26 Jun 2009

MANEK URAI : Zahid Hamidi Perlu Jawab Penglibatan tentera Raih Undi

Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) mendesak Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menjawab dakwaan PAS bahawa ada operasi ketenteraan dilaksanakan di Manek Urai Kelantan untuk memastikan kemenangan bagi Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN itu 14 Julai ini.

Pengarah NIEI, Yunus Ali, berkata Kementerian Pertahanan bertanggungjawab memastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana ia membabitkan campurtangan militer dalam politik negara.

"Menteri Zahid Hamidi perlu menjelaskan situasi ini di Dewan Rakyat," kata Yunus,

"Secara prinsip, mana-mana anggota kerajaan, termasuk tentera, tidak boleh mencampuri urusan pilihanraya. Mereka seharusnya bersifat berkecuali."

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mendedahkan dokumen menunjukkan BN menyalahguna sumber tentera untuk menjalankan projek-projek kebajikan di Manek Urai, dalam operasi yang dinamakan 'Jiwa Murni'.

Dokumen dari Jabatan Perisikan di Kementerian Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan itu turut menyatakan Ops Jiwa Murni mensasarkan kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai kubu kuat Pas berdasarkan kepada keputusan PRU12 yang lalu.

Menurut dokumen itu lagi, apabila menghampiri hari penamaan, anggota tentera dinasihat untuk tidak terlalu menonjol supaya institusi tentera tidak dilihat sebagai memberi sokongan terbuka kepada BN.

"Tindakan Ahli Parlimen Mahfuz menunggu jawapan dari Kementah adalah satu langkah yang wajar. Kami menyarankan peguam parti supaya meneliti kes ini dan di bawa ke Mahkamah," kata Yunus.

"Manakala bagi pihak NIEI pula, kami boleh membawa isu ini ke perhatian antarabangsa," tambah beliau.

BERITA SEBELUM INI


UMNO GUNA TENTERA RAIH UNDI


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO bertambah gelabah. Polis sudah, FRU sudah, samseng sudah, dan sekarang guna tentera pula.

Kalau tentera sudah diajak bermain politik, tidak lama lagi Malaysia akan jadi seperti Myanmar. Angkatan Tentera pula yang memerintah negara.

Kalau dulu menang kerana menipu, hari ini bertanding masih nak menipu lagi. Bila kalah guna kekerasan, belasah sana belasah sini, tangkap orang tu, tangkap orang ini untuk takutkan rakyat.

Mengguna khidmat polis dan tentera untuk menjaga keselamatan negara memang dialu-alukan dan agenda itu mesti diutamakan. Tetapi guna polis dan tentera untuk menakutkan rakyat dan berpura-pura membuat kebajikan pada orang kampong bagi mencari kemenangan pilihanraya itu bacul namanya. Dan itu juga menunjukkan bahawa kewibawaan parti yang memerintah sudah tidak diterima oleh rakyat.

Sebagai rakyat, kita mesti halang tindakan menteri pertahanan menyalahguna angkatan tentera Malaysia untuk kepentingan politik UMNO.