18 Jun 2009

PAS UMNO : 10 MP PAS Berdiri Teguh Bersama Nik Aziz

Sepuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

PENDIRIAN DEWAN MUSLIMAT DAN MP MUSLIMAT PAS

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).


Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.







22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan pemimpin PAS,bukannya meredakan isu panas.malah memanaskan lagi..Apabila Allah memberi kemenangan,ramai pemimpin PAS lupa perjuangan parti.PAS adalah parti dakwah bukannya seperti parti lain.Setiap perjalan parti berlandaskan hukum dan syariah..

Tanpa Nama berkata...

saya amat hormat pada nik aziz,sebagai ulama tetapi tidak bersetuju ulasan beliu mutakhir ini,sepatutya beliau harus menasihat parti,bukannya menyuruh timbalan presiden letak jawatan.Jangan terlalu riak dengan kemenengan yg Allah bagi..nescaya Allah akan menarik semula..Tidak ada salurankah untuk menasihati pemimpin PAS selain TV.Saya sebagai penyokong amat terkilan dengan krisis PAS sekarang.

remy berkata...

anonymous yang pertama tu sah penyokong kuat uG yang tidak dikehendaki parti. golongan pemecah belah parti dan jemaah.

kona leper berkata...

hanya org bodoh kata pemimpin pas bodoh, bukan pemimpin lupa dasr perjuangan ialah pemimipin nak kepada ug. berdakwah banyak cara, tak semestinya bentuk UG. UG jelas perangkap.

sb dehlawi berkata...

Apabila nasihat sudah tidak didengari lagi, maka tidakan keras wajar diambil untuk selamatkan Pas. UG jelas jadkan pas kambing hitam dalam kerajaan. nyata cuba tarik penyokong pas untuk sokong puak baju biru dan tinggalkan gagasan PR

Tanpa Nama berkata...

yang tak sokong UG tu... penyokong PKR lah tu..Nak tumpang PAS.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
yang tak sokong UG tu... penyokong PKR lah tu..Nak tumpang PAS

berapa lama kau dah jadi ahli PAS berbanding dgn TGNA?

Tanpa Nama berkata...

yang sokong UG tu kebanyakan nafas berbau umnO

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya PKR takut UG.Bukan PAS..ahli PAS tetap sokong parti tak kira siapa.Masalah politik sekarang semuanya dari PKR.BErmula dari Perak.Kalu 2 Adun PKR tak lompat..masalah UG takkan timbul.

Tanpa Nama berkata...

Ug bermula sbaik BN kalah teruk pru12. bukan ketika ahli PKR lompat parti. itupun kalau nak distilahkan ianya bukan lompat tapi culik

Tanpa Nama berkata...

UG ciptaan Hadi, berangan nak jadi PM takut Anwar berjaya 16 Sept. Itu kisah sebenar. Tu sbb puak PAS Terengganu komain sokong UG.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

Nasihat buat teman...

Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..

Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..

Kerapkan jadual perbincangan...

Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...

Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !

Wallahua'lam...]]

Tanpa Nama berkata...

mendidik anak biarlah cara terbaik , jika anak membuat silap jangan sampai tak mengaku anak dan sangup membunuh kerana engkar ,siasatlah dahulu pemimpin contoh teladan yang baik jangan ikut perasaan malu ke org umno

sb dehlawi berkata...

yang pasti, setiap pemimpin trtinggi lebih2 lagi mursyidul am pas, memang memerlukan ketegasan. kalau tidak bertegas nanti puak2 yang menjilat UG akan pijak kepala. Seperti juga mendidik anak. kalau selalu dimanjakan2 nanti anak akan pijak kepala ibu-bapa sekali-sekala pukul tak pa. Apa yang dilakukan oleh TGNA memang tepat sekali

Tanpa Nama berkata...

KAMI DI BELAKANG TOK GURU WLAAPA PUN.

