Penasihat Kelab Penyokong PAS (KPP), Hu Pang Chow mengkritik tindakan pemimpin PAS yang didakwanya "tidak serius" untuk membuka penyertaan bukan Islam ke dalam parti tersebut, menyebabkan pelaksanaannya menjadi lambat.
Saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan dakwaan Sdra Hu Pang Chow itu dan PAS sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada KPP lantaran kelembapannya. Tetapi sebaliknya telah dinafikan oleh PAS melalui Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bulan lalu untuk meneliti secara lebih serius perkara tersebut dan mengemukakan cadangan teknikalnya.
Persoalan kini, setelah sekian lama KPP ditubuhkan (pada 2004), hanya bulan lepas baru ditubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti permintaan kaum bukan Islam ke dalam parti. Itu pun sehingga kini masih belum ada apa-apa resolusi konkrit mengenainya malah KPP sendiri tidak mengetahui atau sekurang-kurangnya diundang untuk menduduki jawatankuasa yang melibatkan mereka.
Seandainya diukur dari sudut tanzim (penyusunan dan pengurusan organisasi yang rapi), PAS gagal memenuhinya tetapi amat cemerlang untuk menjuarai perselisihan di dalam hal al-imarah (kepimpinan jemaah) sehingga muncul perdebatan yang begitu hebat dengan lemparan fitnah dan cerca mencerca hasil dari hanya perbezaan pandangan yang tidak diraikan kerencamannya di dalam parti.
Saya telah banyak kali mengkritik dan menegur, namun pemimpin PAS lebih selesa untuk "bertekak" di dalam isu-isu berebutan kuasa di dalam parti dan di dalam gabungan yang telah terbentuk hasil permuafakatan bersama sahabat-sahabat di dalam PKR dan DAP, tetapi kurang berebutan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan parti, jemaah dan rakyat.
Dengan memperolehi kemenangan yng besar di dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, sepatutnya PAS mampu untuk menonjolkan diri sebagai sebuah organisasi yang telah siap sedia untuk diserahkan amanah memimpin rakyat, namun di dalam situasi yang ada, nampaknya penyerahan itu bakal tertangguh lagi.
PAS sepatutnya sudah ada pelan perancangan politik, ekonomi dan sosialnya sendiri dengan opsyen-opsyen untuk disesuaikan dengan pelbagai probabiliti demi untuk kelansungan kecemerlangan organisasi selain daripada hanya memiliki sebuah ibu pejabat tersergam indah.
Kita tersangkut lagi rupanya di daerah perbatasan debat berlarut-larut tentang ulamak dan professional tetapi mutu kerja yang begitu superficial dan tidak meyakinkan rakyat bahawa PAS itu parti yang didokong oleh ulamak yang professional atau professional yang bertaqwa melalui hasil kerja dan pembuktian yang nyata di dalam tindak-tanduk kepimpinannya.
Perkara yang aula dipinggirkan, perkara yang picisan dan pinggiran menjadi aula. Menghairankan. Apa hal nak bincang Kerajaan Perpaduan sedangkan parti sendiri belum mampu menonjolkan sesuatu yang konkrit kepada rakyat.
PAS perlu menunjukkan ia parti yang mapan untuk menjadi jurubicara ummah dan rakyat jika ia hendak menjadi parti yang dominan di dalam pakatan, tetapi jika keadaan masih status quo, jadilah PAS parti kelas kedua untuk kemudiannya terus bergolak dalam hal-hal remeh dengan end-results kegagalan dan kehancuran. Tatkala musuh lemah, sepatutnya kita perkasa, tetapi dengan kepimpinan yang sibuk mengutamakan kedudukan dan nama, rupa-rupanya kita pun lemah sama.
Allah akan hanya menyerahkan kepimpinan negara kepada PAS apabila PAS sudah bersedia dengan segala petugas dan ilmu untuk mentadbir negara ini dengan labih baik. Jika enggan untuk berubah, bersiap sahaja untuk dirampas apa yang ada pada kita kerana belum layak PAS rupa-rupanya dengan kepimpinan yang hanya hebat pada serban dan jubahnya, bukan pada ilmu dan amalnya. Hakikatnya tak seimbang dengan syariatnya.
Wallahu alam
9 ulasan:
Suatu tulisan dan sikap yang menghairankan di waktu-waktu begini. Bermula dari pendedahan tentang kritikan yang tidaklah begitu kritikal dan berakhir dengan pendapat bahawa PAS belum layak memerintah kerana pimpinannya 'yang hanya hebat pada serban dan jubahnya, bukan pada ilmu dan amalnya.'???
Awak terlalu menghina - sejauh mana awak rasa awak layak menilai ilmu dan amal orang lain?
lebih menghinakan apabila terdapat yang bergelar ustadz menuduh dan memfitnah "TGNA dikelilingi org sesat", "memperli Husam menyatakan lebih baik bertanding untuk jawatan Presiden", "menuduh gejala politik wang ada di dalam PAS".
Bukankah kesemuanya itu lahir dari golongan berserban dan berjubah dan sudah cukup untuk dinilai bahawa ilmu dan amal mereka tak selari dengan pakaian zahirnya? Nak bukti apa lagi?
Teruskan GB ... bukan sahaja GB layak menilai, malah semua ahli layak menilai. Yang takut cuma golongan rigid dlm parti, yang merasa diri mereka maksum dan tak boleh ditegur.
Bagaimana dengan golongan fikrah lain dalam jemaah, sudi ditegur? Atau cepat saja melenting dan menghina.....
Hmmm apa kata ahli yang hebat-hebat tubuhkan saja parti lain? Tak perlulah lagi 'walaq' kepada golongan yang rendah kualiti ilmu dan amal. Dan tak perlulah lagi setia kepada parti yang lembab!
tubuh parti lain? sejak bila Allah bagi PAS ini hanya untuk kamu dan kumpulan kamu?
Yang nyata PAS akan kehilangan sokongan bukan Islam jika masih bersikap lembab dan enggan menerima kritikan dan melakukan perubahan. Dunia semakin pantas, PAS kena ikut rentak itu. Jika tidak ketinggalanlah PAS dari arus politik perdana. Zaman bercermah dan hanya memberi kuliah telah berlalu, sekarang zaman untuk bekerja memertabatkan Islam dalam bentuknya yang syumul.
Tahniah GB!
Tahap 'kebencian' yang tinggi tercetus dari isu yang tidaklah terlalu mengegarkan...
Terima kasih kerana menunjukkan wajah anda yang sebenar
wajah sebenar apa pulak yg GB tunjukkan wahai anonymous. beliau benar dengan hujjahnya dan kami menyokongnya. mana pula hujjah kamu selain berselindung di sebalik anonymous, satu cara biasa golongan pro-muqabalah.
Catat Ulasan