18 Jun 2009

PAS UMNO : Nasharuddin Menghilangkan Diri

Nasharudin Mat Isa yang baru sahaja meraikan kemenangan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ketiga berturut-turut kini keseorangan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Bermula pagi semalam, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali menjelaskan pendirian yang berbeza dengan Nasharudin dalam jawapan kepada Datuk Seri Najib Razak yang berkata PAS ikhlas dalam mewujudkan kerjasama.

Nasharudin dilihat mengalu-alukan kenyataan Najib, yang banyak ditafsirkan sebagai satu perangkap, dengan berkata ia sesuatu yang positif, walaupun tetap menolak pembentukan kerajaan perpaduan.

Kenyataan orang nombor dua PAS itu telah, tanpa disengajakan, meresahkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar semalam, Mustafa pula cuba menutup pintu kerjasama politik PAS-Umno apabila menegaskan pembentukan kerajaan perpaduan hanya boleh dibuat dengan penyertaan PKR dan DAP, namun terus mempertahankan usaha-usaha perbincangan dengan Umno untuk isu-isu kepentingan negara.

Pada waktu yang sama Mustafa memberikan kenyataan itu, di Parlimen wakil Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan isu kerjasama dengan Umno tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat.

Sementara di Kota Baru, hanya beberapa jam selepas sidang akhbar Mustafa, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat kenyataan mengejutkan menyuruh Nasharudin mengosongkan kerusi Bachok.

Sebelum itu, beliau memanggil mereka yang mahu kerajaan perpaduan sebagai boneka Umno, dan di kawasan sekitar Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan Kelantan kain-kain rentang telah dinaikkan untuk menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz dan penolakan kepada usaha kerjasama dengan Umno.

“Tuan Guru, sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, berhak menyuruh Nasharudin meletakkan jawatan,” kata seorang sumber yang rapat dengan pejabat mentri besar Kelantan.

“Seperti Ibrahim Ali yang kini menentang PAS, Tok Guru juga telah suruh dia letak jawatan,” tambahnya merujuk kepada ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket parti Islam itu tetapi kini condong kepada Barisan Nasional.

Mereka yang rapat dengan Nik Aziz percaya kenyataan itu dibuat secara terancang kerana beliau dikenali sebagai ahli politik yang licik.

Hari ini, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi, kali ini oleh dua naib presiden parti itu.

Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar secara berasingan memberitahu wartawan bahawa Nasharudin mesti bersemuka dengan Nik Aziz sebelum mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat minggu depan untuk meleraikan kekusutan dan keresahan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Jika pertemuan itu dapat dilangsungkan, ini kali kedua dalam setahun pemimpin kanan PAS terpaksa berhadapan dengan Nik Aziz selepas bertikam lidah secara umum.

Tahun lalu, Mustafa, yang ketika itu pengarah pilihanraya, terpaksa menghadap Nik Aziz setelah mengkritik secara terbuka rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani mempertahankannya sementara presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, orang yang mencadangkan idea kerajaan perpaduan itu, kini berada di luar negara dan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu.

Tidak mungkin Hadi berani mempertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan. -Adib Zalkapli

28 ulasan:

keraspedal berkata...

padan muka..

selayaknya untuk dia..

boneka tetap boneka..

so,berambus la dari pas...

org nogori pun tak suka nacha..

walaupun si nacha pun org nogori jugak..

sebab tu kena tanding kat bachok..

kat terengganu pun dia kalah..

pengaruh dia kerana pas,bukan kerana diri dia..

pangaruh pas kerana tuan guru nik aziz..

berani dia lawan ketua..

siapa bos sekarang ni..

sendiri..sendiri,nacha sendiri..

haha..

padan muka..

kah..kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

nasha ada kat cheras

Tanpa Nama berkata...

Dia dok kira Untong atau Rugi kalau dapat jual PAS saleman katakan.

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Semoga Allah mengampunkan dosa kamu Greenboc...
buat artikel yang menyakitkan hati ahli-ahli PAS, menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS, walaupun saya sangat hormat dan menyanjungi TGNA, saya juga hormat dan menyanjungi semua pimpinan lain.Saya ikuti kenyataan kedua-dua pihak.Secara peribadi, Ustaz NASHARUDDIN menjawab dengan baik dan cermat semua soalan media.

muslim berkata...