WaLi KhAIR SuLaM berkata...

apa bezanya antara 16 september yang dicanang2 oleh DSAI dengan kerajaan perpaduan yang di keluarkan oleh TGHD. Isu 16 september bukan main org PAS hingga nama DSAI termaktub didalam kalbu jiwa org PAS. Tapi hakikatnya idea 16 september gagal malah UMNO laknat menggunakan idea DSAI untuk menjatuhkan kerajaan rakyat. Terlompong semua pemimpin pas dan penyokong pas... tapi DSAI tidak disalahkan malah dianggap dia itu hero...

Tapi bila Tuan Guru kita yang merupakan presian melontarkan idea kerajaan perpaduaan, ramai pulak yang melatah.. khususnya org pas..baik pemimpin apalaggi pengikut yang tak celik ilmu politiknya...bukankah idea kerajaan perpaduaan itu sama saja dengan idea 16 september... maybe ada yang masih belum jelas makna sebenar kerajaan perpaduaan dikalangan org2 pas itu sendiri...

Kalau mcm ni minda rakyat negara aku yang mmg Malaysia tak jauh kemana.... Negara maju2 di eropah dan sekian lama mengamalkan kerajaan perpaduaan, Israel yang baru muncul sebagai negara yang berusia dlm 60 tahun menjadi negara yang hebat sehingga dunia arab takut dengan mereka kerana mereka mengwujudkan negara perpaduaan. Indonesia yang semakin tahun semakin meningkat pembangunan ekonomi dan ternyata dpt menurunkan indeks rasuah serta memulihkan sistem kehakiman kerana mereka mengamalkan kerajaan perpaduan walaupun baru berusia setahun jangun....

Soalannya.. entah kapan malaysia aku berubah pemimpin kalau minda rakyatnya masih di jumudkan dengan budaya...

nak lebih terang baca je blog aku

Tanpa Nama berkata...

16 September digagalkan kerana TGHH yang cemburu dan dengki hati kerana rakan PR memilih Anwar jadi PM jika rancangan itu berjaya.

Lantas TGHH buat gagasan Kerajaan Campuran dan dijenamakan semula Kerajaan Perpaduan.

muslim berkata...

kita tgk sehari dua lagi... apa citer ngan UG, tunggu si hadi tu balik, stapa ali dah buat statement... hadi pun dah buat statement kat luar. stapa kata nak UG mesti bsama pkr dan dap skali, hadi pulak kata UG ni masa pak lah, skarang era najib dah x relevan. ha baguslah tu... nasha lak nak sampaikan respon positif najib kpada hadi... tengoklah semua dah bercelaru.. bila dah jadi camni, masing-msing nak play safe laaa... hadi tu kalau beriya sangant nak jadi pm, tawan tganu dululah. stapa ali pun sama... nasya tu pi cari tempat lain btanding jadi wakil rakyat. amanah rakyat bachok bagi ko dah khianati... ulamak ke engkou dgn mengkhianati amanah ni. sikap dan perbuatan ko ni adalah mengkhianati amanah... amanah rakyat, amanah muktamar, amanah jemaah... kalau ko kata wala' kpd hadi krn dia presiden, kenapa x wala' kpd tgna? dia mursyidul am.. hadi x sampai lgi tahap mursyidul am?

ko tau x erti sampah? cuba ko selami apa maksud sampah.... dahlah jadi mp dasar ehsan kat negeri org, negeri pun x pernah perintah, pandai2lak nak berunding pasal UG, dahlah camtu, nasihat mursyidul am x nak dengar... berkali2 tok guru kata 'saya nasihat dulu"... nasihat nasihat...

lepas ni apa lagi... kita tgk depa2 ni x dok diam diri... saf kepimpinan baru pun depa dah susun... kita tgklah

azman berkata...

Agak2nya kalau TGNA dah tak da nanti dan orang lain yg jadi Mursyidul AM dan kebetulan orang tu mempertahankan idea UG, korang nak wala tak kat Mursyidul AM tu............mentang2lar TGNA menolak UG habis2an korang pergunakan nama dia yer..wakaakka

sb dehlawi berkata...

