Isyaratnya 'take it OR leave it'. Beranikah Timb Presiden PAS ini untuk melawan gelombang dalam PAS yang tegas dan jelas 'We do not want any "transaction" with UMNO/BN'.
Kerajaan Perpaduan seperti yang diwar-warkan sebenarnya bukanlah satu agenda besar, ia hanyalah satu jerangkap samar UMNO dengan satu tujuan iaini - memecah-belahkan PAS dan PR serta meraih peluang untuk mereka mendapat sokongan kembali rakyat setelah terpukul dalam PRU yang lalu.
YAB Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu memulihkan kembali palitan kekotoran UMNO/BN dengan menggunakan isu perpaduan sebagai pemangkinnya. UMNO telah sedikit sebanyak mendapat momentum yang baik. Jika PAS tidak teliti maka mereka akan terperangkap dengan amat parah sekali didalam jerangkap samar UMNO/BN.
Dalam tempoh seminggu dua ini Najib dan Muhyiddin sedang dikelilingi oleh penganalisis politik dan pakar strategi UMNO/BN yang diketuai oleh beberapa Professor dan pakar-pakar saraf untuk menanti sebarang riaksi kelemahan PAS untuk meletupkan beberapa bom jangka. Ia akan berkisar dengan isu perpaduan, kemasukan Chin Peng, isu bahasa dan isu agama Islam. Mereka telah mencuba beberapa cucuhan kecil-kecilan umpamanya isu Sister in Islam dan bahasa. Saraf UMNO/BN disemarakkan sedikit melalui kelemahan Timb Presiden PAS melalui isu perpaduan dan UG.
Sebenarnya isu UG bukan satu yang harus dijadikan modal perbahasan oleh pimpinan PAS malah pimpinan PAS harus sepakat mematikan isu ini. PAS harus sedar melalui gabungan PR mereka sedang menuju ke Putrajaya. Mereka haru menjadi pemangkin kepada pengukuhan PR dan belajar menjadi 'Stateman' dan bersedia untuk mengambilalih kerajaan.
Nampaknya Timb Presiden PAS terlalu gelojoh hingga lupa bahawa rakyat amat menaruh peralihan kuasa segera dari UMNO/BN kepada PR. Ini kerana kemeluatan rakyat terhadap BN dan agendanya sangat-sangat meluas. PAS juga harus sedar bahawa UMNO/BN sekarang amat bangkrap dengan sekarang modal untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Pakej-paker yang ditawarkan oleh mrk untuk memulihkan kepercayaan rakyat termasuk dalam hal-hal politik dan ekonomi semuanya gagal. Sedarkah pimpinan PAS akan hal ini?!
PAS seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan dan mengetuai perubahan melalui PR. Sekiranya PAS gagal menggarap agenda perubahan total ini maka inilah isyarat awal bahawa PAS akan kecundang dan PR akan pecah. Hati-hati BOM JANGKA UMNO/BN dalam masa sehari dua lagi. Kepada Timbalan Presiden PAS "STOP IT", kepada semua pimpnan PAS disemua peringkat, "lets unite" dan bergerak sebagai 1PAS (One PAS). - Prof. Dr. Haji Sabirin Ehsan
3 ulasan:
assalamualaikum semua..
cube jawab teka-teki saya ini...
ianya ditujukan khas kepada penyokong BN dan penyokong UG niii...
1. jikalau UG tu jadi(mintak tidak laa).. kemana kita nak letak kesalahan2 rasuah, salah guna kuasa dan lain2 yang telah dilakukan oleh pemimpin BN sebelom ini... adakah patut dilupakan sahaja???
2. Sanggupkah mereka berpindah dari putraja ke penjara???
CUKUP dulu... jawab biar betul soalan tu dulu.. nanti banyak lagi cikgu nak tanya..
terimakasih.
Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.
Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.
Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.
BN mmg diakui handal dlm strategi politik..terutama pemimpin2 umno..lihat saja era tun dr m..setiap halangan ditempuhi wlu apa cara sekalipun..bg mereka matlamat menghalalkan cara..isu UG ni pula klu diteliti bkn dimulakan oleh BN tp ayat pertama terpacul keluar dr Hj Presiden PAS..bermula sejak zaman paklah,cuma pd waktu itu BN x bertindak disebabkan fokus utama mereka ms tu 'peralihan kuasa'..stlh dpt kuasa dan Hj Presiden masih bersuara,maka isu ini diambil mereka sbgi senjata..perasan atau x br 2 3 ari ni je najib ckp sedia bincang..ulasan 'sedia bincang' sbnrnya ibarat petrol yg disimbah agar api lebih marak dan bertahan lama..SEDARLAH HJ,NASHA,PAKMAT DAN BONEKA2 SEKALIAN..
Catat Ulasan