9 Mei 2009

Selain Najib Timbalannya Juga Tengin - Menjadi Sebab UMNO BN Akan Terus Kalah Dalam PRK

Selain dari kenyataan "Naif Tun Rasa"*, timbalannya juga, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuat kenyataan yng hampir serupa semalam, dan seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Muhyiddin mempersalahkan pembangkang di dalam isu tragedi hitam 7 Mei di Perak.

Memetik laporan Bernama berkenaan,
Rakyat Malasyia boleh menilai sendiri tingkah laku yang dipamerkan oleh Pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Khamis, yang boleh dianggap sebagai mencabar prinsip asas demokrasi di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertama, seperti juga Naif Tun Rasa, Muhyiddin menyatakan tingkah laku pembangkang dianggap mencabar prinsip asas demokrasi. Kedua, yang diseru menilai ialah rakyat Malasyia, bukan Malaysia.

Untuk bahagian yang pertama, Muhyiddin bersamdarkan laporan dan berita yang dibaca dan ditonton dari media massa arus perdana, disamping mempercayai kenyataan pemimpin UMNO peringkat bawahannya sendiri iaitu Zambry.
Muhyiddin berkata: "Saya rasa Menteri Besar (Datuk Zambry) telah menerangkan bahawa bukan beliau yang memulakannya. Mereka sedang menunggu persidangan dewan itu bermula...anda boleh melihat sendiri di layar televisyen, bagaimana mereka (Pembangkang) bertindak secara tidak senonoh sebanyak beberapa kali, termasuk merosakkan alat siaraya, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya berlaku."

Jika demikian sikap Muhyiddin, memang patut pun UMNO BN kalah setiap kali pilihanraya kecil, kerana berharap dan bergantung kepada laporan orang bawahannya disamping mempercayai tanyangan dari media pengampunya tanpa menyemak fakta yang sebenar.

Biarlah kita beritahu kepada Muhyiddin di sini, selagi pemimpin UMNO mempercayai laporan orang bawahannya dan dari berita-berita media massa arus perdana yang telah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini, selagi itulah UMNO BN akan kecundang dan terus ternganga kekecewaan.

Oklah itu yang pertama, terpulang kepadanya nak percaya atau tidak. Kita tidak berhak untuk memaksa. Begitu jugalah kepada para pengiklan. Apabila anda mengiklankan barangan anda di media massa yang telah ditolak oleh rakyat, kesannya adalah negatif bukan positif terhadap pelaburan anda dan jika anda seorang Pengurus Pemasaran anda akan mencari opsyen lain daripada mengiklankan produk anda di media massa yang telah dibenci oleh rakyat.

Yang kedua, mungkin remeh, tetapi sebenarnya tidak. Iaitu perhatikan ejaan yang digunakan oleh Bernama menaip perkataan "Malaysia". Jika dahulu nama Najib Tun Razak disalaejakan menjadi Naif Tun Rasa, kini Malaysia diubah menjadi Malasyia!

Mungkin kali ini betul-betul kesalahan dari faktor kelemahan manusia yang menaip, namun sebagai sebuah agensi berita nasional kesalahan menaip nama negara ada signifikannya yang tersendiri. Tahniah Bernama!

(Naif Tun Rasa adalah nama yang diberikan kepada Najib oleh Bernama. Sila baca artikel ini)


Tiada ulasan: