18 Jun 2009

PAS UMNO : Kerajaan Perpaduan Tidak Bawa Perpaduan Tetapi Perpecahan

Mursyidul Am PAS sebagai Pngerusi Ahli Majlis Syura, badan tertinggi di dalam PAS dalah soal dasar dan halatuju parti semalam telah memberi amaran kepada pihak-pihak yang mendokong dan menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan bahawa gagasan itu telah membawa perpecahan bukan perpduan kepada parti dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu beliau meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz juga turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.


Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:


Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).


Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan adanya kenyataan yb Nik Aziz maka sudah jelaslah bahawa yb Hj. Hadi dan yb Nasharuddin Mat Isa adalah boneka UMNO. Dengan demikian kita sekarang boleh membuat keputusan berasaskan pada akal yang waras siapa yang patut disokong.

Apa yang perlu kita ingat bahawa "kerajaan perpaduan" bukan idea parti PAS dan jika masih ada lagi suara sumbang membangkitkan isu kerajaan perpaduan itu maka orang itu adalah boneka UMNO yang mesti disingkirkan atau dipulaukan dari memberi sokongan.

Ucapkan pada mereka "Lu boleh blahhhh!!"

Tanpa Nama berkata...

1 Malaysia VS Kerajaan Perpaduan...

Gagasan 1Malaysia telah di war-warkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk merapat kan jurang perpaduan antara kaum dan rakyat Malaysia keseluruhannya.Namun 1 Malaysia dianggap belum lagi dapat di fahami sepenuh nya oleh semua pemimpin parti politik termasuk pemimpin BN sendiri.Bagi rakyat juga belum pun ada sesuatu kelainan terhadap konsep gagasan 1 Malaysia ini selepas beberapa peristiwa penting yang berlaku di Malaysia ketika ini.Gagasan 1 Malaysia hanya lah sebuah laman web kerajaan yang hanya berfungsi untuk memudahkan rakyat membuat aduan terhadap jentera kerajaan.(sama dengan laman web jabatan sebelum ini).

Selepas Muktamar PAS 59 baru-baru ini suasana politik tanahair telah bertukar sedikit cuacanya...Kenyataan Presiden Pas mengenai 'Kerajaan Perpaduan " dalam aspek yang lebih besar telah di salah tafsir oleh Barisan Nasional terutama Umno...isu ini telah mencetuskan berbagai reaksi dari pelbagai pihak.Bagi Rakyat isu kerajaan Perpaduan ini dilihat lebih bersinar dari isu 1 Malaysia.

Jika Benar Kerajaan BN Umno inginkan Perpaduan untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia kenapa hanya dengan PAS Sahaja mereka ingin berbincang???? kenapa tidak di besarkan lagi gagasan perbincangan kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat????Inilah yang dikata kan politik sempit...Dato' seri Hj Hadi telah menyuarakan tentang Kerajaan Perpaduan dalam konsep yang lebih besar sebenar nya.....
Berjaya kah kita jika kita berbincang soal perpaduan hanya didalam scop kaum melayu umno dan melayu pas sahaja????di mana kita hendak meletakkan melayu PKR???? dan rakan-rakan kita DAP,MCA,MIC dan termasuk di sabah dan serawak.....

Nukilan coretan bangsa perpaduan.

Perpaduan bukan bererti kita bersatu,
Perpaduan adalah saling memahami,
Bersatu???Oh...bukan perpaduan jika adanya Kuku Besi!!!!!
Kuku Besi???
Ya kuku besi!!!!
ISA???? anak sapa isa ni????
anak British!!!! ooooo kenapa tak ikut islam?????
Perpaduan Kuku Besi???? ahhhhh aku tolak!!!!
Perpaduan apa jika????
rampasan kuasa negeri perak????
JKK ada JKKP ada????
MB PAS????? MB UMNO????
Mahkamah PAS???? Mahkamah Umno???? semua adaaaaaaaaaaa!!!!!
Polis masuk dewan Undangan Negeri????
Ya..dekat perak Boleh!!!!!
Ganas????
Tak lah....dia dapat arahan dari orang atas!!!!
Orang atas????
ya atas...atas pokok!!!!
ooo...pasal tu guna "law of the jungle"!!!!
28=28+3= rahsuah!!!!
rahsuah????
ya cuba kaji betul2!!!!
tak habis habis rahsuah????
sebelum lompat rahsuah????
dah lompat pun rahsuah ????
sekarang bebas!!!!
BN dapat baja percuma????
PR cammana????
Kontrak????pun pilih kasih????
Pilih kasih!!!!! oh...dah tukar cara!!!!!
Perpaduan Kuku Besi dan Pilih Kasih???? huh pening!!!!
Mahkamah pilih kasih????
perlembagaan pilih kasih????
Haiii nak dapat duit Tekun pun pilih kasih???? ya kena masuk ahli umno dulu!!!!........
semua nya pilih kasih????
perpaduan ya!!!!!!!!!!
dulu umno perintah terungganu kan?????
Royalti minyak???? huh banyak tu!!!!!
Pas Memerintah terengganu pula!!!!!
Royalti ditarik balik????
perpaduan apa ini!!!!!!
Perpaduan kuku besi,pilih kasih dan macam macam adaaaaaaaaaaa