walau apapun, kita tunggu dalam beberapa hari lagi... tgk apa jadi. sepatutnya nasya tu x buat perkara begini... dari mula-mula bibit pertemuan ini berlaku, dah ada niat yang x jelas dan mungkin x betul... naper perlu bertemu senyap2 kalau niat dah ikhlas sampai beberapa pemimpin tertinggi x tahu menahu, dan bila ditanya banyak selindungnya sama ngan no 1 tu gak... lari ke luar negara samalah cam apa yg dibuat mahathir masa nak serang memali dulu x der dalam negara... pengikut bawahan taat dan wala' kepada pemimnpin tetapi pemimpin x taat kepada pemimpin yg lebih atas... apa lah guna jadi no 2... tgk air muka pun org benci... dah pangkat tok guru mursyidul am... apa2pun mintalah nasihat beliau, kita kan berjemaah kenapa buat tindakan sendiri dan beberapa kerat jer... ???

Paul berkata...

Ramai ahli, penokong dan perwakilan tak tau cerita gelap yang dah berlaku sejak lebih setahun yang lalu. Harapkan baca HARAKAH dan SIASAH yang pro kpd bbrp org tertentu hingga membelakngkan TGNA mana cukup. Akhirnya hanya terikut-ikut dengan brand ulama. Perwakilan tersilap pilih NMI.

Tanpa Nama berkata...

inamadia said...
Semoga Allah mengampunkan dosa kamu Greenboc...
buat artikel yang menyakitkan hati ahli-ahli PAS, menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS, walaupun saya sangat hormat dan menyanjungi TGNA, saya juga hormat dan menyanjungi semua pimpinan lain.Saya ikuti kenyataan kedua-dua pihak.Secara peribadi, Ustaz NASHARUDDIN menjawab dengan baik dan cermat semua soalan media.

Yang sakit hati cuba golongan pro-UG jek yang x berapa kerat.

Majoriti sokong GB. Saya yakin.

Unknown berkata...

maafkan saya inamadia, jawapan kpd pihak media yg bertanya kpd ustaz Nasha adalah TIDAK mencerminkan jawapan yang baik dan cermat sama sekali. Ya, ia jawapan peribadi beliau & mencerminkan kesungguhan beliau melangsungkan usaha muqabalah & dakwahnya kpd pihak UMNO. Tetapi JIKA beliau bijak dan berhati-hati, jawapan yang baik dan cermat adalah beliau memilih BERDIAM DIRI (atau sekurang-kurangnya beliau boleh jawab "Kita tunggu keputusan mesyuarat PAS nanti"), drp. menjawab seperti sedemikian.

muslim berkata...

mcm mana org mcm tu blh dipilih jd no. 2. x pandai nak jawab. kalau bijak, jawapan dia x akan mencetuskan perpecahan dan perbalahan mcm ni. kalau org bawahan marah bolehlah kita kata kurang tarbiah x faham wala' la apa... tapi sampai dah mursyidul am sendiri yang marah... nak kata apa lagi? tok guru cukup berhemah bila bercakap sampai pemimpin umno sendiri pun akui... tapi kalau kata2 yg keluar dari tok guru thdp nasya ni dah mcm tu skali maknanya nasya tu jenis x reti bahasa... tgklah cara tok guru dari dulu lg buat teguran.. mula2 pkataan muzakarah mesti diubah jadi muqabalah, ........ lepas tu boneka umno.... x faham bahasa juga sampai tok guru kata kalau nak teruskan juga dgn agenda ni letak jawatan sbg org no 2 dan wakil bachok.

kalau nasya ni btul2 bijak dan berhemah, jawablah dengan jawapan yg mencerminkan kputusan jemaah dan muktamar.. ni pandai2 jer jawab nak bawa respon positif tu kepada org no. 1 mcmlah pas ni milik depa dua tiga kerat.

kalau nasya ni betul2 ikhlas... letak jer jawatan tu... then pegilah cari mana2 kawasan kat negori atau ganu tu btanding

FikirBulat2 berkata...

slm kpd shbt2 semua..sudah2 la ngan isu ug ni..kita jernihkan kembali keadaan sblm ianya menjadi titik hitam dlm hati masing2..Alhamdulillah, Allah Maha Adil..belum sempat najib n konco2 nya meningkatkan usaha mengkucar-kacirkan PAS,semalam najib sendiri yg dibangkang..sultan johor x setuju dgn usul jmbtn ke-3 m'sia-s'pore yg dibuat oleh najib..bangang punya pm,sepatutnya jmbtn ke penang yg perlu ditambah..agaknya inilah projek yg che det nk sgt tu..mulanya nk tmbh 1 je..tup2 dlm ekonomi gawat ni najib tmbh lg 1..jd 3..hebat btl strategi ekonomi anak tun razak ni..

