19 Mei 2009

Nizar Zambry : Apa Sandaran Hakim Mahkamah Rayuan Berintegriti?

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.

Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.

"Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli," tegas beliau.

Salahuddin turut menegaskan jika hakim yang dipilih tidak mempunyai integriti kepentingan awam tidak akan terbela dalam kes tersebut.

Semalam Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

7 ulasan:

1Malaysia berkata...

Kalau Nizar menang hakim rayuan mesti berintergeriti

Tanpa Nama berkata...

1Malaysia, awal-awal lagi hakim mahkamah rayuan takde integriti, pertama, hakim itu terlibat dalam kes VK Lingham. kedua, hakim itu telah memberikan prioriti kepada Zambry bila dengar dan putuskan dalam masa tak sampai 3 jam. ketiga, benarkan penangguhan keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan Nizar sebagai MB yang sah.

UMNO sebenarnya dah berada di hujung jalan untuk ditalkinkan. Percayalah.

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

KALAU BETUL UMNO DAH NAK DITALKINKAN, KENALAH SEGERA TENTUKAN KUBURNYA?

BUKANKAH BAIK JIKA KITA SAMA BERUSAHA MEMBAWA UMNO YANG DIHUJUNG JALAN UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN?

Tanpa Nama berkata...

bodoh dan bebal rupanya kontratorwibawa.
bawa umno yg dihujung jalan ke pangkal jalan umpama melepaskan anjing tersepit

Unknown berkata...

Umno nie dah rosak kena penyakit korup dan menindas rakyat jelata..memang tak leh nak dimaafkan lagi...

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baiknya beri saja UMNO ni racun tikus biar cepat jalan sikit.Hidup pun menyusahkan orang saja.. mati lebih baik dari hidup membuat dosa..rasuah,menganiaya rakyat,zalim,munafik,taghut..hai tak habis kalau nak disebut.

Tanpa Nama berkata...

Dah kena swine flu. mana boleh bawa pangkal jln, tembak bg mampus aje. Tanam tak boleh perkuburan islam. bakar kat kremotoriam jln cheras baru