11 Mei 2009

Isu Nizar : Kenyataan Kit Siang dan Husam Kecewakan Ahli PR

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan agar BN dan Pakatan bekerjasama menyelesaikan Krisis Perlembagaan.

Najib dipercayai membuat saranan itu apabila beliau telah dapat menghidu keputusan mahkamah tinggi yang bakal tidak memihak kepada UMNO BN.

Tetapi yang anehnya terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang telah melompat kegembiraan dengan ajakan Najib berkenaan seolah-olah menerima jalan penyelesaian yang diberikan Najib untuk ditipu oleh beliau lagi seperti kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum itu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Ini diikuti oleh kenyataan naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang menyatakan "PAS menyokong saranan Perdana Menteri itu dan ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak dan diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan."

Kedua-dua kenyataan pemimpin berkenaan dilihat oleh ramai penganalisis politik sebagai gopoh dan tidak berfikir panjang sebelum menyokong saranan Najib berkenaan.

"Apakah anda hendak meletakkan leher anda untuk disembelih oleh Najib lagi sedangkan kita amat tahu kelicikan politik beliau?" tanya seorang penganalisis politik di ibu kota.

"Apabila Najib tersepit, beliau akan cuba memperdayakan musuh politiknya dan apabila musuh politiknya termakan umpan dan jeratnya, maka UMNO-BN akam memanipulasikannya untuk kepentingan politik mereka," tambhnya.

Ramai berpendapat apa yang perlu kini ialah seluruh rakyat perlu mengutuk tindakan Najib yang telah merampas kuasa dan perlantikan Menteri Besar dan exco dari kalangan mereka itu sendiri terbukti satu tindakan yang menyalahi undang-undang dengan penghakiman dari hakim mahkamah tinggi hari ini. Pemimpin Pakatan Rakyat mesti menolak sebarang ajakan yang memperdayakan malah sepatutnya mendesak supaya pilihanraya negeri diadakan.

Tindakan pemimpin-pemimpin PR itu dilihat sebagai menghina segala usaha Mohd Nizar dan pemimpin PR Perak yang bertungkus-lumus mempertahankan kerajaan mereka selama ini.


6 ulasan:

Bangsa Cina Malaysia berkata...

InsyaAllah melayu cina dan india akan 100%
menyokong Pakatan Rakyat sekiranya DUN
di bubarkan.

Ameen.

perwira_bangsa berkata...

Jangan risau lah....

Harapan kita pihak istana negeri perak memperkenankan pembubaran Dun dengan segera bagi menyelesaikan krisis politik di perak ini dengan aman....
InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

bukan soal risau perwira_bangsa, saya setuju dengan gb yg menyifatkan kedua-dua tokoh itu gopoh.

Tanpa Nama berkata...

Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.
Harap ahli PAS memohon petunjuk Allah Ta'ala dalam memilih pemimpin dalam muktamar nanti.

Tanpa Nama berkata...

jgn tertipu dgn media..husam setuju utk berbincang bkn bermakna setuju utk ikut telunjuk 'Mat Mongol'..berbincang utk kedua2nya setuju utk mendesak raja utk mendapat perkenan bubar dun..tgk la sape yg setuju plk lps ni...huhu

Tanpa Nama berkata...

Tapi kenapa husam buat kenyataan yang boleh dieksploitasikan musuh? kan lebih baik diam dari mengulas sehingga boleh mnguntungkan musuh.