Tanpa Nama berkata...

MNI cuba melakukan sesuatu untuk kepentingan umat islam dan melayu. Sekurang2nya beliau mencuba,adakah itu salah?Jangan kita cepat sangat melatah tidak tentu hala. Secara peribadi saya menyokong usaha ini,demi perpaduan umat islam. Jangan kita terlalu jumud.

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
inamadia said...
Semoga Allah mengampunkan dosa kamu Greenboc...
buat artikel yang menyakitkan hati ahli-ahli PAS, menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS, walaupun saya sangat hormat dan menyanjungi TGNA, saya juga hormat dan menyanjungi semua pimpinan lain.Saya ikuti kenyataan kedua-dua pihak.Secara peribadi, Ustaz NASHARUDDIN menjawab dengan baik dan cermat semua soalan media.

Yang sakit hati cuba golongan pro-UG jek yang x berapa kerat.

Majoriti sokong GB. Saya yakin.

Orang yang sakit hati ialah ahli pas yang jilat dan sembah UG. Greenboc lah yang membuka rahsia kejahatan segelintir pemimpin yang lagak ulama tetapi penuh dengan sifat ketamakan, terliur jawatan dalam kerajaan dan merangkap masuk dalam kelambu umno secara senyap2. malulah sikit, ahli pas bukan macam itu perangai, pas berjemaah segala tindak tanduk mesti bawa dalam mesyuarah, malahan pas ada Mursyidul am yang sentiasa terbuka daam perbincangan mengapa tidak digunakan peluang ini.

muslim berkata...

Anonymous said...
MNI cuba melakukan sesuatu untuk kepentingan umat islam dan melayu. Sekurang2nya beliau mencuba,adakah itu salah?Jangan kita cepat sangat melatah tidak tentu hala. Secara peribadi saya menyokong usaha ini,demi perpaduan umat islam. Jangan kita terlalu jumud.

June 19, 2009 5:53 AM

--------

apa nak cuba2 nih? ingat perjuangan ni makmal kajian ke aper? pandai sebut perkataan jumud tapi x tau apa pengertian sebenar maksud jumud...

persoalannya sekarang... bukan percubaan tetapi perbuatan dan tindakan yang tidak betul dan menyalahi keputusan jemaaah. jangan krn jawatan sbg org no. 1 atau 2, kita boleh buat apa sahaja... nak buat apa saja buatlah tapi pastikan itu adalah untuk jemaah... pengukurnya itu adalah keputusan jemaah keputusan majlis syura... ini majlis syura pun x pernah bincang. bila dah celaru mcm ni ada lak nak minta dihentikan perbincangan pasal ini... siapa yg mula dulu? nak henti pasal apa? supaya hangpa blh buat lagi senyap2.. dulu gitu gak stapa cakap pastu dia gak yg mula lagi...

TokMudim AL Siddiq berkata...

Yop....tolong bersangka baik dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Akibat pemikiran beliau yang menegak tidak membujur seperti kebanyakan orang-orang awam fikirkan, beliau diperlekehkan.

Pembentukan kerajaan perpaduan (UG) adalah hasil pemikiran politik tersohor...penyelesai permasalahan ummah.

labah2 berkata...

"Pembentukan kerajaan perpaduan (UG) adalah hasil pemikiran politik tersohor...penyelesai permasalahan ummah."

Pembentukan kerajaan perpaduan (UG) adalah hasil pemikiran politik tercetek untuk memenuhi nafsu sarakah pemimpin yang gila nak jadi Perdana Menteri... pencetus kepada perpecahan ummah.

MatKomen berkata...

Ini bukan pasal sangka menyangka tapi pasal fakta.
Niat yang baik saja tidak cukup, mesti dibuat dengan cara yang betul. Sebagai TP Nasha kena cerdik dan tahu tipu muslihat politik musuh. Kalaupun konsep kerajaan perpaduan itu baik tapi masanya telah tidak sesuai dan tak perlu lagi diwar warkan, Dari awal lagi nampak nya kepimpinan PAS (presiden & Timbalan) gagal menjelaskan arah tuju dan tindakan dalam merealisasikan perjuangan. Dalam politik kepimpinan tidak boleh membuat kesilapan bodoh (blunder) seperti ini kerana implikasinya sangat besar. Tiba masa untuk Nash berundur!

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja Nash berundur, Presiden pun kena berundur sebelum mereka diundurkan nanti.

Undurlah cara terhormat sebelum dipaksa untuk berundur dengan dasyat oleh ahli jemaah.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Bukan sahaja Nash berundur, Presiden pun kena berundur sebelum mereka diundurkan nanti.

