27 Jan 2017

[VIDEO] Tugu Peringatan Banjir Lambang Kezaliman Kerajaan PAS Kelantan

Tugu banjir: Kelantan bazirkan RM300,000 wang Yayasan Amanah Tok Kenali

Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) telah membazirkan wang berjumlah RM300ribu kerana kecuaian membina atas tanah milik persendirian dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai setahun lalu.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terkejut dengan berita ini kerana sepanjang beliau bersama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri perkara seumpama ini tidak pernah berlaku.


"Setiap projek kerajaan yang dibawa ke mesyuarat exco; perkara pertama yang dibincangkan status tanah.

"Jika tanah berkenaan bukan milik kerajaan, pertimbangan pertama ialah berkenaan jumlah pampasan yang diperlukan," katanya di majlis dialog di pejabat Ahli Parlime Kuala Krai malam tadi.

Dalam pembinaan kes tugu banjir ini, amat memeranjatkan apabila selepas setahun didapati tuan tanah telah meminta perjelasan.

"Kononnya, untuk mengelak dari menjawab soalan berkaitan penggunaan dana kerajaan maka Yayasan Amanah Tok Kenali digunakan untuk membuat bayaran ini," katanya.

Menurutnya, terdapat dua persoalan yang timbul dari tindakan ini.

"Pertama, mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpuhkan sepenuhnya untuk pendidikan dan pembinaan insan.

"Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan oleh rakyat Kelantan," katanya.

Perkara kedua yang semua pihak maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini tidak selesai.

"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.

Beliau turut membangkitkan tindakan kerajaan menaikkan pelbagai cukai terutama berkaitan pentadbiran tanah.

"Baru-baru ini mereka menafikan menaikkan harga pasir, sedangkan semua orang yang pembeli membeli pasir dengan harga tinggi hingga dikatakan bertambah sekali ganda," katanya.

Menurutnya, sekarang orang ramai mengadu semua caj berkaitan urusan pejabat tanah dinaikkan.

"Urusan membeli cabutan (mendapat salinan geran tanah) dinaikkan daripada RM30 kepada RM80.

"Lain-lain bayaran juga dikatakan mengalami kenaikkan serupa," katanya.

Sebelum ini, Husam membangkitkan kenaikkan bayaran pecah lot dan tukar syarat tanah.

"Sekarang caj ini diberi peluang untuk merayu melalui wakil-wakil rakyat.

"Tindakan seperti ini membawa diskriminasi besar kerana dikalangan rakyat ada yang rapat dengan wakil rakyat dan ada yang tidak.

"Bagi mereka yang tidak ada akses dengan wakil rakyat, ini satu penindasan dan penganiayaan," katanya.

Kalau rakyat ingin perkara ini selesai, pilihlah Amanah, kalau kita jadi kerajaan semua balik kepada harga asal, tak perlu rayu-rayu, katanya.



ULASAN GB

Tatkala rakyat sedang menderita dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup, kerajaan PAS Kelantan berbanggsa membina Tugu peringatan Banjir di Kuala Krai.

Tugu itu dikatakan sebagai satu produk pelancongan Kelantan.

Sebelum ini, banyak pihak telah mempertikaikannya. Ia tidak lain sebagai "tugu peringatan" kesengsaraan rakyat kelantan akibat dari air bah kuning 2014 dan merupakan lambang kezaliman PAS sendiri akibat dari pembalakan dan sikap kerajaan PAS yang gagal menangani isu berkenaaan pada waktu itu. Negeri Kelantan seolah-olah seperti tidak ada kerajaan waktu itu.

Lebih mengejutkan apabila didedahkan bahawa wang sebanyak RM300,000 dari Yayasan Amanah Tok Kenali digunakan untuk membuat bayaran ini.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS Kelantan tumbang pada PRU14 nanti! Jangan salahkan sesiapa lagi selepas apabila ia berlaku.

