4 Jun 2009

PAS UMNO : Kerajaan Perpaduan Berbunyi Lagi Di Muktamar


Bernama melaporkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi menyeru ulama Pas berperanan meyakinkan anggota parti untuk menyokong idea baru seperti pembentukan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata golongan ulama dalam parti itu perlu mengkaji konsep berkenaan termasuk daripada sudut sejarah dunia supaya anggota parti dapat menyokong cetusan idea Abdul Hadi itu.

"Konsep kerajaan perpaduan ini telah dilaksanakan di Afrika Selatan, di Indonesia dan juga di Britain (selepas Perang Dunia Pertama)," katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-48 di Auditorium Muzium Negeri di sini, hari ini.

Isu Kerajaan Perpaduan yang telah menjadi isu besar yang menyebabkan perpecahan di dalam parti tidak sewajarnya ditimbulkan lagi kerana idea itu telah ditarik balik oleh Presiden PAS.

Rupa-rupanya para ulamak PAS masih lagi beriya-iya ingin menjadikan gagasan Kerajaan Perpaduan sebagai satu realiti sekalipun konsep kerajaan perpaduan yang diutarakan masih kabur serta belum ada model di dunia ini yang benar-benar menepati kehendak dan ajaran Islam.

Kita tertanya-tanya apakah langkah B.J. Habibie di Indonesia yang menjadi rujukan utama Presiden PAS itu telah berjaya mengekang segala masalah di negara tersebut melalui gagasan kerajaan perpaduannya?

Kita juga ingin bertanya mengapa konsep itu hanya laku jika Pak Lah masih berkuasa dan ianya tidak boleh lagi terpakai apabila orang lain (Najib) menjadi Perdana Menteri.

Kelab GB pernah mengulas isu ini dan kami menganggap ia sebagai panggilan yang melecehkan kemenangan Islam.



5 ulasan:

HaHs berkata...

Sedih aku dgr statement Ustaz Daud kat Malaysiakini! Dulu dituduh seorg pemimpin ikut cara Umno melobi guna baju dan makan. Maksudnya rasuahle! Bila ditanya, takde bukti. Ms tu aku x tau, setuju lah sbb benda rasa betul! Lps tu kata Ada blogger2 menyalahgunakan internet yg menentang Ulama' dan melobi seseorg. Aku faham le dia tuju kat sapa. Salah ke org sokong seseorg dan tentang seorg atau segelintir yg dikatakan ulama' tapi nak bersama Umno sdgkan ahli dan penyokong awal2 dah tentang permuafakatan dgn Umno. Bkn tu je, Nik Aziz pun sokong! Kalo tanya org Perak lagiler. Menyampah gila dgn Umno. Jgn le selewengkan istilah ulama'. Aku sokong Ulama', Profesional malahan Erdogan kalo utk memantapkan jamaah. Tp kalo bawak patah ke blakang. Ulama' ke profesional ke Erdogan pun aku tentang. X dpt pengajaran ke dari sejarah, takpun tgk Perak sudahlah! Jgn le disebut parti munafik tu lagi. Terpulanglah!

Tanpa Nama berkata...

Pas for All.... kecuali umNO ke?

Tanpa Nama berkata...

umno tu bukan islam ker sampai nak pergi perkenalkan islam kepadanya? baru saya tahu.

Hasbullah Pit berkata...

"Dulu dituduh seorg pemimpin ikut cara Umno melobi guna baju dan makan"

Dia kata jangan ada orang buat macam tu, bukan kata ada orang buat macam tu.

HaHs berkata...

Ulama' ni dia tidakle cakap direct. Tuduh pun tidak. Dia faham dosa pahala dan jaga akhlak mereka. Tp kenapa perlu bangkitkan benda yg takde atau takde bukti atau dgr ckp! Kan dah jd kecoh isu tu. Kena pastikan dulu dan jumpa tuan punya diri dan tanya, ada bukti ambil tindakan. Takde bukti diam atau tegur cara umum, jgn tekankan dan ambik contoh mcm yg didgr ckpkan. Mmglah minta maaf tp cara umum, tak jumpa org yg dihintkan dan tak tarik balik tuduhannya. Tp kita ni rakyat bkn tak boleh faham apa niat dan tujuan disebaliknya. Ikut pandangan mmg tak salah cara dia sbb hak dia tapi org yg dgr ni perasaan kita mcmana plak? Org yg dah buat persepsi hasil kata2 dia camna plak? Aku malas dan tak reti nak pusing ayat ni tp kalo tak puas hati pi check blk statement dia dan dgr betul2 ok. Pas takde yg jahat, cuma berbeza pendapat dan pemikiran pemimpin tapi kesannya besar pd masa hadapan. Silap haribulan perbezaan pun boleh jadikan perpecahan dan punah harapan. Sendiri mau ingat!