Mana rumah kami?
PUTRAJAYA: Selepas tiada tindakan daripada kerajaan Selangor, 650 pembeli rumah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya menyiasat kes salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor berhubung pembelian pangsapuri kos rendah di negeri berkenaan.
Ia berikutan seorang lelaki bergelar haji yang mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, sekali gus menyebabkan kerugian wang tunai pembeli terbabit.
Pembeli, Azlan Lam, 38, berkata mereka membuat laporan kepada SPRM selepas kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.
“Kami juga sudah membuat lebih 45 laporan polis mengenai lelaki bergelar haji itu. Ia tidak termasuk laporan yang dibuat pembeli tidak hadir hari ini (semalam).
“Pada mulanya, kami sangat mempercayainya kerana dia mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tentu dia orang kuat kerajaan negeri,” katanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin serta beberapa wakil pembeli rumah pangsapuri kos rendah berkenaan.
Azlan berkata, dia bersama pembeli lain sudah beberapa kali bertemu wakil Menteri Besar di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, selepas penyerahan pangsapuri itu ditunda beberapa kali oleh haji terbabit.
Seorang lagi pembeli, Azam Sakimon, 40, berkata dia berharap masalah terbabit diselesaikan segera.
“Saya tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan rumah yang dijanjikan kepada kami sejak 2009.
“Kami bersetuju membayar RM2,100 kepada haji terbabit kerana dia mempunyai kunci rumah yang dikatakan sebagai kuota politik, selain membawa kami melihat rumah itu sebagai bukti,” katanya. -HM
Ulasan GB
Apa punya berita da... Sudah kena tipu kemudian mahu salahkan kerajaan Selangor.
Mengapa dari awal tidak semak identiti lelaki bergelar haji yang dikatakan mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar atau menyemak terus dengan pejabat Kerajaan Negeri Selangor sebelum membeli rumah berkenaan?
Kalau begitu sesiapa boleh mendakwa dia dari pejabat Najib dan edarkan borang untuk diberikan lembu-lembu percuma seorang 100 ekor. Siapakah lembu yang hendak mempercayainya?
Begitulah, mengapa kini dihalakan tohmahan kepada Kerajaan Selangor atau apakah ini hanya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor apa tah lagi GAPS dilihat menjadi dalangnya?

20 ulasan:
Kesian, penyokong ditipu!! Jika tidak masakan 'dalang' ambik kesempatan guna nama MB.
Nama pun dalang....... org yg akn ambik kesempatan dlm apa jua situasi asalkan penuh poket sendiri!!
Jadi tk perlulh kita pulk GB terlibat sebar berita yg belum pasti..... takut2 fitnah!!
(An-Nur:15)
Apa da!!orang lain makan kerajaan selangor yang kena baling tahi..
Hairan bin ajaib dah tahu di tipu olih seorang yang menyamar sebagai pegawai kahs MB kenapa perlu marah kalau MB tak ambil tindakan? sedangkan telah membuat 45 laporan Polis telah di buat PDRM masih belum menemui si penjenayah tu.Nampak sangat nak.......
-diorang ni sebenarnye yg bodoh..x reti nk ikut prosedur , x reti kaedah nk beli rumah kos rendah, x reti nk kasi diri sendri reti..
-utk beli rumah kos rendah di selangor caranya sgt mudah..hanya org bebal n mudah tertipu je yg x paham..
-harga rumah kos rendah di selangor ialah RM 42000, mane2 pegi pun ni lah hrga die, kalo naik tu bermakna beli second hand ,bkn direct dr developer..so kaedah die, beli borang pendaftaran yg berharga RM 2.00, isi borang trsebut,n then submit ke lembaga perumahan dan hartanah selangor..x kira ko guna kuota yb, kuota suk, kuota pemaju or sendiri, sume kena daftar dulu dgn borang pendaftaran yg berharga RM 2.00..
-isunya skang, melayu2 yg pemalas ni, telah diyakinkan oleh pihak yg mngaku sbg wakil kerajaan negeri, telah membeli borang yg berharga RM 2.00 ni dgn hrga yg tinggi..ade yg beli dgn harga RM 200,300 malah smpai RM 2000 satu borang..x ke bangang namenye tu?kan depan borang tu,ade tertulis no phone direct line pegawai yg berkenaan di lembaga perumahan dan hartanah selangor siap tulis dgn harga RM 2.00,nape x sahkan dulu?..nape x cube nk call dulu?konon2 projek yg dijanjikan adalah di kawasan puchong n petaling jaya..borang ni bole didapati di seluruh pejabat daerah dan tanah di seluruh selangor ataupun dibangunan suk,tingkat 5..