Nukilan Perwira_Bangsa.

zul berkata...

Mungkin ramai yang belum/tidak memahami apakah Kerajaan Perpaduan (bukan parti perpaduan). Tuan Guru Presiden menawarkan kerajaan perpaduan apabila PAS mampu memerintah (cek semula ucapan TG.Presiden di muktamar). artinya bukanya sekarang. Penjelasan Ust Harun Taib mengenai UG adalah jelas dan selari dengan pandangan TGNA. (UG bukannya perpaduan dgn umno tetapi melibatkan semua parti-parti politik di malaysia dalam membentuk kerajaan).

Saya raya respon TGNA terhadap Ust. Nasa perlu dilihat semula. Adakah hanya kerana U. Nasa ingin membawa apa yg dinyatakan oleh PM Najib di parlimen kepada TG Presiden dan mesyuarat parti dan parti akan menentukan keputusannya, menjadi satu kesalahan besar?.

TGNA bebas menyatakan pandangan supaya U. Nasa meletak jawatan jika dirasakan itu dapat menyelesaikan polemik dan mengukuhkan parti. Samalah dgn org lain juga boleh mempertahankan U. Nasa supaya tidak meletak jawatan.

Adapun cadangan supaya U. Nasa masuk UMNO adalah satu nasihat yang tidak boleh diikuti langsung. Adakah keluar dari jemaah Islam dan menyertai parti sekular dibenarkan oleh syarak. Kalau boleh, tidak ada gunanya kita berkempen & dakwah supaya masyarakat kembali kepada Islam dan bersama dengan PAS, sedangkan yg ada seorang /dua itu pun disuruh keluar parti. Bahkan kita berkerja keras juga supaya masyarakat bukan Islam turut bersama dengan PAS.

Apa salahnya, jika betul tindakan U.Nasa satu kesalahan, perkara itu dibincangkan dan dinasihatkan sahaja.
Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam atau buang daerah. Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam.

PAS For All

Tanpa Nama berkata...

Salam smua. Dri awal lg aku rasa, obviously something unwise for TGHH to outcast the idea at the muktamar recently without pre-consultation with overall PAS leaders, esp.TGNA
the Captain of the ship. And with Pakatan leaders too. Ust Nasha pulak nampak bgitu truja, bgitu happy dgan respons DS Najib lalu beliau seolah 'pandai2' pulak; seolah2 suara dia mewakili seluruh saf kepimpinan PAS. Tu yg silap akibat kurang pengalaman mungkin. Skarag lihat lah apa dah jd..! Jgn salahkan orang lain kalau TGNA dah bri pluru meriam sebab sebelum ni bukankah TGNA dah bri amaran ?

Walau apapun, percayalah, mcm biasa seorang "bapa" tak akan marah berterusan kpd anak kesayangannya. Lama kelamaaan sejuklah ht orang tua tu. Saya harap Ust.Nasha ditemani pemimpin2 lain pergilah "sembang2" dan minum2 dgn TGNA di KB. Saya yakin secara psikologinya bila sesaorang tu 'outbursted' lpas tu dia akn sejuk kembali mcm biasa dan tak marah lg. Grenti. Kalu dia sikit-sikit 'bising' tu, pasang je la tlinga sat..buat2 tak faham je la.. orang tua nasehat kta dengar. Smuanya akan back to normal soon, insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan zul.
masalahnya sekarang media yg mengembar gemburkan cerita ini menjadi sensasi.

isunya sentimen peribadi yg tidak puas hati pada ust nasha. lalu digunakan media contohnya blog ini untuk menghentam pimpinan. betulkah tindakan ini.

isunya ada yg tidak puas hati atas alasan peribadi , pilihan mereka yg mereka kempenkan masa muktamar kalah pada ust nasha.

saya rasa blog ini sama la dengan melodi atau lain2 media umno.

jgn ingat kita pakai kopiah putih kita suci dari buat salah mcm malaikat. jgn ingat kita balik dari alazhar kita dah jadi malaikat.

saya nk copy paste kenyataan zul ni.

