19 Jan 2016

Nasruddin Tantawi Tarik Balik Fitnahnya Ke Atas Guan Eng, Diperintah Bayar RM10,000

Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

"Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan.


"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas," kata Nasrudin yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.

Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.

Beliau kemudian mempersoalkan mengapa Lim tidak dibidas kerana projek itu sedangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut.

"Di mana kepimpinan Pakatan dalam menegur tindakannya?" soal Nasrudin.

Projek Kidex adalah antara sebab utama mengapa PKR yang mahu menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Kos projek itu dianggarkan bernilai RM161 juta dengan tempoh konsesi selama 48 tahun. -mk



ULASAN GB

Sungguh memalukan dan mengaibkan, seorang yang dikatakan "ulamak" di dalam sebuah parti Islam akhirnya mengaku "memfitnah" Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Nasruddin mengakui bahawa "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas".

Jika demikian sifat dan sikap seorang agamawan Islam, maka tidak hairan agama Islam tidak dinpandang tinggi oleh masyarakat kerana "ulamak"nya gemar mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Bagimana seorang "ulamak" yang menjadi Ketua Penerangan boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah ke atas orang lain sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan orang yang beriya-iya memperjuangkan hudud?

Dahulu sewaktu LGE menyuruh Nasruddin menarik balik kenyataannya, ia tidak diindahkan oleh Nasruddin, dengan angkuh beliau berkata sanggup ke mahkamah mempertahankan "fitnah"nya itu. Kini apabila di mahkamah lansung tak boleh pertahankan fitnahnya itu dan baru tarik balik kenyataan.

Saya tertarik ulasan sakmongkol mengenai isu ini dulu, petikan:

Isu kidex dengan pembinaan terowong bawah laut Pulau Pinang berbeza. Pemberian tendernya dilakukan secara terbuka. Fakta Kidex itu pelaburan yang dilakukan kerajaan pusat tidak memusnahkan prinsip tender mesti diberi secara terbuka untuk mengelak sangkaan adanya salah laku. Soalan yang sepatutnya difikirkan ialah sama dalam dua kes ini, terdapat penawaran tender terbuka, dalam pembinaan terowong bawah laut ada, dalam pembianan Kidex tidak ada.

Dengan menambahkan pula sangka buruk, Nasrudin membayangkan Lim melakukan rasuah atau tindakan yang bersifat rasuah. Ini suatu tuduhan berat jika tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh.

Bila Lim bertindak menyaman Nasrudin di atas isu ini, itu membayangkan Lim merasa ia melihatkan integritinya sebagai ketua menteri yang diamanahkan. Apa yang Nasrudin lakukan melalui kecuaiannya ialah cuba memusnahkan integrity Lim sebagai seorang pemimpin yang amanah. Jika integriti sudah dicemari dan mahu dimusnahkan ia mengundang respons yang wajar untuk mendedahkan orang yang tidak ada integriti ialah Nasrudin sendiri.

Pembelaan Nasrudin ialah menyatakan sumber maklumatnya ialah sumber umum. Sumber umum ini apa? Adakah ianya sumber yang salurkan media milik Umno dan media mesra Umno? Jika sumber ini yang dianggap sebagai sumber sahih oleh Nasrudin, kita berhak bertanya, dia ini pemimpin cermat pandangannya atau tidak?

Saya tidak perlu menyebut mengenai kelembapan Nasrudin menyebut kerajaan Pulau Pinang melaksanakan bajet defisit. Ianya sudah dijawab dan dimaklumkan kepada pengetahuan umum. Nasrudin tidak baca dokumen?

Tapi ada isu yang lebih merunsingkan jemaah yang bergerak untuk mencapai sebuah masyarakat bersatu padu. Mungkinkah letupan pandangan Nasrudin dirangsang oleh prejudis perkauman yang tidak dapat sembunyikan lagi? Lim itu Cina, maka yang Nasrudin lakukan ialah menzahirkan prejudis perkaumannya?

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah..tu lah dia ularrmak pas yg bangang n ikot tlunjuk umngok..dlm parlimen pun tido.skrg apa nk ckap ularmak paspispus..trcirit trusss kah,kah,kah

Tanpa Nama berkata...

Buat malu agama Islam shj din ni....ish ish ish....malunya aku...kalu kat jepun ni dah buat harakiri ni...nasib baik din ni orang Islam...jd dia tebalkan muka je leee....tak tahu malu punya orang...ok..dr risikan2...org2 temerluh lepas ni nyesal dah undi din ni....
habislah lah hang...lepas ni duduk bawah tempurung balik ya....ohh. jgn lupa din....bawak bawaklah basuh motor ngan keta hang tu....penuh debu aku tengok....hahahagahaha...

dol berkata...

lbh memalukn bila lge kt ini kerja tuhan yg menunjukkan kebenaran

lge ajar ostad mengenai tuhan yg menunjukkn kebenaran

terasa mcm tntawi ini seorg muaalaf dn bkn ostad

byk kejadian dimana tntawi menunjukkn beliau seorg yg tidak cermat dlm mengeluar kenyataan... hobi berckp dulu baru fikir

tuduhan rasuah bkn mudah utk disuarakn kerana ia perlukn bukti kukuh berdokumen

klu lah pas laksana hudud dgn penuh culas dn byk prasangka sudah tentu islam akn tercemar.

puak yg tidak adil dn culas tidak layak memerintah negara kerana malaysia akn lbh teruk dpd pemerintahan umnu

kpd pas cukup2la menjadi beruk tunggangan umnu merosakkn kelapa... nnti kelapa tertimpa atas kepala srndiri. yg rugi adalah pas sendiri... umnu cuci tgn.

ingat senangke umnu nk terima pas atau nk bg upah sedikit dpd 2.6b tu

pas mesti tunjuk setia dn prestasi cemerlang dulu utk hancurkn pembangkang... selagi tk berjaya jgn harap umnu dh puashati dgn pas

tantawi taubatlah.. malulah dhn bkn islam ajar awak...ingatkn awak kpd tuhan

awak tunggang tunggik siang mlm dn suka tuduh dap anti islam dn melayu dn rasuah.. tp awak salam peluk dgn bapak rasuah negara

setiap isu yg memalukn pas akn mengurangkn sokongan rakyat pd pas... jgn salahkn amanah dgn label pengkhianat

memfitnah itu adalah pengkhianatan terhadap ajaran Nabi saw

awak kenal ke Nabi saw... atau nk lge ajarkn awak mengenai Baginda saw?

jgn jadi ostad tp mualaf

Abdul Said berkata...

Tak layak dipanggil ulamak. Tetapi apa nak hairan. Kalau guru kencing berdiri maka murid-murid kencing berlari. Lama-lama jadi kaki kencing.

Tanpa Nama berkata...

Biar jadi pengajaran pada semua..
Fitnah itu suatu dosa..bukan hanya ornag biasa...alim ulamak, cendiakawan dan politukus terutamanya tak terkecuali..

Tanpa Nama berkata...

Bapa borek, anak rintek

Tanpa Nama berkata...

Inikah tahap ulamak kebanggaan yang diagung2kan oleh walaunta2 pas?

Tanpa Nama berkata...

cukurlah janggut tu dan buanglah serban .buat malu oarng kampung aje,kini kehinaan menimpa mukanya sendiri.malu tak terkata pada seoarng cina kafir yang tahu itu kerja tuhan.

tanya sama itu hud hud berkata...

Nama pun walaun..
Tok guru dgn fitnah pil kudanya.
Anak murid pencacai dgn fitnah lge nya..
Inilah isle,isle,isle pas.
Pas,parti broka dan barua.

Timnajib Jomfikir berkata...

Pengajaran untuk Nasrudin tantawi.

Kepada pemimpin PAS, terutama peringkat pusat..sudah2lah hendak menjadi ketua dalam gabungan. Sedar diri, kelemahan diri. Gunakanlah ilmu yang telah Allah berikan kepada kalian di tempat yang betul(ajarkan keindahan agama islam) Buang jauh2..perangai sombong,berlagak.
Kerana,semua itu..menjauhkan non muslim kepada islam. sesungguhnya syaitan akan menghasut umat islam hingga ke hembusan nafas terakhir.

Tanpa Nama berkata...

Di kalangan pas terutamanya lah apa mereka ini terlebih paham atau terpadam otak nya untuk memahami bahawa cina itu juga dari kalangan manusia juga? yang dianugrahkan TUHAN menjadi sebahagian umat manusia ke dunia yang sama juga dengan kita?

wan amero berkata...

Bangang yg abadi itulah tantawi.

Anti Fitnah berkata...

Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya sayang kepada manusia lain terutama manusia yang cintai keadilan, ketelusan, berintegriti, ... tanpa mengira siapa manusia ini. Kalaulah manusia itu beragama Islam, maka bertambahlah perlu kita untuk menyayanginya. Jangan kerana dia tu bukan Islam atau bukan melayu, maka manusia itu jahat dan zalim.
Teringat aku akan lemparan kata-kata dari seorang anon bahawa aku akan terjerumus ke dalam lubang biawak dengan mempertahankan orang Yahudi dan Nasrani semasa aku mempertahankan LGE. Beliau mengemukakan hujah dengan merujuk kepada hadis. Aku mengaku bahawa aku bukan lulusan agama dan hanya seorang lulusan bidang sains yang mengutamakan logik. Logik akal yang bersandarkan keimanan kita kepada Allah swt. Bagi aku, Yahudi dan Nasrani tu fizikal sahaja. Yang kita takut ialah kita mewarisi sifat dan tindak tanduk Yahudi dan Nasrani yang mana sengaja dan sentiasa menDUSTAkan firman Allah swt demi kepentingan diri mereka sendiri. Kalaulah perangai kita macam Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah perbezaan antara kita dengan depa.
Saudaraku yang aku sayangi, biasakanlah diri kita dengan keBENARan, keADILan dan semua sifat yang mulia, maka in shaa Allah kita akan benci kepada keMUNGKARan dan keZALIMan. Biasakan dengan yang BETUL.

Tanpa Nama berkata...

Aku makin hairan, sapa yg berakhlak mulia skrg ni? ohlamak ka atau lim...?

omar daud berkata...

Salam


Betul tu tuan abd Said, Guru (Hadi) kencing berdiri,murid kencing berlari...Last-last semua kaki kencing merata-rata.

Ketua penerangan PAS dah KANTOI,Sekarang kita tunggu Ketua (R&D =RESEARCH and DESTROY PAS)..Dr. Zuhdi, kamu kata DAP dgn Israel pula...sekarang ni kamu zuhdi seDang tunggu feedback DAP..

Ulamak mewakili orang2 islam seluruh dunia....Malu umat islam termasuk kita2 semua.
Apa yg kamu tak kata pada DAP....Dari sejahat2 orginisasi,kpd individu2 yg tak mahu hudud...sehinga tergamak kamu kata mereka ada kerjesama dgn israel.

sekian,wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Pas pusat perlu mengmbil tindakan disiplin dan memecat beliau kerana sudah terbukti beliau melakukan fitnah ke atas se oarng manusia .sekiranya Pas pusat tidak mengmbil apa juga tindakan imej dan maruah Pas akan terhina sepanjang masa dengan sikap fitnah .kini bloger Pakakrmu juga sudah pandai melebelkan Pas kena main Belakang. tunggu lah kau Pakkarmu mendapat balasan setimpal dari allah.

mohd shahran berkata...

apa nak heran naib ketua dewan ulamak dunia boleh fitnah. anak didik kena lebih dari tu mengikut tok guru

Tanpa Nama berkata...

Ulamak memfitnah ye!! Huhu..seram! Ulamak akhir zaman!!

Tanpa Nama berkata...

kalau bab nak merosakkan imej Islam.. bagi kat PAScai.. depa mmg expert.. jangan sampai Allah tarik balik Islam dari bangsa melayu.. sbb dh tk layak nak bawak Islam..

Tanpa Nama berkata...



Dia mengaku bersalah tapi keikhlasannya boleh di persoalkan sebab kesalahan dia ialah fitnah bukan salah-faham. Belum pernah orang salah-faham bawa kes ke mahkamah. Ini kes menuduh tanpa mencari bukti atau mendapat apa-apa bukti (walaupun mungkin bukti tidak benar).

Dia menuduh kerana mendakwa LGE menggunakan rundingan terus bukan pasal harga projek atau pasal kandungan perjanjian. Jika Nasrudin mempersoalkan harga kos projek atau kandungan perjanjian boleh lah di anggap salah-faham.

Ini adalah perbuatan seseorang yang suka melakunkan diri nya sebagai ulamak.

Dan yang paling mengeciwakan ialah harga yang dia perlu bayar ialah RM 10,000 sahaja sedangkan apabila dia di minta menarik balik dakwaan nya, Nasruddin mempertahankan harga dirinya. Kononnya dia se orang yang berpendirian dan seorang yang baik, tidak berniat jahat.

Ini lah harga ganti rugi fitnah yang paling murah yang di kenakan ke atas seseorang. Nasrudin meletakkan harga nya pada RM 10,000 sedangkan se awal-awalnya sebelum masuk mahkamah atau seperti yang dikenakan ke atas orang lain, Nasruddin sepatutnya bersedia membayar lebih dari RM50,000. Harga yang tinggi dan berpatutan, sedikit sebanyak dapat memberi petunjuk yang dia sebenarnya mempertahankan kebenaran dan keadilan.

Ini lah harga maruah se orang ulamk dan mungkin yang paling tinggi dalam sebuah parti.


Tanpa Nama berkata...

betul ke ada artikel yang menyebut tindakan yang diambil tantawi selepas mendapat petunjuk lepas solat sunat 2 rakaat.. kalau betul sedihnya... murah betul dia jual agama..