-jadahnya ko nk salahkan mb atas kebodohan ko sendri?..sape2 pun bole mngaku die rapat dgn mb, die org kanan mb, yg ko x g semak dulu nape?..dah buta mata disebabkn dgr projek akan dinaikkan di puchong?so skang korang nk kutip balik duit yg dah lebur tu dr mb?..perghh,banyak cantik!!!
SEmua orang tahu siapa Pengerusi GAPS. Dia anti kerajaan Selangor. Kita tahu apa tujuan dia menampilkan dirinya.
Kepada pembeli berkenaan harap terimalah apa jua yang ada kerana anda sendiri yang mecari susah kerana terlampau percaya kepada seseorang. Oleh itu jangan alahkan orang lain (kerajaan Selangor).
Tak kan yang beli rumah ni tak ada cerdik pandai.
Hanya Lembu sahaja yg telah dilembukan oleh lembu....
Mungkin pembeli ada rasuah kat Haji tu...agar mudah dpt rumah kos rendah...SPRM siasat pembeli trsbt.
Auyai kena tipu dua kali laa!
Sekali dengan pak Aji sekali lagi dengan si mangkuk GAPs.
Orang tamak selalu rugi. Dek gelojoh nak sesuatu yang murah.. yg dpt rugi.
dorang ni dh terbiasa dengan amalan org umno.. dengar je pak haji tu rapat dgn MB, dia ingat semua urusan semua jadi mudah.. ini MB khalid la, bukan MB khir toyo la..
tengok muke pon dh tau tahap bebal dan ngoknye diaorg 2...nth2 mmg jenis x layak dpt rmh kos rndah..lebih baik SPRM siast dulu bckground pengadu domba cap lembungok ni...huhuhu..
Betul kata Anin Jan 13, 2:32. Depa ingat semua orang macam geng UMNO yang selalu dan suka mendapat projek melalui pintu belakang. Sebab tu depa dok tuduh DSAI main belakang.
AKU selalu berkata dan dengan yakin bahawa manusia yang dah makan "tahi" (rasuah, ....) mana mungkin dapat menghayati sepinggan nasi putih yang bersih melepak.
Pembeli-pembeli memang patut disiasat oleh SPRM kerana cuba merasuah pegawai kerajaan memberi rumah murah kepada depa. Tunggu apa lagi, SPRM, tangkap, jangan tak tangkap. Kalau boleh, tangkap sekali dengan pengerusi GAPS tu sebab dia menghalalkan rasuah. PDRM ... memang pemalas. Dah 45 laporan dibuat, masih tiada tangkapan dibuat. Ini tentu orang depa kot.
yg buat aku hairan, kebanyakan kes berlaku kat Selangor,Kedah,Penang..
kalau rumah terbengkalai,bas nak tutup operasi,padi tak masak sebab banjir, semua disalahkah kerajaan negeri....
yg hebat tu ada pulak NGO tu... GAPS la PERKOSA la...
tak pernah aku nampak negeri BN mcm ni...
Ini perkara biasa semasa kerajaan BN dahulu.Jadi rakyat Selangor yg kurang selidik, masih menerima pakai modus operandi yg sama.
Ingat, dengan rasuah blh dpt rumah. Itu amalan kerajaan BN, bukan PR.
Simpulnya, salahkan diri sendiri aje kerana masih terbawa2 dgn amalan kerajaan BN. PR tak buat itu semua
Orang BODOH jadi makanan orang cerdikk....
Mereka2 ini lah pelopor KEBODOHAN...
nak buat apa2 xfikir...ikut apa kata
UMNOGOK selepas di SOGOK olih UMNOGOK
hamidzun gaps, lu orang hebat selalu hentam MB selangor. skrng awak tolong lah mereka. awk jumpa NFC rasa nya ada baki2 duit lembu tu. bagi lah pembeli rumah tu seratus ringgit sorang dan suruh mereka main jauh2.
Haa.. Kesimpulan dan pengajarannya:
Jgn percaya kat orang tgh utk beli rumah..kouta politik punya rumah ko bole percaya?? Ko ingat ini zaman UMNO/BN ke nak pakai kouta politik???
Nampak lagi bodoh bila salahkan kerajaan Selangor pulak.. Nak suruh kerajaan selangor amik tindakan mcmana?? Ko report polis je lahh.. Aduiii.. Kenapa la bangang sgt? Join pulak dgn GAPS tu.. Elok la.. Sama2 bangang!
Mereka yang ditipu ni adalah saki baki umnogok kerana beginilah sikap mereka apabila berhubungan dengan kerajaan UMNO Selangor dulu rasuah pintu belakang dan sebagainya biasa la tu. Wahai pengikut UMNO tolonglah sekarang pemerintahan PR rasuah, pintu belakang quota politik tak main la ye
Wei, aku org kuat najib, tun det, tun lah. Ada sapa2 nak pecaya tak? Hahahhaaha mudah tul pecaya org. Org UMNO la ni sbb kene kencing dan suke mengencing
Catat Ulasan