Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah kerana "kita rasa kita ada kes yang kuat.”
Ditanya sama ada pilihanraya negeri adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib menjawab:"Saya tak boleh komen perkara itu pada masa ini."
Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, Perdana Menteri berkata beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.
Beliau juga ditanya sama ada BN akan mengatur satu lagi sidang DUN untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar bagi membolehkan BN kembali berkuasa di Perak.
"Saya tidak tahu lagi, langkah pertama kita adalah membuat rayuan," tambahnya.
5 ulasan:
"Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut."--petikan diatas.
Jangan Mengugut rakyat"kami tak teruja"tapi kami bersyukur....
Mari kita selesaikan masalah"tajuk nya NEGERI PERAK.
baiklah siapakah yang paling layak menyelesaikan masalah ini? adakah?
1.Perdana Menteri
2.Pengerusi Umno Negeri
3.Pengerusi DAP Negeri
4.Pengerusi PAS Negeri
5.Pengerusi PKR Negeri
6.Ahli BN
7.Ahli Pakatan Rakyat
8.Rakyat Negeri Perak
cuba renungkan...betul2 setelah apa yang berlaku..jangan buat keputusan yang merugikan...
bagi aku jawapan nya NO 8 ( Rakyat )
jadi BUBAR KAN ADUN SEGERA!!!!
MASALAH SELESAI.......buangkan ego,sombong,bongkak,takabur,riak dan takut...pada manusia..rendahkanlah dirimu disisi ALLAH...ingat lah semua nya mempunyai "HAK".
http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emotichttp://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/100.gifons7/21.gif
Bersyukurlah rakyat Perak.
betoi kata perwira biaq rakyat perak tentukan sapa nak perintah......BN dan PKR mesti akur sebarang keputusan rakyat.....biar jadi anak jantan.....
Berita di atas bermaksud begini..UBN akan berhempas pulas tengkok memanipulasi sistem kehakiman..korek..korek..terhadap keputusan mahkamah tinggi..Kami bukan merayu tapi akan mengancam supaya Mahkamah tunduk kepada kami..he..he..jangan mau ketawa besar sekarang...kami UBN akan begini..dulu ..kini dan selamanya..ho..ho..zam..zam..ala ka zambri..
http://waksab@blogspot.com DariMindaKu
Catat Ulasan