"Apa salahnya, jika betul tindakan U.Nasa satu kesalahan, perkara itu dibincangkan dan dinasihatkan sahaja.
Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam atau buang daerah. Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam."

sb dehlawi berkata...

salam sahabatku saudara zul, berkenaan cadangan haj hadi mengenai kerajaan perpaduan yang zul kata hanya unntuk masa depan. Saya hairan mengapakan kerajaan perpaduan yang diktakan unutk masa depan hanya membabitkan Pas dan Umno? bukankah kita sekarang bersama pakatan rakyat. adalah lebih rasional perpaduan di kalangan komponen pakatan rakyat perlu dicanangkan kerana PR insyaallah memerintah negara masa depan.pada masa itulah kita mahukan kerajaan pepaduan dengan umno, kita boleh laksanakan kerana terpaksa tunduk dibawah kita . Kalau kita berpadu sekarang. sudah pasti jawatan PM tak dapat kepada kita. jadi kita akan jadi badut dalam kerajaan perpaduan ciptaan hadi.

Saudara zul ingat tak, beberapa hari lalu mustapa ali buat statement supaya semua pemimpin pakatan rakyat tututp mulut serta merta isu kerajaan perpaduan. Jadi mengapa Nasha susah sangat untuk ikut arahan itu, lagi pun itu kenyataan peribadi mengapa mahu heret parti utnuk terpalit sama? kalau nasha tak ulangi kesilapan itu sudah pasti isu ini akan berakhir. tetapi nasha seolah-olah mahu mencari publisiti untuk diri sendiri memberi respon kepada kenyataan najib? adalah lebih baik nasha tak layan media dan tunggu hadi pulang untuk kelaur kenyataan. berkenaan nasihat keras nik aziz, saudara zul kena faham betul2 nik aziz cadang bukannya suruh nasha keluar pas . Lagipun sebenarkan kenyataan itu hanya mahu nasha sedar diri bahwa tindakannya boleh memecah-belahkan ahli pasti. hasil daripada respon nasha, hari ini Wanita Umno pula masukkan jarumnya dengan menawarkan perbincangan perpaduan dengan Muslimah. Apa benda ini semua? . pepatah melayu ada menyebut kerana nila rosak susu sebelanga. begitulah situasi sekarang pada anggapan sebahagian besar pemimpin dan ahli pas. maka adalah lebih mulia nasha keluar parti daripada menjadi punca kepada perpecahan sebebanya kesannya amat besar sekali. kecualilah dia sedia mendengar nasihat ahli, pemimpin dan paling penting, teguran pemimpinan tertinggi, Mursyidul am.


berhubung nasihat sudah mencukupi untuk Nasha. Saya hairan adakah saudara tak baca beberapa kenyataan akhbar TGNA (tetapi digelabkan oleh Harakah @ harakahdaily) yang menyatakan kerajaan perpaduan itu bukan agenda Pas. Saya lihat itu sebahagian daripada nasihat TGNA, namaun tempikan kerajaan perpaduan dengan BN masih berbunyi. sekali lagi TGNA mengeluarkan nasihat berbunyi pendokong kerajaan perpaduan adalah boneka Umno. namun sekali lagi diingkari?. jadi kalau TGNA naik angin? adakah TGNA yang salah?

berhubung Rasulullah tak pernah menyruuh sahabat keluar dari jemaah Islam. saya kata, TGNA tak pernah menyruruh Nasha keluar parti, tetapi TGNA cadangkan kepada nasha agar keluar parti dan letak jawatan MP bachok? adakah sama maksud menyuruh dan cadang? sila buka kamus dewaan untuk mencari penyelesaianya. Lagipun kalau ditakdirkan nasha keluar parti, beliau bukan berpindah dari parti Islam kepada parti bukan Islam, nasha boleh lagi memainkan peranannya sebagai ustaz kerana dalam umno ramai melayu beragama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kata zul: Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam atau buang daerah. Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam.

Teruk betul kesimpulan dari hasil kajian yang cetek.

Tahukah anda bahawa mereka yang munfiq di zaman Rasulullah itu telah terus menerim celaan oleh Allah dan para malaikat dan tercatat kisah mereka di dalam Al-Quran?

Kamu membela si munafiq rupa2nya sekaligus mengesahkan kumpulan UG adalah muanafiqin.

Tanpa Nama berkata...

anon 6.31..ko ni bodoh betul..
mane ade tok guru suruh nasha kuar islam..
die suruh nasha kuar parti la bodoh..
nak tulis laen kali pikir dulu..