Undurlah cara terhormat sebelum dipaksa untuk berundur dengan dasyat oleh ahli jemaah.

...................................

ini ayat org yg dah terlalu pening. bengkak. islam mengajar begini ke. patut lah pas x kemana x boleh menang. sebab ada lagi orang yang berfikiran pening mcm ni.

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
Bukan sahaja Nash berundur, Presiden pun kena berundur sebelum mereka diundurkan nanti.

Undurlah cara terhormat sebelum dipaksa untuk berundur dengan dasyat oleh ahli jemaah.

...................................

ini ayat org yg dah terlalu pening. bengkak. slam mengajar begini ke. patut lah pas x kemana x boleh menang. sebab ada lagi orang yang berfikiran pening mcm ni.


inilah kelebihan dalam pas di mana ahli bebas kritik presiden @Tp. Bukan macam dalam amnu. ahli hanya tahu yes man dan kipas pemimpin. sampaikan semua tindakan pemimpin baik. macam malaikat

Tanpa Nama berkata...

bubar saja pas buat pas baru -baru dapat muka baru yang tua -tua tendang je ambil yang muda muda yang lanjut usia bercampur nyanyak nak buat apa patut duduk rumah org tua je tak payah fikir dunia barulah agresif tak lembek

Tanpa Nama berkata...

tak patut tak patut org bertaraf ulamat pulul org hampir mati . kan semua makhluk allah semuanya buat silap kenapa kita mendabit dada aku saja yang betul dimananya keimanan takkan berbaik dengan umno jadi kapir kalau berbaik dg DAP jadi... DAP terang-terang tolak islam. Dulu kata kita perlu menjinak dg islam supaya faham islam dan kalau umno tukar pelembagaan belandaskan quraan dan hadis kita sangup bubar pas boleh pulak, bila berbaik org lain buat tak boleh marah ni ulamat ke ularmamat.
setahu saya sbb saya belajar jugak kita perlu berbaik-baik sesama islam hata org kapiak pun.
tak baca bab ni kot

Tanpa Nama berkata...

mmg patut bunuh org munafiq

Tanpa Nama berkata...

mmg patut bunuh org munafiq

oi sedap nya mulut ramai benar kena bunuh kalau ulamat buat silap mesti kena bunuh biasanya org tak berimu ambil jalan mudah.

Tanpa Nama berkata...

munafiq le be...
munafiq
munafiq

no to munafiq
notomunafiqeen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

cilaka...barua umno.

Tanpa Nama berkata...

bodo betul org pas kasek sedkit mengamuk keliling kampung penyokong pas lagi bodo dalaman pati pun tak boleh selesai macam mana hal negara .

kona leper berkata...

Anonymous said...
bodo betul org pas kasek sedkit mengamuk keliling kampung penyokong pas lagi bodo dalaman pati pun tak boleh selesai macam mana hal negara .

Org pas tak bodo, umno yang bodo kalau tidak kenapa terhegeh2 nak tarik pas serti Ug.

kona leper berkata...

Anonymous said...
bubar saja pas buat pas baru -baru dapat muka baru yang tua -tua tendang je ambil yang muda muda yang lanjut usia bercampur nyanyak nak buat apa patut duduk rumah org tua je tak payah fikir dunia barulah agresif tak lembek

June 19, 2009 6:19 PM
Anonymous said...
tak patut tak patut org bertaraf ulamat pulul org hampir mati . kan semua makhluk allah semuanya buat silap kenapa kita mendabit dada aku saja yang betul dimananya keimanan takkan berbaik dengan umno jadi kapir kalau berbaik dg DAP jadi... DAP terang-terang tolak islam. Dulu kata kita perlu menjinak dg islam supaya faham islam dan kalau umno tukar pelembagaan belandaskan quraan dan hadis kita sangup bubar pas boleh pulak, bila berbaik org lain buat tak boleh marah ni ulamat ke ularmamat.
setahu saya sbb saya belajar jugak kita perlu berbaik-baik sesama islam hata org kapiak pun.
tak baca bab ni kot

Kona leper kata, jangan menuduh orang sedap mulut... sebenarnya mung yg sedp mula hina orang tua. mung ingat org tua tak bleh politik?

selagi manusia, mesti ada sifat marah tak kira ulamak atau ular dalam semak. pokoknya orang tak akan marah jika tak buat silap lebih2 lagi bertindak membeakangi jemaah. maka TGNA marah ada sebabknya. nape lu marah sangat pada TGNA? lu umno punya olang ka?