Wang kertas dalam simpanan menyusut nilainya setiap hari.
Setelah nilai pada wang kertas menyusut setiap hari, adalah menghairankan kalau pendapatan tidak meningkat.
Namun agak menghairankan juga kalau kos menunaikan haji tidak meningkat.
Datuk salleh Majid berkata ...
Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.Dalam sistem ekonomy Keynessian, yang terlalu taksubkan "pertumbuhan", banyak benda yang bertumbuh, akan tetapi selalunya tidak selaras.
Bekalan wang (M1,M2,M3) bertumbuh pada kadar 8% (contoh)
Dividen Tabung Haji 5 % (contoh)
Kenaikan gaji 4% (contoh)
inflasi 3% (contoh)
Lambat laun, harga barang akan mengejar bekalan wang.
Hari ini kalau inflasi boleh dikawal-kawal oleh kementerian dengan mengawal beberapa barangan, lambat laun ia akan membuak juga.
Cuba lihat berita lama ini.
Kalau M3, setahun meningkat sebanyak 13.5 peratus, maka bersedialah untuk menghadapi inflasi sebanyak 13.5 peratus.
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Wang Secara Meluas, atau M3, meningkat sebanyak RM8.2 bilion, atau 13.5 peratus bagi asas tahunan, pada September, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ya, Hari ini inflasi inflasi tidak sebanyak itu, disebabkan ianya disembunyikan oleh kawalan harga, namun lambat laun ia akan membuak, dan dan terkumpul , meningkat dengan banyak sekaligus.
Masa itu, Kerajaan BN kah, kerajaan PR kah semua akan pening kepala.
Jadi, sekiranya M3 meningkat 13.5 peratus, maka pendapatan mesti meningkat 13.5 peratus juga, baru ia "normal".
Sebaliknya, M3 meningkat tetapi pendapatan hanya meningkat ikut kadar inflasi yang disembunyikan.
13.5 % itu tahun lepas, ketika sebelum berlakunya pesta 60 billion oleh Najib.
Berapa agaknya pertumbuhan M3 tahun ini, kau tunggulah nanti.
Kalau dulu saya boleh katakan Najib ambil 60 bilion daripada orang yang belum lahir, hari ini saya boleh kata Najib ambil duit dari jemaah haji, dan pelabur tabung Haji.
Menurut Melaka Hari ini, kenaikan kos haji itu sebenarnya lebih dari itu, iaitu anggaran RM 12,000
Apabila kos haji disubsidikan supaya rendah, lambat laun ia akan membuak juga. Itu yang terjadi pada kos haji yang telah disubsidikan, membuak daripada 8k kepada 9k.
Apabila kos haji disubsidikan oleh Tabung Haji, dan bukannya kerajaan, maka Tabung Haji akan kekurangan untung, pelaburnya pula ialah orang yang belum haji.
Maka pengsubsidian kos haji oleh Tabung Haji, boleh diibaratkan ialah pengambilan wang oleh bakal jemaah haji daripada simpanan orang yang belum menunaikan haji, secara tanpa niat.
Ini kaedah apa pula?
Hakikatnya, kewujudan pengsubsidian kos haji adalah disebabkan oleh penurunan nilai wnag kertas yang diakibatkan oleh pengembangan M3.
Kenapa Bank Negara yang tidak mengsubsidikan kos haji?
Bank Negara boleh cetak duit, Tabung Haji tak boleh.
Teringat saya cerita Dr Halim ketika Seminar Dinar Emas di UiTM dulu, lebih kurang sebegini,
Suatu hari seorang pakcik nak menunaikan haji, maka ditanyalah pegawai, berapa banyak duit yang diperlukan untuk menunaikan haji.
Maka dia jawap RM 6000, maka pakcik itu pun kumpulkan duit RM 50 sebulan untuk menunaikan haji. genap 10 tahun, dia sudah ada RM 6,000. Maka pergilah Pakcik itu ke Tabung Haji.
"Pakcik dah ada RM 6,000, Pakcik nak ke Mekah"
Maka terpaksalah pegawai itu jawap, "Mana cukup 6,000 nak ke mekah "
"Eh dulu kata RM 6,000 boleh pergi Mekah"
"Itu 10 tahun dulu" , kata pegawai.
Jika kos haji tahun ini ialah RM9,445, Siapa ambil "RM 3445" yang sepatutnya pakcik itu tak perlu tambah?
Sekiranya pakcik itu kumpul RM 50 sebulan selama 5 tahun setengah lagi, adakah kos haji masih lagi "9445" ?
Jadi apa penyelesaiannya?
Tabung Haji sepatutnya membenarnya bakal haji menyimpan emas atau perak. - Hasbullah Pit
1 ulasan:
Bagus article mike ni. Dah lama tabung haji tipu jemaah haji. Yong pun kena tipu jugak. Tahun 2007 Yong pergi haji. Masa nak balik pegawai tabung haji di Mekah bagi tahu jemaah yang naik kapal terbang saudi airline tak payah beli air zam-zam untuk bawa naik (kapal terbang) kerana akan dibekalkan sebanyak 5 liter. Kita pun tak bawa. Sampai kat KLIA deme bagi tahu air zam-zam tak dibekalkan. Satu kapal terbang kena tipu. Tok Wan, Makcik, Pak Cik, Wak... semua kena tipu. Kesian orang2 kampung yang ziarah khabar haji/hajjah yang baru balik. Melopong.
Yong tak tahu hal penerbangan lain. Sikit deme tak minta maaf, kembalikan duit atau ape2 pun. Memang hampieh. Yong terus keluarkan semua lebihan simpanan dalam tabung haji dan tutup akaun. Yong tak nak bersekongkol dengan penipu.
Catat Ulasan