29 Mac 2009

P59 Bukit Gantang: Ke Pusat Penamaan Calon

Disertakan pelan semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Bukit Gantang (PRK P059) pada 29 Mac 2009. Bagi Penyokong PAS, anda adalah dari kumpulan B.

Menurut kenyataan pihak polis yang lalu, 5 jalan akan ditutup sempena hari penamaan calon. Jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek.

Kesemua jalan tersebut akan ditutup bermula 28 Mac 2009 (Sabtu) pukul 12 tengah malam sehingga pukul 1 petang pada 29 Mac 2009 (Ahad). Orang ramai tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tersebut serta dilarang meletak kenderaan disepanjang jalan sehingga proses penamaan calon selesai.



Pimpinan PAS akan berkumpul di Markaz PAS Air Kuning mulai jam 7.30 pg. Selepas Solat hajat, Calon akan dibawa ke pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping diiringi oleh pimpinan PAS. Penyokong-penyokong PAS pula akan mula berkumpul di Masjid Daerah Taiping mulai jam 7.30 pagi. Solat hajat juga akan diadakan di masjid yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak. Selepas itu, semua akan mula bergerak ke tempat bermulanya perarakan calon di Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik.

Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan. Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan.

Sumber: prk029.pas.org.my/ misbah.blogspot.com

Tiada ulasan: