14 Feb 2017

PAS Bermusuh Dengan Semua Parti Kecuali UMNO BN

Pas tolak kerjasama dengan Bersatu, ada hubungan DAP, Amanah

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, Pas tidak perlu menunggu tempoh sebulan untuk menjawab tawaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.

Berikut transkrip penuh sesi soal jawab Abdul Hadi (TGHH) bersama media dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad lalu yang disiarkan laman web rasmi Pas:

[ULANGSIAR] Rakyat Tak Perlu Hiraukan Himpunan RUU, TGNA Pernah Tolak Pindaan RUU 355

PAS dilaporkan akan menganjurkan Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka.

Pihak berwajib bagaimanapun enggan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di situ, sebaliknya mencadangkan ia dibuat di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

PAS pernah diberi peluang dua kali untuk membentangkan usul persendirian RUU 355 di parlimen. Tetapi kedua-dua pembentangan itu berakhir dengan "mohon ditangguhkan" oleh pembentangnya sendiri iaitu Yang Berhormat Marang!

PAS dilihat menggunakan RUU 355 hanya untuk meraih sokongan politik terhadap partinya.

12 Feb 2017

[VIDEO] Adly: Tindakan Berbaik Dengan Pemerintah Yang Zalim Kelirukan Rakyat

Tindakan sebuah parti pembangkang yang mengambil tindakan untuk berbaik-baik dengan parti pemerintah yang terkenal dengan isu rasuah, salahguna kuasa, ketidak-adilan dan kezaliman kepada rakyat boleh mengelirukan rakyat di dalam negara ini, demikian dinyatakan oleh Tuan Hj. Adly Zahari, Pengerusi Parti Amanah Negeri negeri Melaka.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ustaz Siddiq Fadzil di dalam pembentangan kertas kerjanya di NUNJI '17 di Shah Alam baru-baru ini yang menyatakan bahawa beliau tidak terbayang dosa para ulamak yang melahirkan fiqh yang menyokong penguasa yang zalim sehingga rakyat terus-terusan menjadi mangsa kezaliman.

11 Feb 2017

Husam Pertahan Dakwaan, Sedia Ke Mahkamah!

Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.

Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.

10 Feb 2017

[VIDEO] "Ustaz Budak" Di Majlis AMANAH Bersama Husam

Dua pendakwah terkenal Kelantan, termasuk 'Ustaz Budak' sertai Amanah

Dua pendakwah terkenal Kelantan Ustazah Wan Norazam Abdul Aziz dan Ustaz Shamsul Zaman Shukri dikenali dengan 'Ustaz Budak' mengejutkan banyak pihak apabila mereka muncul di dua majlis berasingan bersama Amanah malam tadi.

Dalam majlis ringkas di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu Wan Norazam secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar.

9 Feb 2017

[VIDEO] Dedak RM90 Juta Untuk PAS Melalui Affin Bank?

RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank, dakwa Husam

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima oleh Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

7 Feb 2017

[VIDEO] Kertas Kerja Prof Dr Siddiq Fadzil Di NUNJI '17

DAULAT RAKYAT DAN MARTABAT UMAT: MENILAI KEPENTINGAN FIQH PEMBERDAYAAN (FIQH AL-TAMKIN) oleh Siddiq Fadzil

Mukadimah

Ketetapan mengangkat wacana daulat rakyat dan martabat umat adalah suatu cerminan kepekaan dan ketajaman intelektual yang layak diapresiasi. Golongan yang disebut “rakyat” dan “umat”, sesungguhnya telah lama dipinggirkan, malah selalu diremehkan.

5 Feb 2017

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS Buang Masa

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat

Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM.

4 Feb 2017

[EDISI BINGAI] PAS Yang Tangguh DIpersalahkan DAP & AMANAH...

Pas punca Akta 355 lewat dipinda

Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.

Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.

3 Feb 2017

MAZA Bersuara, PH Berhimpun, PAS & UMNO Membisu...

PANDANGAN Dr.MAZA Terhadap Isu Larangan Umat Islam ke AS

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Donald Trump dan falsafah pentadbirannya.

Ramai yang sudah membantah tentang sikap dan langkah ekstrimis lagi rasis yang ditampilkan beliau.

Ini menunjukkan masih ramai penduduk dunia ini daripada pelbagai latar agama, negara dan kaum mempunyai kewarasan dan nilai kemanusiaan.

31 Jan 2017

Salahuddin Berkalibar & Berpotensi Sebagai MB Johor

Masyarakat Tionghua gembira menyambut kedatangan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Salahuddin Ayub beberapa hari sebelum hari Tahun Baru Cina di Rumah Orang-orang Tionghua Rosevelle Pontian Johor baru-baru ini. Salahuddin sewaktu itu sedang mengedar limau untuk masyarakat Tionghua di sekitar bandar Pontian.

