"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.
KOMEN:
Betul tu... mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.
Yang ada hanyalah, pertemuan sulit dengan Pak Lah, juga bersama beberapa tokoh dalam UMNO secara sembunyi-sembunyi. Perkara ini, tidak boleh diberitahu kepada ahli-ahli PAS, hatta terhadap Mursyidul Am. Ini kerana, memberitahu kepada ahli PAS dan Mursyidul Am memberi maksud "tidak wala'".
Memberi Wala' adalah wajib syarii, malah tipu ahli PAS dan rakyat Malaysia juga tidak menjadi salah, bahkan ia adalah syarii di sisi agama.
Ahli PAS tidak wajar tahu? Sebab nanti ahli PAS bising, mengakibatkan bocor rahsia. UMNO tahu tidak mengapa, sebab UMNO adalah kawan baik, dia akan jaga rahsia kita sampai kiamat.
Pertemuan dengan Pak Lah, itu adalah benar. Penafian selepas itu adalah tipu. Kenyataan hari ini - tiada usaha gabung dengan UMNO - adalah benar. Tetapi tidak diketahui, apakah wujud penafian berbentuk tipu selepas ini?? Allah lebih mengetahui.. diharap, kita orang beriman tidak ditipu kali kedua, sebab mukmin yang kuat tidak akan disengat ular dari satu lubang sebanyak dua kali.
sekian - Al-Bakistani
13 ulasan:
Kempen, jangan tak kempen!!!
"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.
Aku nak tambah sikit dari harakahdaily.net apabila dikatakan penafian hanya utk mempertahankan kedudukan beliau dlm pemilihan, "Ia adalah keputusan SETAKAT INI, ......" akan datang belum tau!(sbbnya keadaan tak mengizinkan dan ahli PAS dah bising serta Presiden bagi signal tiada rundingan lagi buat masa ni. Bila dah clear nanti mungkin disambung semula. Walaupun PAS tak setuju, hati dan niat aku masih berharap sbb aku meluat kat PKR dan DAP. Camne Umno ni. Berani offer yg bagus kat kita ke tak? Kalo ada, kita boleh discuss lagi lps Muktamar nanti. Apa ada hal, aku TP! aku ada power gak buat keputusan. Bincang dulu, beritau kemudian. Tau le nak adjust jadi Union Govt! Kita ajak2 ayam PKR dan DAP, kalo diorg tak nak lagi bagus. hehehe! Pak Lah takde, Najib pun boleh.
Yg panjang2 tu tambahan sesedap rasa! Ustaz Nasa, kalo sayang kat PAS dan Islam. Berubahlah! Kalo menyeleweng niat, tak berkat nanti hidup kita. Yg dah lps tu sudah, kalo terpilih oleh perwakilan nanti tinggalkanlah niat yg terkucil tu ya.
dasar pencacai anwar ibrahim mmg mcam ni..takyah ngaku PAS la kalau perangai mcm PKR..
perangai ulamak yg khianat tu lagi teruk dari pkr
nama (kusam pasti kalah) pun dah tunjukkan hatinya yg busuk
Bagi setengah pihak pula, maki hamun ulama' tak apa, kempen menjatuhkan orang lain tak apa...
ulamak ussu' bukan sahaj patut dimaki malah dipancung lehernya!
TGNA bukan ulamak ker... yg kononnya kumpulan pro-ulamak selama ini memaki TGNA apa hal?
lantak kome
sedarlah ahli PAS,UMNO,PKR,DAP,PRM...
nabi berhijrah kerana tahu bukan caranya menegakkan islam melalui sistem kafir (demokrasi)
start fresh, not under roman democracy :)
bodoh anonymous,
Islam itu menerima apa sahaja asalkan tidak haram.
jgn persempitkan perjuangan.
demokrasi tidak kafir. ijma ulamak menetapkan ia harus.
xpe la bodoh pun :)
apa guna AQ sebagai kitab perlembagaan
mekah sebelum nabi terima wahyu adalah demokrasi berdarul nadwah
wahyu pertama- bacalah dengan nama tuhanmu yg menciptakan
bukan baca dengan kitab perlembagaan manusia yang membingungkan
Catat Ulasan