2 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU : Kemalangan Ganesan Dedahkan Pembohongan Najib

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama makan diri. Itu pepatah yang sesuai untuk diungkap kepada kerajaan BN yang kononnya tiada lagi projek mee segera dilaksanakan untuk pilihanraya kecil.

Namun apa yang berlaku semalam di Bukit Selambau adalah bukti nyata projek mee segera masih diteruskan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dinaiki calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan terbabas dan tersangkut di bahu kiri jalan yang baru diturap di dalam rangka projek mee segera untuk pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Ketika kejadian beberapa pembantunya turut berada dalam kenderaan terbabit. Kemalangan itu menyebabkan kenderaanya terpaksa ditarik oleh kereta lain dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dikeluarkan ke bahu jalan yang lebih rendah. Beliau bagaimana pun berjaya ke kampung berkenaan setelah menahan sebuah motosikal penduduk yang lalu di situ.

Ada banyak perkara yang terdedah melalui kejadian tersebut. Sebuah tulisan di dalam forum di lowyat menyatakan "God has spoken", manakala rakyat biasa pula melihatnya sebagai satu pendedahan pembohongan Najib Tun Razak yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Jumaat ini sebagai pendusta.

Pendusta kerana beliau sendiri yang mengumumkan tiada lagi projek mee segera untuk kawasan-kawasan pilihanraya kecil. Apakah kenyataan tersebut dikeluarkan lantaran terpukul dengan kekalahan teruknya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dimana kredibiliti Najib telah punah kerana semua projek mee segera telah dijawab dengan kekalahan yang amat mengaibkan beliau?


Bercakap bohong: ia adalah satu kebiasaan yang dilakukan oleh Najib. Berbohong kononnya tiada lagi projek mee segera. Berbohong konon Saiful datang untuk membincangkan soal biasiswa. Berbohong konon tidak pernah membuat sogokan untuk mereka supaya melompat parti. Berbohong konon tidak mengenali Altantuya. Berbohong untuk menutup kisah beliau meluluskan lesen judi sebaik saja mengabil-alih jawatan sebagai menteri kewangan.

Yang mengikut Najib nanti terimalah nasib seperti Ganesan di atas. Atau nak menunggu yang "lebih ummphh". Silakan.



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembohong yang paling besar sekali atau bapak kepada pembohongan adalah anwar ibrahim di mana satu dunia telah tipu olehnya pasal peralihan kuasa kerajaan persekutuan pada 16 september tahun lalu dengan kononnya seramai lebih 30 ahli parlimen BN akan lompat masuk PR. padahal tiada satu orang pun yang masuk PR. dan yang paling bodoh atau bapak kepada kebodohan adalah orang-orang pas yang mengaku kononnya adalah pejuang islam tapi mengikut telunjuk anwar ibrahim secara membabi buta.

Tanpa Nama berkata...

saya yakin calon pakatan rakyat menang. lebih banyak calon pr menang lebih baik bagi negara kerana ada check and balance serta akan jadi lebih telus dalam segala tindakan. tidak begitu?

Tanpa Nama berkata...

yela....kalau semua 30 BN yg nak lompat tu kena pisau kat leher...mana nak jadi 16 September...siap bawak lari ke Taiwan lagi......

Kalau berani jgn ugut la wakil BN yg nak lompat tu.....

Tanpa Nama berkata...

Anwar ker najib adalah bapak kepada pembohongan. Saya ingat baik kamu semua org2 BN cerrmim2kan muka sendiri sebelum menuduh org. Satu jari digunakan utk menuduh, tiga jari menuduh diri sendiri. Sedarkan dirilah hoi semua pengikit2 BN.

IBAN MUSLIM berkata...

Najib bohong lagi ker...? Bukan kat tv malam tadi dia kata "dengan penuh keinsafan dan tawaduk". Tak tau la dia insaf ape yer...

Tanpa Nama berkata...

ala sama la dengan sumpah najib..
...

Tanpa Nama berkata...

Allah bersama kita (pejuang yg menegakkan Syi'ar Islam). Semoga Allah beri hidayah pada org2 yg sesat.InsyaAllah