Tanpa Nama berkata...

DIATARIK.BALIK BUKANN KERANA APA.. KERANA DUIT, BUKAN TAKUT TUHAN PON...TAKUT KENA BAYAR SAMAN LEBIH. KALAU TAK DAPAT BAYAR HARTA,RUMAH SEMUA DISITA.. ITU JER ALAHAI ULAMAK...DUIT OH DUIT..

Tanpa Nama berkata...

Sudah tidak ada kebenaran setiap sesuatu yg keluar dari mulut kepimpinan PAS. Emosi mengatasi hukum hakam. Ego menenggelamkan keluhuran hati budi dan ketamakkan menjadi sebahagian dari sifat para ulamak PAS. Masih terbukakah ruang hati pengundi untuk menyusun jari memangkah calon PAS ? Namun sebenarnya mereka..kepimpinan PAS tidak peduli kerana apa yg mereka hajati sudah dimiliki

air gunung berkata...

Tak per...x der duit nak bayar pakat2 tadah tin milo time ceremah infaq utk perjuangan menentang kemungkaran geng anti hudud n negara islam.walauun ok jer.dgr dan patuh...pejam mate jerrrrrr laaaaaa.janji dpt sorga

Tanpa Nama berkata...

Din Tantowi tak jumpa ker Hadis tentang fitnah memfitnah ni.Atau ada hadis yg membenarkan orang islam untuk memfitnah orang bukan islam sewenang-wenangnya....Nah kena sebijik dgn LGE baru tahu langit tinggi ker rendah. Ikut sedap yer nak fitnah orang...ambek kau

Tanpa Nama berkata...



Dulu-dulu bila tenguk lambang logo PAS, ada jugak rasa takut bila nak buat dosa. Bukan apa teringat pada larangan dan hukum Allah. Begitu sucinya perjuangan parti yang diberi nama PAS.

Tapi sekarang tenguk lambang logo PAS kat kepala Nasarudin, dah tidak membawa apa-apa makna pun. Logo tersebut sudah terlalu jauh untuk di kaitkan dengan Islam.

DAP yang selama ini di tuduh anti Islam dan menolak hudud sanggup bertolak-ansur sedangkan ketika dakwaan tersebut di buat hubungan PAS-DAP tidak boleh di selamatkan.

Bagaimana sekiranya pemimpin DAP yang di dapati bersalah kerana membuat dakwaan yang serupa dengan dakwaan yang di buat oleh Nasarudin??

Tanpa Nama berkata...

Dahulu kes-kes fitnah ini amat dijaga oleh pimpinan Pas
Sekarang fitnah sudah menjadi mainan dan 'biasa' kepada Pas

Itulah bukti kelemahan nakhoda Pas sekarang...
Nakhoda memfitnah, maka pengikutnya juga memfitnah
Malang sekali yang lain jadi pak angguk dan lihat sahaja...lidah kelu tidak berbahasa...

Pas sekarang sedang menuai hasil amanat dan tindakan nakhodanya sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan kenapa penyelesaian kes dibuat di luar mahkamah itu pun adalah kerana LGE kesian pada ularmak mulut longkang tu. Cuba fikir jika LGE tidak menawarkan penyelesaian seperti itu dan penyelesaian perlu dibuat dalam mahkamah selepas perbicaraan, implikasinya adalah lebih parah lagi, diantaranya adalah:
1. Nilai amaun yang perlu dibayar oleh ularmak mulut longkang ini akan menjadi jauh lebih tinggi.
2. Ularmak mulut longkang ini berisiko kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen yang sedang disandangnya kerana hukuman denda yang tinggi.
3. Terdedah pula kelemahannya menggunakan siku dan lutut yang ada di sebalik jubah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong sokong

Tanpa Nama berkata...

Hukuman apa yg sesuai utk kaki fitnah mengikut hukum hudud??

Tanpa Nama berkata...

ulamakPas yang menghinakan diri mereka sendiri dan terus terkena dengan partinya ,kini ie=mej parti Pas rosak teruk kerana adanya peminpin kaki fitnah dan penyokong kaki fitnah.seolah2 apa yang dilakukan oleh ulamk ini halal shaja,hendaknya pula mereka menggunakn allah memperthan perbuatan mereka.gila ke? kiat tunggu lagi lama lagi timbul penghinaan yang akan mereka terima.

Tanpa Nama berkata...

Itu baru hukuman di dunia, di Padang Mashyar nanti, ditanya juga kan sama ada dia telah menipu orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

Mengumpat atau memfitnah memang sedap.....kalau kurang ..tambah !