29 Mac 2009

BUKIT GANTANG : UMNO Memfitnah Nizar

UMNO dan Barisan Nasional menjadi semakin tersedak dan terdesak dengan kehadiran Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi calon Parlimen P059 Bukit Gantang.

Pelbagai cara dilakukan dengan menaburkan fitnah untuk menjatuhkan imej dan keperibadian Datuk Seri Nizar dalam usaha memenangi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pertemuan dengan para penduduk Kuala Sepetang yang terletak di dalam Parlimen Bukit Gantang.

Anwar berkata UMNO menggunakan taktik menggambarkan Nizar sebagai penderhaka kepada istana dan agen kepada masyarakat Cina sedangkan hakikatnya Nizar mendokong sistem raja berperlembagaan dan bertindak membela kebajikan semua kaum dalam mengemudi Perak keluar daripada pentadbiran rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN sebelumnya.

Anwar berkata sewajarnya penduduk Kuala Sepatang memilih dan mengundi Nizar sebagai ahli Parlimen supaya suara mereka didengar di Dewan Rakyat.

Katanya penganiayaan UMNO dan Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri pimpinan Nizar harus diterjemahkan dalam sokongan untuk beliau di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini.



6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah.

manjungmari berkata...

Salam..

blog manjungmari bertukar tapak dari manjungmari.rentaprevolusi.com kepada
http://manjongmari.blogspot.com/

tERIMA kASIH..

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN akan jatuh macam buah nangka busuk, langsung tak boleh rawat. Nangka busuk bagai kena penyakit cancer merebak dan merosakan BN.NIZAR mampu memang besar dan akan jadi pemimpin untuk rakyat BNGSA MALAYSIA. Selaku akan jadi PM Malaysia masa depan. God bless you all the wishes comes true. Syabas PEOPLE POWER, Hidup NIZAR dan HIDUP ANWAR. HIDUP REFOMASI

Tanpa Nama berkata...

http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html

SERTAILAH KEMPEN ANTI-NAJIB INI SEGERA BAGI MENGHENTIKAN BELIAU DARI MENJADI PM!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap Nizar kalah.

- orang Tepen

Tanpa Nama berkata...

Sebagai peminat kepada Genghis Khan, saya mengkagumi kehebatan Najib memikat and meniduri Si-pelita Mongolia Altantuya bermalam-malam di Paris dan Hong Kong, sampai air liur tak henti henti mengalir ...

Hebatnya Cik Najib.

Sesungguhnya UMNO adalah ilham and visi Najib menjadi United Mongolia national Org. yang menjadi warung pelacur and perasuah ... wassalam!!!