9 Mei 2009

Tindakan UMNO BN Pergunakan Polis Untuk Angkut Sivakumar Satu Pencerobohan

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Husein menyifatkan tindakan polis membawa keluar Speaker Dun Perak, V. Sivakumar daripada dewan persidangan untuk memberi laluan perlantikan speaker baru semalam satu pencerobohan dan mencemarkan peraturan Dun dan Perlembagaan Negeri sedia ada.

Baginya, pelanggaran peraturan tidak sepatutnya terjadi kerana V. Sivakumar masih sah di sisi undang-undang dan campur tangan polis satu kesalahan kerana hak mereka hanya membuat kawalan di luar dan boleh masuk sekiranya diminta oleh Speaker.

"Polis dah menceroboh masuk untuk membawa V. Sivakumar keluar dari dewan. Tiada siapa boleh arahkan polis buat begitu walhal beliau merupakan Speaker yang sah bukan dia letak jawatan atau kekosongan disebabkan kematian. Speaker berkuasa penuh dalam dewan Timbalan Speaker pun tidak boleh bertindak tanpa izin Speaker," ujarnya ketika Harakahdaily meminta pandanganya sebentar tadi.

Kata beliau lagi, pelantikan Genesan daripada MIC sebagai Speaker Dun Perak yang baru tidak sah dan melanggari peraturan dan perlembagaan negeri Perak.

Mana boleh wujud usul supaya Speaker letak jawatan dan diganti dengan Speaker baru ekoran tidak setuju tindakan Speaker yang sah dilantik oleh Dun yang dimandatkan oleh rakyat.

"Perlantikan Genesan tidak sah dan haram selari dengan perlantikan Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan enam exconya. Keadaan jadi makin celaru melainkan Sultan Perak perkenan untuk adakan pilihan raya kecil seluruh Perak," tegasnya.

Jelas Abdul Halim, institusi Dun mempunyai kuasa yang tersendiri sama dengan kuasa mahkamah di mana hakim berkuasa dalam mahkamah untuk menentukan siapa yang salah atau mengeluarkan arahan dari mahkamah.

Tetapi lain pula di Perak orang lain lebih berkuasa di dalam Dun sehingga memanggil polis untuk mengangkat V. Sivakumar keluar dewan untuk memberi peluang perlantikan Speaker baru dan memulakan Persidangan Dun dengan amanat Sultan Nazrin Shah, katanya.

Sementara itu Speaker Selangor, Teng Chang Khim meragui usul menyingkirkan Sivakumar itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.

"Terlalu jelas bahawa timbalan speaker telah bertindak secara ultra vires terhadap perlembagaan negeri semasa mempengerusikan sidang yang menyingkir YB Sivakumar sebagai Speaker tatkala Sivakumar masih ada lagi di dalam dewan. Justerteru itu usul menyingkirkan YB Sivakumar tidak mengikut perlembagaan," tulis Teng di dalam blognya hari ini.

Beliau memetik Artikel XXXVIA(3) dari Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bila mana Speaker tidak hadir sewaktu sidang di dewan undangan negeri, seorang ahli dewan akan, mengikut peruntukan Arahan Tetap, dilantik melaksanakan tugas-tugas Speaker.

"Hasilnya, perlantikan Speaker ‘baru’ tidak mengikut Perlembagaan kerana kekosongan yang boleh diisi," kata Teng.

Teng membidas campaurtangan polis di dalam dewan undangan negeri Perak seolah-olah negara ini sudah menjadi negara Polis.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong pandangan itu dimana beliau mengingatkan kita mengenai peristiwa ugutan pemuda UMNO yang mengugut Karpal Singh dimana pada ketika itu Speaker menyatakan polis tidak boleh masuk di dalam kawasan Parlimen dan oleh itu tidak boleh memanggil polis untuk melindungi Karpal Singh waktu itu.


1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

speaker hilang pun dengan cara 3 katak di ilangkan... dan juga dato nasa...