Salahuddin adalah seorang anak jati Johor, dilahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Pengalaman beliau di dalam politik bermula pada tahun 1983 dimana ketika itu beliau telah dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pontian setelah berkecimpung di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selama tiga tahun sebelumnya (1981-1983).

30 Jan 2017

"TEAM ISTIQAMAH" Menjaja Fitnah....

'Saya ucap Gong Xi Fa Cai, bukan sembah ayam'

Pengarah Komunikasi parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad tampil memberikan penjelasan mengenai gambar kononnya beliau sedang ‘menyembah’ seekor ayam putih yang dikurung di dalam sangkar.

Gambar yang mula tersebar di media sosial sejak semalam itu adalah daripada rakaman video yang diterbitkan Ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina 2017 yang merupakan tahun ayam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan, mengikut bahasa Cina, perkataan Na (that) Ji bermaksud ayam yang kebetulan bunyinya sama seperti Najib.

27 Jan 2017

[VIDEO] Tugu Peringatan Banjir Lambang Kezaliman Kerajaan PAS Kelantan

Tugu banjir: Kelantan bazirkan RM300,000 wang Yayasan Amanah Tok Kenali

Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) telah membazirkan wang berjumlah RM300ribu kerana kecuaian membina atas tanah milik persendirian dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai setahun lalu.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terkejut dengan berita ini kerana sepanjang beliau bersama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri perkara seumpama ini tidak pernah berlaku.

26 Jan 2017

Mesyuarat PPBM Putuskan Tetap Sertai Pakatan Harapan Walaupun Tanpa PAS

PAS ada atau tidak, BERSATU mahu pakatan rasmi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mencadangkan semua parti pembangkang membentuk pakatan secara rasmi bagi membolehkan mereka mencabar BN menggunakan logo sama.

Mengenai kedudukan PAS yang dilihat berkeras enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan secara rasmi itu tetap perlu diwujudkan.

25 Jan 2017

Azmin Tempelak Hadi: Paksa Ikut Rentak Kamu, Itu Kuku Besi!

'Jika nak ikut rentak sendiri saja, itu kuku besi'

Kerjasama politik yang cuba diusahakan antara Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS setakat ini masih belum jelas titik temunya.

Mengulas gesaan PAS untuk mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata gesaan tidak demokratik, tetapi “kuku besi”.

"(Bekas presiden Amerika Syarikat Barack) Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.

"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.

Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.

Beliau ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat untuk itu perlu rentak mereka.

Ini kerana, hujah Hadi, PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain.

PAS setakat ini tidak menolak kerjasama dengan PKR tetapi menentang keras kerjasama dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

'Strategi tak boleh didedah'

Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata pembangkang mempunyai strategi yang tidak boleh dihebahkan kepada media.

“Kita tak tahu tarikh pilihan raya. Ini kan strategi. Ia tak boleh cerita dengan media," kata Azmin.

Azmin bagaimanapun berkata menegaskan pihaknya akan terus berbincang meskipun rumit.

"Dalam mana-mana proses rundingan ia merupakan satu proses yang rumit. Bukan boleh selesai dengan hanya satu pertemuan.

"Kita teruskan perbincangan malam tadi bertemu dengan Pengerusi dan Presiden BERSATU untuk lihat bagaimana boleh maju ke depan," kata anggota parlimen Gombak itu.

Azmin juga mengajak semua pihak berlapang dada.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata tempoh perbincangan parti itu dengan PAS sudah berakhir.



VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Baru semalam, seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai diktator politik.

Hari ini Azmin yang selama ini dilihat sebagai mesra-PAS atau disebut oleh kebanyakan orang sebagai kartel, telah menempelak Presiden PAS yang menggesa parti-parti lain mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama sebagai "kuku besi", atau di dalam istilah lain "diktator" (di dalam konteks ini diktator politik).

Ini baru betul apa yang diistilahkan Idris Ahmad sebagai CASH!

Semua orang dapat melihat bagaimana "recalcitrant"nya PAS. Nak suruh orang ikut cara dia, walaupun caranya itu sedang memusnahkan dirinya sendiri.

"Kita (PAS) parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun.

"Parti lain tak pernah alami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.

"Mereka kena ikut PAS kalau (nak) bekerjasama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Begitulah kenyataan Haji Hadi. Betapa angkuhnya dia!

Iblis dahulunya adalah hamba Allah swt yang paling taat kepada Allah. Bahkan dikhabarkan dalam beberapa kitab, ketaatan Iblis melebihi para malaikat. Namun beberapa masa kemudian (sampai sekarang), Allah begitu murka kepada Iblis. Mengapa terjadi demikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan wataknya yang angkuh itu membuat Allah murka. Ini nampak ketika Allah SWT menciptakan manusia pertama, Adam as. Ketika semua Malaikat (termasuk Iblis juga) diperintah Allah untuk sujud (sebagai bentuk penghormatan, bukan penyembahan) kepada Adam, Iblis enggan, seperti dalam firmanNya;

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu”. Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (QS. Al A’raf:12)





FEATURED ADS