4 Jun 2009

Nasha Kata Tiada Niat Sertai UMNO ?

Ketika menjawab soalan bertalu-talu wartawan ketika mengadakan sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi, Harakah melaporkan Ustaz Nasharudin Mat Isa menyatakan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.

Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.

Harakah seterusnya melaporkan, Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Timbalan Presiden.

Dalam posting blog ini bertajuk "Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?" antara lain seorang pembaca menghantar komen seperti berikut (tidak diedit ayat-ayatnya):
nasa tentu arif dengan al maghreb restaurant? sesiapa yang tak puas hati, nak confirm, tanya ustaz nasa. nak clue lagi - tempatnya ada kena mengena dengan "damai"... selepas "aman", sebelum crown princess... ustaz nasa saaaangat familiar... cikgu pa... harun din amacam?

Saya juga ingin bertanya, mengapakah ada pihak yang semakin terserlah sifat suka bercakap tidak benar begitu ghairah meratib-ratibkan istilah akhafud-dharurain (mudharat yang lebih ringan). Siapa yang main belakang dalam gelap dan berkendak politik dalam gelap dengan Umno?

Benarkah ada perjumpaan demi perjumpaan dengan orang-orang seperti Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010? Majlis Syura tahu perundingan demi perundingan dengan Wan Abu Bakar dan gerombolannya? Mursyidul Am tahu? Jawatankuasa PAS Pusat tahu? Ahli-ahli PAS tahu?

Adakah semua itu termasuk dalam apa yang Nasharudin nyatakan ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS iaitu mengenai tindakan menjaga "adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya"?

Alangkah baiknya jika mereka yang dilihat ketagih Umno bersumpah dengan kalimah-kalimah qasam yang diajarkan oleh Islam iaitu waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa tidak pernah ada perancangan bersama dengan Wan Abu Bakar tentang apa yang patut dilakukan serta kenyataan bagaimana patut dikeluarkan demi menjayakan kehendak bersama - kehendak yang menaikkan nafsu politik beberapa pemimpin PAS yang berkendak politik dengan gerombolan Wan Abu Bakar. -penarikbeca /GB

Ulasan ringkas Greenboc

GB teringat kata-kata Rasulullah yang pernah diperingatkan kepada kita tentang satu golongan yang disiksa sewaktu Rasulullah menemui mereka semasa perjalanan Isra Mi'raj.

"Terdapat dari mereka satu golongan yang niatnya baik tapi perbuatannya jahat"







Tiada ulasan: