2 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Ketua Polis Negara Salahkan Ketua Polis Taiping Hal Altantuya

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan syarat yang dikenakan Ketua Polis Taiping untuk tidak membenarkan kes Altantuya disebut dalam sebarang ceramah politik di Bukit Gantang adalah kesilapan ketua polis daerah itu.

Beliau mengulas soalan wartawan mengapa syarat permit untuk mengadakan ceramah dikhususkan kepada kes Altantuya.

"Itu kesilapan yang telah dibuat oleh ketua polis daerah (Taiping), kita tak boleh sebut apa-apa specific cases," kata Musa.

"I am not against any political party, everybody is free to speak anything but then there are laws you have to follow, so follow the the law...," tambahnya.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan kononnya kenyataan PAS yang tidak akan akur dengan arahan polis melarang mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan bersifat menghasut semasa kempen pilihan raya kecil, menunjukkan parti itu kurang menghormati undang-undang negara.

Beliau berkata tindakan PAS yang selalunya menjurus kepada "membuat apa yang dia fikir betul dan suka" boleh membawa keadaan tidak menentu dalam negara.

Sekarang kita menasihatkan Syed Hamid belajar dengan Ketua Polis Negara terlebih dahulu sebelum mempersalahkan PAS mengenai siapa sebenarnya yang bersalah di dalam hal ini.

Menteri Dalam Negeri yang telah tewas di dalam pemilihan UMNO untuk jawatan Naib Presiden tersebut kelihatan berada di ceramah-ceramah BN di Bukit Gantang.

Kenyataan Syed Hamid itulah sebenarnya yang "membuat apa yang dia fikir betul dan suka" boleh membawa keadaan tidak menentu dalam negara kerana menunjukkan lagak heronya seolah-olah beliau paling berkuasa di negara ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan larangan tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menjelang 7 April ini.

Beliau menyifatkan larangan yang telah dikuatkuasakan serta-merta itu akan mencemarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal dilantik Perdana Menteri keenam, Jumaat ini.

Menurutnya, kenyataan itu memperlihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba menyembunyikan perkara sebenar dan cuba menutup kesalahan dengan mengenakan larangan.

“Ia jelas memberi persepsi negatif kepada masyarakat umum bahawa isu tersebut mempunyai kaitan dengan BN malah tindakan melarang menunjukkan parti tersebut tidak sanggup berbincang secara terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini, Husam berkata, beliau melihat ada perwakilan meminta untuk berdepan dengan pembangkang bagi membincangkan isu secara terbuka.

“Tetapi apa yang saya dapati adalah sebaliknya di mana mereka tidak berani untuk berbincang dan berhadapan dengan pembangkang.

“Saya berharap isu larangan ini dapat dibincangkan semula, sekiranya tidak ia akan memburukkan lagi imej beliau (Najib) selaku bakal Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, semua parti politik dilarang daripada menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Parti-parti terlibat turut dilarang mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan kepada Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Negeri Perak.


1 ulasan:

tok iskandar berkata...

Sehari sebelum PRK Bukit Gantang, Najib akan turun padang ke Bukit Gantang meninjau petugas-petugas UMNO-BN bekerja ke makan tidur ke dengan ditemani mamak memanda menteri pencen dan pak lah.Najib sebagai PM akan berucap berapi-api membakar semangat totok umno.Bila dah sampai tahap gaban ada yang rasa panas sampai terjun sungai.macam minum kopi kapal api.

Janji manis najib bukit gantang akan dijadikan hub atau segitiga emas perak.melayu nak ke mana lepas ni?melayu umno tak kisah.dah lama dah melayu umno tak kisah.Pemimpin umno beri singapura kat lee kuan yew,melayu umno tak kisah.melayu umno bising nizar jadi boneka DAP tapi buat pekak badak je bila Gerakan perintah pulau pinang sejak 1969.

Najibpun letaklah batu asas bagi real sikit drama ala-ala Samarinda.kalau kalahpun tak siapa yang ingat najib letak batu asas kat situ.kata mamak memanda menteri pencen,melayu mudah lupa.hakikatnya melayu umno yang mudah lupa.

Najib percaya dengan ditemani pak lah dan mamak menteri pencen,watak wirawan tahap laksamana do re mi akan menawan hati pengundi Bukit Gantang walhal mereka tak ubah seperti three stooges buat rakyat.

media totok umno akan war-warkan kabinet dapur bakal dibentuk najib.

Biarkanlah badut-badut umno ini membuat aksi menghiburkan rakyat.jika rakyat tak bertepuk tangan biarlah mereka syok sendiri.
Melayari impian menggapai cita-cita membentuk melayu glokal yang taat setia kepada najib dan umno.

Rakyat kini dah bijak.Sandiwara umno jadi bahan gurauan.Sesumpah dan katak jadi mainan umno.akhir kata najib melaungkan suara lemak merdunya,umno boleh.rakyat tanya apa yang boleh.boleh apa lagi....boleh blah.......