Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.
Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.
Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.
Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.
TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.
Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.
Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.
Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?
Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor. -dango mamamat
7 ulasan:
setuju bebeno weh....ni tengah ngurut kaki,nak g manik urai lak merayu undi,deme asyik melalak UG..penin dbuatnya..tambahan nasa tu sama belajo di Urdun dulu dgn teman..hanco rasa hati..
Kerajaan Perpaduan seperti mana kita fahami ialah keterlibatan semua parti politik dalam urusan mentadbir negara. maknanya pas, dap, pkr, umno BN diberi jawatan sebagai menteri. Tetapi setiap parti boleh meneruskan dasar perjuangan masing2. Namun apakah untungnya Pas apabila membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno, mampukah pas menjalankan dasar parti membangun bersama islam? seTiap kerajaan tidak kira apa nama juga memerlukan seorang PM untuk mengawal jemaah kabinet, memacu dan menentukan hala tuju negara ke arah masa depan. Ketika ini BN mempunyai majoriti (walaupun majoriti mudah) dalam parlimen dan memerintah negara. Persoalannya, sekiranya kerajaan perpaduan jadi dilaksanakan, adakah peranan Pas dalam kerajaan? jawatan menteri sudah pasti...tetapi adakah cukup dengan jawatan menteri untuk melaksanakan dasar perjuangan Islam. Kita semua maklum bahawa PM mempunyai super power di negara kita, jadi, adakah BN sanggup menyerahkan jawatan PM kepada Pas? dalam keadaan negara kita masih lagi dibelenggu persoalan2 besar yang belum ditemui jawapannya seperti peritiswa pembunuhan ustaz Ibrahim Libya serta pengikutnya di Memali, penafian hak royalti terhadap negeri, pencabulan hak asasi manusia dan banyak lagi. Kalau Pas sanggup melupakan ini semua, maka Pas telah menyembelih diri sendiri dengan mengorbankan slogan membangun ersama islam kerana sudah pasti menjadi boneka dalam kerajaan perpaduan! Kerajaan perpaduan yang sebenarnya kini sudahpun dirangka dan insyaallah akan memerintah negara sedikit masa lagi iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.
Sama sahaja.. Islam pun tiada jaminan di dalam Pakatan rakyat. Anwar dah jelas2 x mahu negara Islam. DAP apatah lagi. Pakatan Rakyat sekarang ini hanya berkongsi kerusi, bukannya ideologi
lantak le kome
teman nak tanya kome, kome ni kawasan mana. soal ngisi2 borang ahli ni keje pimpinan kawasan , ate mereke le yg x buat keje.
kedua, teman nak cadangkan kome tegur je ust nasa ke sapa ke direct kan islam mengajar gitu. ni dok mengempen dkt blog ni mcm buka kain bagi org nengok panau kite yek..
ketiga, setuju benor teman dengan cadangan kome tu. tapi pimpinan di peringkat kawasan ni banyak yang tido. lepas tu suke menyalahkan org tu dan org ni.
Kalau DAP dan PKR berkongsi ideologi sama macam PAS, baik bubarkan kedua dua parti tu, semua jadi PAS.
Inilah masalah orang PAS, pendek akal, pendek langkah, panjang angang angang. Kawan disangka lawan lalu lawan pula yang digila gilakan. Macam ayam gilakan musang.
salam matkomeng...
pe yg bangang ni ...pe salah Dap dan PKR.
be end tu satu parti ke. mca mic boleh masuk umNo ke. itu baru diambil kira mic dan mca .. belum diambil kira yang berpuluh2 lagi mcm spr , sprm , pdrm lebih baik depa ni masuk umNo je satu.
Catat Ulasan