20 Mei 2009

Zambry vs Nizar : 3 Hakim Akan Tentukan Di Mahkamah Rayuan Esok

Esok, Khamis, Korum 3 Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar kes MB Perak.

Dimklumkan juga bahawa pada hari esok, Mahkamah Rayuan akan menolak mana-mana kes untuk disebut, didengar dan/atau diputuskan semata-mata untuk meberi LALUAN kepada kes MB Perak.

Korum Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-

Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, DPMN, KMN
Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, DCSM, DIMP, KMN, PPT
Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie, PJN, PBS.

Walaubagaimana pun, rmai penganalisis politik berpendapat keputusan esok kurang signifikannya kerana yang penting ialah suara rakyat Perak masih tetap dominan untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri berkenaan, demikian kata Pengerusi BBC DUN Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

"Kalau keputusan esok memihak kepada Pakatan Rakyat sudah pasti Datuk Seri Nizar akan memohon mengadap baginda

Sultan untuk memohon pembubaran DUN secepat mungkin.

"Kalau keputusan sebaliknya memihak kepada Zambry maka kemelut politik Perak masih tidak berubah dan penyelesaiannya juga tetap berbalik kepada jalan pembubaran DUN.

"Jadi apapun keputusan esok tidak akan menukar pendapat rakyat Perak bahawa DUN perlu dibubarkan segera mungkin supaya rakyat dapat memilih sekali lagi kerajaan yang sah," kata beliau lagi.



1 ulasan:

Green Home i-Healty berkata...

Pada pandangan saya, samada BN atau PR kalah dalam Mahkamah Rayuan ini, mereka mempunyai satu lagi Mahkamah iaitu Mahkamah Persekutuan. Jika dengan kuasa Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana, Mahkamah mengesahkan MB PR adalah MB yang sah untuk Kerajaan Negeri Perak, MB BN akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Saya telah membayangkan keadaan ini akan berlaku. Esok bukan penentut untuk rakyat Perak kerana keadaan ini berterusan sekiranya dun tidak dibubarkan.