WaLi KhAIR SuLaM said...
apa bezanya antara 16 september yang dicanang2 oleh DSAI dengan kerajaan perpaduan yang di keluarkan oleh TGHD. Isu 16 september bukan main org PAS hingga nama DSAI termaktub didalam kalbu jiwa org PAS. Tapi hakikatnya idea 16 september gagal malah UMNO laknat menggunakan idea DSAI untuk menjatuhkan kerajaan rakyat. Terlompong semua pemimpin pas dan penyokong pas... tapi DSAI tidak disalahkan malah dianggap dia itu hero...

Tapi bila Tuan Guru kita yang merupakan presian melontarkan idea kerajaan perpaduaan, ramai pulak yang melatah.. khususnya org pas..baik pemimpin apalaggi pengikut yang tak celik ilmu politiknya...bukankah idea kerajaan perpaduaan itu sama saja dengan idea 16 september... maybe ada yang masih belum jelas makna sebenar kerajaan perpaduaan dikalangan org2 pas itu sendiri...

Kalau mcm ni minda rakyat negara aku yang mmg Malaysia tak jauh kemana.... Negara maju2 di eropah dan sekian lama mengamalkan kerajaan perpaduaan, Israel yang baru muncul sebagai negara yang berusia dlm 60 tahun menjadi negara yang hebat sehingga dunia arab takut dengan mereka kerana mereka mengwujudkan negara perpaduaan. Indonesia yang semakin tahun semakin meningkat pembangunan ekonomi dan ternyata dpt menurunkan indeks rasuah serta memulihkan sistem kehakiman kerana mereka mengamalkan kerajaan perpaduan walaupun baru berusia setahun jangun....

Soalannya.. entah kapan malaysia aku berubah pemimpin kalau minda rakyatnya masih di jumudkan dengan budaya...

nak lebih terang baca je blog aku

June 19, 2009 1:56 AM


Salam wali khair sulam, Sb dehlawi kata, antara projek 16 september dengan idea karajaan perpaduannya memang jauh bezanya. Kerajaan perpaduan dimulai dengan percubaan untuk mewujudkan kerajaan bersama umno tetapi setelah mendapat kritikan hebat, nada telah berubah kepada kerjasama ekonomi, rasuah dan ntah apa lagi. sebab itu majoriti ahli dan pemimpin pas memberontak. projek 16 september ialah target untuk memerintah negara, walaupun ia tidak menjadi kenyataan, tetapi tiada bangkangan kerana semua ahli dalam PR tahu bahawa projek berkenaan tidak akan memecahbelahkan parti dlm PR. cuma mustapa ali saja yang menolak dengan kata projek 16 sept tak akan jadi. manakala hj hadi pula kata politik mat jenin.

Semua orang dah tahu apa sebenarnya UG yang ingin dilaksanakan. Pas akan jadi tikus munduk jika terima UG buat masa ini. Saya cadangkan wali khair sulam baca juga blog lain, jangan suruh orng baca blog demo saja.

muslim berkata...

aku nak tgk penyokong2 ug ni apa respon depa bila pelopor2 ni dah buat statement play safe... hadi dah kata x relevan sbb skarang najib dulu pak lah... stapa ali pulak cuba nak pulihkan luka pkr dan dap yg dah terguris, nasya lak dok bertapa fikirkan strategi baru...

hadi tu x fikir ker dulu masa dia kemarut sangat nak buat ug bahawa umno tu bukan parti pak lah... naper lak timbul pasal era pak lah ke era najib. ni lah pemimpin yg berfikiran sejengkal ke depan...

hadi ni jeles dan rasa tjejas bila anwar disanjung2 dan rata2 dicanang akan jadi pm... anwar lepas jer.. dia dpt realisasikan pakatan rakyat... idea pakatan rakyat ni adalah apa yg telah dimulakan oleh almarhum ust fadil.. tapi hadi x buat lepas tu... bebas jer nuar dia terus buat sehingga berjaya... bila dah berjaya dia timbulkan idea ug... bila dah nampak celaru dan hampir nak porak peranda dia kata itu era pak lah... inikah pemimpin?

Tanpa Nama berkata...

bila aku baca komen diatas,ternyata ahli PKR bukan ahli PAS yang tulis.