20 Mei 2009

Bekas MB UMNO BN Khir Toyo Tak Boleh Bawa Kes Penggantungannya Ke Mahkamah

Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (JKHK) menggantung perkhidmatan serta elaun dan keistemewaan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo selama setahun tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamah kerana itu adalah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan keputusan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi JKHK, Teng Chang Khim dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Annex, SUK, Shah Alam 19 Mei lalu.

Beliau menegaskan, mengikut fasa 72 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa urusan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Chang Khim yang juga Speaker Dun berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khir yang akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Jawatankuasa tidak menghalang mana-mana orang termasuk Adun untuk membuat teguran terhadap Jawatankuasa atau Dewan, tetapi hendaklah mematuhi batasan," jelasnya.

Tambah beliau, mengutuk Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dun sebagai alat politik untuk pihak tertentu adalah melampaui batas.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Adun Rawang Gan Pei Nei, beliau berkata Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu bukan terdiri daripada satu parti sahaja tetapi Adun daripada pembangkang turut menyertainya.

"Setiap Jawatankuasa untuk sepenggal Dun mempunyai 1/3 daripada Adun pembangkang (BN). Jadi tidak munasabah Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu berat sebelah," tegasnya.

Dalam mesyuarat JKHK Teng Chang Khim sebagai pengerusi telah mencadangkan Khir Toyo digantung menghadiri persidangan Dun dan segala kemudahan serta elaun digantung selama setahun.

Hukuman tersebut dijalankan ekoran keengganan Khir menghadiri sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.

Adun Sungai Panjang (Khir) didapati bersalah terhadap tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar mengutuk integriti Jawatankuasa Selcat dan menuduh sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Selcat ditubuhkan dengan kuasa Dun bagi membolehkan pendengaran awam dijalankan berhubung penggunaan wang yang disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada Mac lalu.

Menurut Chang Khim, cadangan keputusan tersebut akan dibahaskan setelah dibawa usul dalam sidang Dun pada Julai nanti.

Katanya, Khir boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan sekiranya beliau dan mana-mana Adun dapat menyakinkan Dewan supaya tidak menerima usul tersebut.

Sebagai Pengerusi beliau tidak mengambil bahagian dalam memutuskan mana-mana ahli yang dituduh itu bersalah atau tidak bersalah kerana dalam peruntukkan Peraturan Tetap Pengerusi tidak boleh mengambil bahagian dalam memutuskan hukuman.

Ditanya adakah keputusan itu kerana berdendam, katanya; "Soal dendam tidak wujud langsung, tidak ada dendam kita kena kerja cara profesional." -harakahdaily

4 ulasan:

Pak Lubis berkata...

Walau pun mengikut fasa 72 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa urusan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah mengapakah Mahkamah Persekutuan mencampuri urusan penggantungan Zambri di DUN Perak.

Adakah ini bermakna Mahkamah Persekutuan mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang mana ia adalah undang undang tertinggi dalam mana mana undang di Malaysia.

Saya di maklumkan sewaktu saya menuntut bahawa mana mana undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ia tidak boleh dikuatkuasakan. Begitu sekali tingginya darjat Perlembagaan Persekutuan. Yang peliknya mahkamah yang tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan boleh mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. A

Prof. Era Pasca berkata...

salam pak lubis dah kite kan tinggal kek malaysia... apo nak polik... orang letup mak orang pun cool je pegang duit negara.... hahaha

Pak Lubis berkata...

Salim Baginda.

Pak Lubis tak dapat nak memahami undang di Malaysia ini. Perlembagaan Malaysia boleh diketepikan. Bahasanya bukan nya susah nak difaham, teramat mudah .... Kalau Mahkamah boleh ketepikan perkara termaktub didalamnya.... tidak perlu ada Perlembagaan. Buat usul di Parlimen untuk mansuhkan Perlembagaan Malaysia itu.

Tetapi yang hairan lagi ... kenapa bila ia merugikan BN/UMNO sesuatu undang tidak dipakai tetapi akan diguna pakai jika menguntungkannya.

Tanpa Nama berkata...

Piraah Khir Toyol tak guna 1 sen pun jd Mb kumpul&rompak harta benda rakyat.ckap dlm dewan berani,di luar dewan takut jumpa rakyat,muka dah mcm saitan pun.