4 Jun 2009

Sokongan Untuk kerajaan Nizar Oleh Pemuda PAS Perak Di Muktamar

Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.

Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.

Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar... macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."

Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.

Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN mengambil alih kuasa di negeri itu daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Perak mempunyai dua menteri besar - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan) dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir (BN).

Nizar kemudiannya membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat pengisytiharan menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, Zambry telah merayu ke Mahkamah Ryuan yang kemudiannya mengisytiharkan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah. -malaysiakini



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS sememangnya tidak bijak berfikir kerana dipergunakan oleh DAP untuk mencabar kuasa raja dan menraik keistimewaan hak orang melayu.Kerana tamakkkan kuasa,Nizar bagai monyet yang dijanjikan pisang oleh DAP dan sanggup membuat apa saja sehingga tidak menunjukkan tatasusila orang melayu serta sebagai orang islam.Nik Aziz dengan kuat menentang kerjasama dengan UMNO tetapi dengan rela bekerjasama dengan DAP yang ternyata mempunyai agenda tersembunyi dan mereka tahu orang melayu PAS adalah bodoh,seperti yang ditunjukkan sekarang. Kalau Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal seks adalah dari BN,orang tua nyanyuk ini akan mengutuk dan menghina habis-habisan.Oleh kerana beliau dari PKR,orang tua gatal ini sanggup berjumpa dengan Elizabeth Wong dan membiarkan betina ini menghina budaya melayu dengan memakai baju kurung dan tudung dimana orang yang tidak bermoral speerti ini tidak layak memakai pakaian yang melambangkan kesucian dan kesusilaan. Kenapa tidak pakai saja cheongsam semasa jumpa orang tua PAS ini?Ternyata PAS akan menghancurkan masa depan orang Melayu dengan sifat hipokritnya.DAP sedang tertawakan gelagat orang Melayu PAS yang tidak ada akal.

Tanpa Nama berkata...

DAP 100x labih baik dari umno yang menyembelih sdra Islamnya sendiri - merembat dan merompak kuasa orang lain, mengISAkan sesiapa yg dia kehendaki, melacurkan SPR, SPRM, Polis dan kehakiman.