Di dalam satu perkembangan terkini, Kementerian Pertahanan telah merancang untuk membina Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, antara kompleks termoden dan termaju untuk pasukan berkenaan yang kini giat dibina di Wakaf Tapai, Marang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.
Pegawai Pemerintah Unit 6, FRU Terengganu, Superintendan Din Ahmad berkata, sehingga kini pembinaan kem berkenaan berjalan lancar sejak ia dimulakan pada 2006.
Menurutnya, kem bernilai RM199.5 juta itu kini dibina mengikut spesifikasi bagi pakej satu dan dua.
“Bagi pakej satu, pembinaannya sudah dimulakan sejak 2006 lagi dan kini tahap pembangunannya mencapai 66 peratus. Bagi pakej pertama ini, ia membabitkan kos sebanyak RM74.495 juta, melibatkan rumah kediaman pegawai dan anggota, surau serta arked perniagaan.
“Pakej dua pula bermula pada penghujung 2008 dan tahap pembangunannya adalah 11 peratus, membabitkan kos bernilai RM125 juta. Ia akan merangkumi pembangunan bahagian pentadbiran, garaj kenderaan, dewan serba guna dan padang kawad,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan pembangunan Kem FRU di Wakaf Tapai, semalam.
Banyak pihak melihat pembinaan kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai satu siri usaha pihak kerajaan UMNO BN untuk menggerakkan unit tentera FRU di negeri tersebut bagi mempastikan Terengganu akan terus kekal di bawah pemerintahan UMNO BN.
Lazimnya tentera FRU ini akan dikerah dan digunakan untuk "membelasah" rakyat yang dilihat tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa terutama di dalam mana-mana majlis perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.
3 ulasan:
gila la... korg ni betul ke dah gila??? fitnah je 24 jam. apa masalahnya bina kem tu??? ooo kalau bina balai polis, kem tentera, semua tu tandanya umno nak tawan negeri tu lah?? abis kat kedah ada kem tentera awat kalah gak??? sudah2 la tu. buat fitnah tak ingat nak g kubur ke????
ada logiknya
kat perak dah dibuatnya kem fru lebih awal sehingga mudah bagi fru dikerahkan sewaktu misi menawan Peak oleh UMNO BN beberapa bulan lalu.
bila ada kem FRU maka akan bertambahlah undi pos.
Catat Ulasan