20 Mei 2009

2 Wakil Rakyat PR Ditahan : Sikap Polis Ampu UMNO BN Dikesali

Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan.

Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.

Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.

Selain dua wakil rakyat berkenaan, mereka yang turut ditahan dikenali sebagai Lam Kah Hon, Alex LC Ling, Koh Weng Ken, Chua Yew Choong, Lim Jen Yow, Tan Hak Lian dan Fong Kok Leong.

Kesemua mereka yang ditahan dibebaskan kira-kira jam 4 pagi selepas memberi keterangan di Balai Polis Brickfields dan Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Ramai melihat tindakan polis berkenaan sebagai satu cara untuk mereka terus menekan dan menzalimi rakyat yang berbeza pendirian dengan kerajaan UMNO-BN kerana tidak masuk akal dengan hanya menyalakan lilin boleh menggugat ketenteraman awam.

"Apabila perhimpunan dilakukan oleh PR semuanya haram, bila UMNO-BN semuanya halal. Ketua Polis Kuala Lumpur, Sabtu Othman sering men unjukkan sikapnya yang tidak profesyenal dan sentiasa berat sebelah semasa menjalankan tugasnya. Beliau perlu dipecat dari jawatannya," tegas seorang pemimpin PR.



Tiada ulasan: