukan semua, mungkin tiga bahagian sahaja,” katanya dalam wawancara dengan

Sumber : Utusan Malaysia.


MANJANIK : Apa yang penting PAS Terengganu memberi penumpuan yang khusus terhadap usaha-usaha menambah kepercayaan rakyat kepada PAS.

Jangan lagi lalai dan leka mengatur strategi untuk menawan Terengganu.

Apalah lah sangat nak dibanggakan dengan ramainya pemimpin PAS atasan asal dari Terengganu akan tetapi apabila berpilihan raya rakyat menolaknya.

Inilah masa dan peluang yang ada pada PAS Terengganu. Ayuh bangkitlah… - MANJANIK


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emm PAS Trg masih terbuai dengan angan2 Kerajaan Perpaduan sampai x tahu nak buat apa2 sewaktu UMNO berpecah.

sampai tak nampak FRU pun dah datang ke Marang.

oh pemuda2 pas terengganu, masih tidur kah kamu?

Tanpa Nama berkata...

susoh pas nok menang di tganu..para pimpinan paka baju rm10 pon tak mau time kempen..mkn nok bagus..gatung bendara sikit kijoan tanyo air n mknan doh..try tanyo pimpinan pas ganu..company mano dpt tander cetak bahan2 kempen n parti??bekas adun mano dpt projek ni?dedahkan..sy nok tau..just nok tengok pimpinan pas ganu kecek mabuk ko dok

Tanpa Nama berkata...

PAS Terengganu..mintaklah maaf byk2 sebab cakp..lembap sikit dr negeri2 lain

AlHadi Tok Ayah Su (atas) berkata...

salam hormat !

lihat perkembangan isu semasa disalah sebuah DUN Hulu Terengganu didalam http://berkatilah.blogspot.com TK

Skuad Peninjau berkata...

PAS terengganu tgh meeting dalam gelap ni.

Sabarla, mesti suprise punya!

Pasti tidak menghampakan kita semua.

PASTULEN berkata...

SORRY TO SAY THAT PAS TRENGGANU DAN PEMUDA PAS TRENGGANU SUDAH ROSAK, DIROSAKKAN DENGAN NAFSU DUNIAWI

PERJUANGAN MEREKA KINI LEBIH MIRIP MENYATUKAN BANGSA DARI MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBENAR. UCAPAN DAN TINDAKAN MEREKA SELARI BENAR DENGAN PERJUANGAN UMNO. ITU SEBAB MEREKA TIDAK MENANG DAN TIDAK AKAN MENANG BERSAMA ISLAM.

PAS TERENGGANU PERLU DINYAHKAN TERUS DARI PARTI ISLA SEMALAYSIA. MEREKA PEROSAK. MEREKA MUNAFIK DALAM PERJUANGAN ISLAM.