Beliau juga menjelaskan bahawa penahanan beberapa orang menjelang persidangan DUN itu adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.
Saya ulangi apa yang Najib kata: penahanan puluhan orang itu adalah tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat. Tiba-tiba saja kepala saya jadi pusing dengan kenyataan Perdana Menteri Satu Malaysia itu. Siapa polis, siapa kerajaan? Bukankah polis itu sebahagian dari jentera kerajaan? Jika polis itu bukan sebahagian dari kerajaan, siapakah kerajaan? Jika tentera bukan sebahagian dari kerajaan, siapa kerajaan? Jika kakitangan kerajaan bukan sebahagian dari kerajaan, siapa kerajaan? Jika Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kabinet bukan sebahagian dari jentera kerajaan, siapa kerajaan? Apabila Najib dalam ucapannya sering menyatakan kerajaan hendak buat itu hendak buat ini, siapa yang akan buat jika bukan jentera kerajaan?
Atau pun adakah kerajaan itu pada pandangan Najib ialah kerajaan langit ala-Ayah Pin yang kabarnya turut dianggotai oleh tokoh kerajaan?
Sebelumnya Naib cuba memperbodohkan rakyat apabila mengambil Kerajaan Kelantan sebagai contohnya.
"Jangan lupa kerajaan PAS dulu di Kelantan boleh bertahan dengan satu kelebihan kerusi. Kita ada tiga kerusi dan ini membolehkan kita mentadbir di Perak," kata Najib.
Jawapan kita: Sekalipun PAS mempunyai kelebihan hanya dengan satu kerusi namun kemenangan itu diperolehi dengan pilihanraya yang sepenuhnya. Manakala di Perak kelebihan 3 kerusi yang ada pada BN adalah hasil dari penipuan dan taktik kotor yang dikonspirasikan oleh Najib sendiri yang telah menculik dan menyogok ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah membangkitkan kemarahan rakyat Perak. Apa jawabmu Najib? - pendikargunungkriang/GB
9 ulasan:
Rasanya maksud Najib ...'penahanan puluhan orang itu adalah tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.'
Yang terlibat tu Kerajaan Mamak bukan Kerajaan Mat Mongol
Dia bermaksud yang dia merupakan Perdana Menteri bukan Menteri Dalam Negeri.
Kalau dah sah BANGANG sampai bila-bila pun macam tu lahhh.....Rakyat Malaysia MALU mempunyai PM seperti NAJIS ni.....
Walaupun kita frust, janganlah kita pula tayang yang sebenarnya kita yang bodoh, tetapi tuduh orang lain bodoh untuk menyedapkan hati kita. Dia cuba maksudkan bahawa kerajaan tidak terlibat mengarahkan tindakan polis, tetapi polis bertindak berdasarkan keadaan yang timbul ketika itu. Kalau dia pun kena remote control, takkan dia boleh remote control orang lain.
perdana menteri bodoh...hahahahahahaha
sape la lantik dia jadi perdana menteri....
ingat!!!! yg nak tarik sampai 30 wakilrakyat tu apa . kemenangan beradab ke .sampai ke taiwan . nasib baik tak jadi , kalau tak , melopong org melayu . ada ke nak bagi kaum minoriti memerintah .bolih aman ke ? najis ke ape ke janji bangsa aku memerintah .sekurang2nya ada tempat mengadu .ye la kat perak tu nasib baik ada sultan kalau tak .... dato seri ngeh .
ini menunjukkan najib dan orang-orang yg sewaktu dengannya menganggap kerajaan itu ameno, itu pasal mereka boleh buat/arahkan anggota keselamat sesuka hati mereka
Tak habis-habis dengan sentimen perkauman. Itu sajalah 'alasan' untuk buat segala jenis kemungkaran.
Memang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin memperbodohkan rakyat. Masalahnya: masih ramai rakyat yang suka diperbodohkan. Rakyat sesebuah negara akan mendapat pimpinan yang layak untuknya (the government they deserve. Ternyata, walaupun sokongan untuk PR meningkat, nampaknya BN masih lagi yang 'layak' untuk rakyat Malaysia.
Apa tidaknya? Selain dari parti-parti pembangkang, selama ini adakah rakyat Malaysia, umumnya, peduli tentang kemungkaran yang berlaku di bumi kelahirannya sendiri? Lihat peristiwa Memali. Orang kampung yang duduk di rumah sendiri dan pihak berkuasa yang datang lengkap dengan kereta kebal dan senjata canggih tetapi berita rasmi: pihak berkuasa sekadar 'membela diri' kerana orang kampung mengamuk. Dan berita ini ditelan bulat-bulat oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Kejadian-kejadian seperti tanah runtuh, kelulusan untuk perumahan di tempat-tempat yang bahaya, kereta nasional yang berkualiti rendah dan mahal untuk rakyat tetapi dieksport dengan kualiti lebih baik dan harga lebih rendah untuk orang luar, orang mati dalam tahanan polis, perlembagaan diubah suai sewenang-wenangnya, hak rakyat dalam negara demokrasi untuk memilih pemimpin yang dikehendaki, untuk berdemontrasi secara aman semuanya dicabul dan sejuta satu lagi 'jenayah' telah dilakukan sekian lama. Berapa lama telah perkara-perkara seperti ini berlaku, tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia tetap aman tenteram. Lima tahun sekali, mereka dapat habuan sedikit sebanyak, mereka sudah puas hati. Peduli apa jika orang lain menderita, tersiksa, dibunuh asalkan tak kena batang hidung mereka sendiri? Memang sejak dari dulu, ada segelintir yang istiqamah memperjuangkan kebenaran tapi bukan majoriti rakyat Malaysia. Majoritinya tiada rasa kasih atau simpati sesama manusia dan tiada 'tulang belakang' (no backbone!). Bagaimana Allah akan izinkan pemerintah yang baik untuk negara ini selagi rakyat negara ini hanya layak untuk pemerintahan yang zalim?
kesian org ameno punyai pemimpin tolol.
Catat Ulasan