19 Mei 2009

NIZAR ZAMBRY : SUKA ATAU TIDAK PILIHANRAYA MESTI DIADAKAN

Tinjauan yang dilakukan di kalangan pemimpin Barisan Nasional sekarang ini ialah (BN) sekalipun mahkamah rayuan akan membuat keputusan menyebelahi BN Khamis ini, pemimpin BN rata-ratanya mahu Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri untuk memberi laluan kepada pilihanraya semula di negeri itu, demikian dilaporkan oleh akhbar online, malaysianinsider.

Krisis Perlembagaan Perak merupakan hal paling utama yang dibincangkan di dalam agenda mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional semalam.

Jika tidak mengambil sikap sedemikian kredibiiti BN lebih teruk terjejas dan beberapa pemimpin BN menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memaparkan BN sebagai gila kuasa.

Namun, tidak ditentukan masa "bila" untuk diadakan pilihanraya tersebut.

Majlis Tertinggi BN nampaknya terpaksa mengadakan pertemuan sekali lagi sejurus selepas keputusan mahkamah Khamis ini nanti.

Kemelut politik Perak sekarang di peringkat Mahkamah Rayuan dimana Zambry Abd Kadir telah memfailkan rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai mentri besar yang sah.

Tanpa sebarang tanda-tanda bilakah kemelut Perak akan berakhir, kedua-dua pihak BN dan PR nampaknya sudah mengendurkn ketegangan untuk mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku.

Namun PR, yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang mendesak satu pilihanraya baru menjadi syarat perundingan, yang mana syarat ini tidak dipersetujui oleh BN.

Di satu sidang media semalam, Datuk Seri Najib Razak menyatakan BN hanya akan membincangkan isu politik di Perak dengan Pakatan Rakyat selepas mahkamah memutuskan kedudukan kerajaan sebenar di negeri itu.

Sekalipun mahkamah rayuan membuat keputusan berpihak kepada Zambry, parti pemerintah akan tersekat dengan dilemma dimana ia terpaksa bergantung kepada sokongan 3 orang pembelot yang telah berpaling tadah dari PR untuk BN berkuasa.

Saat ini, kedua-dua BN dan PR mempunyai bilangan kerusi yang sama di dalam DUN, dengan 3 orang ahli Bebas yang mesra-BN.

Tetapi dua dari tiga ADUN berkenaan masih menghadapi tuuduhan rasuah, sementara yang ketiga, bekas ADUN DAP Hee Yit Foong, telah dicerca dan dimarahi oleh pengundinya sehingga beliau tidak mampu untuk menjenguk kawasannnya sendiri.

Di antara sebab mengapa BN terpaksa mengendurkan pendirian mereka kini ialah terdapatnya gelodak perasaan di kalangan pemimpinnya yang mana mereka mersakan perlu untuk mengelak risiko gelombang anti-BN bertambah besar.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah menyatakan telah menjadi satu kesimpulan umum bahawa BN akan kalah di dalam pilihanraya di Perak.

Beberapa BN ahli parlimen Perak dikatakan lebih tertarik untuk mengadakan sidang tergempar DUN untuk menjadi pengukur dan sokongan yang diperlukan untuk mentadbir negeri tersebut secara sah.

Namun terdapat suara yang menyatakan dengan cara sedemikian ia akan hanya mengundang kontroversi yang melanda berpanjangan dan akan terus menghadapi tantangan dan tindakan undang-undang dari PR.

Tiada ulasan: