11 Mei 2009

NIZAR GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK

Langkah pertama diambil oleh YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini ialah memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:

- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009



3 ulasan:

Unknown berkata...

Apa sebenarnya "Gantung" atau "Pecat" Penasihat Undang-Undang Negeri Perak?

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan MB Nizar pecat semua barua2 umno/BN yang berada di SUK...kita buka buku baru ambil orang PR untuk berkerja di SUK , berkerja untuk rakyat..saya salah saorang yang akan menawar diri jika ada jawatan kosong apa2 saja di SUK ...kita dah bagi peluang pada mereka tapi mereka ini tak kenang budi dan terus tikam kita dari belakang..saya syokkan MB pecat dengan segera SS yang menghina MB dahulu semasa rampasan kuasa...jangan pandang eakang lagi ambil anak negeri perak selebihnya kepada orang PR untuk berkidmat di SUK...sekian wsalam. suara rakyat suara keramat. membujur lalu melentang patah...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato'

Pecat dia dari penasihat undang undang negeri perak...

Nanti kita suruh dia mintak kerja sebagai penasihat undang undang rimba...sebab beruk-beruk kat hutan belom tu tak ade penasihat undang 2...