Firmanullah swt:

Musibah apa saja yang menimpa kamu adalah akibat perbuatan tangan kamu sendiri 
(Asy-Syura : 30)



FEATURED ADS



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hmmm... pecah belahkan ahli dalam parti tak zalim ke? Ikut telunjuk org bukan Islam (opst belum Islam) tu mulia agaknya disisi pimpinan PAN (opst AMANAH). Jgn berNANAH telinga pulok yew...

Tanpa Nama berkata...

.
Kelantan banjir lagi.

Bulan depan bina satu tugu lagi.

Kali ini sebab tidak perlu bina rumah dan peruntukan duit tersebut di gunakan untuk menarik pelancong.



Tanpa Nama berkata...

Ada juga walaon yg bangang spt Tanpa Nama 11:48 PTG masuk sini ya.

Bila quotekan TGNA benda yang dia tak suka terus kata jangan sebut nama orang yang dah mati.

Kita tak tahu dalil apa yg digunakan.

Klaau macamtu tak bolehlah sebut nama Nabi Muhammad, khalifah2 yang empat, perawi hadith dsbnya kerana mereka sudah meninggal dunia.

Demikianlah tabiat orang taksub. Kena tang btg hidung terus menggunakan hujjah ikut kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

masa pilihanraya lepas ramai walaun di kedah terlalu ghairah membina replika replika. bila kita tegur supaya duit tu tidak dibazirkan dan lebih baik digunakan untuk gerakerja pilihanraya, maka melentinglah walaun...nah!! akibat sombong, angkuh dan riak dgn amalan syaitan maka apa jadi dgn kedah???!!!!

Tanpa Nama berkata...

wahai para lobai pentadbir kelantan, kemana hilangnya kisah kezuhudan tgnaa tentang penggunaan dua batang pen?

tak nak ikut ke amalan yg mulia tu? atau batang balak lebih menggamit?

Tanpa Nama berkata...

PAS... sedang menggali lubang kuburnya sendiri... & bersedia utk ditalkinkan

Tanpa Nama berkata...

.

Bayangkan setiap kali banjir, setiap kali itu lah PAS akan bina tugu..

Tugu mempamirkan keutuhan perjuangan PAS yang tegak.. baik ribut, baik banjir, baik

Mungkin penunggu tugu boleh alihkan banjir. Sebab itu lagi banyak tugu lagi bagus !

Mentang-mentang sini tak ada malaun, kau jadikan 11 48 malaun

Tanpa Nama berkata...

meme ambo tok pakah PIS doh lepah nih.....no more vote for PIS next PRU...PIS bakal hilang 20 undi di Parlimen Kota Bharu next PRU...

Tanpa Nama berkata...

Benda terang lagi bersuluh dgn lampu stadium,betapa bodohny pemikiran pemimpin2 pas setaraf pemimpin somalia dan ethopia....kelantan semakin mundur dah mcm somalia dah...habis balak ditebang, bukit gondol punca banjir dan selepas itu bina tugu peringati banjir...memang taraf pemimpin2 otak udang busuk.

Malaysiabaru berkata...

Perangai pas dan umbo tiada beza mereka adik berDik

PAS AMALKAN KHURAFAT .patut di tutup macam alarqam

Umno pula pada zaman 80-90an BNM TERLIBAT DALAM PERJUDIAN. RUGI US 10BILLION.

PAS UMNO SESAT TAHAP SYIAH!!!

Tanpa Nama berkata...

tak guna ckp byk dgn walaun....

Tanpa Nama berkata...

.

PAS main rampas tanah orang. Suka-suka buat tugu tanpa izin tuan tanah. Sekarang tuan tanah minta penjelasan.

Harga tugu 300 ribu, tak kan nak di robohkan. Tanah, tanah orang !

Memandangkan PAS menyalah gunakan duit yayasan Amanah Tok Kenali untuk membina tugu secara haram, lebih baik tuan tanah suruh robohkan sahaja.


Apa beza Hj Hadi dengan Tok Kenali ?

Kalau kita kenal Tok Kenali dengan membaca buku nya, beliau bukan sebarangan orang. Kerana sebatang tugu, hilang hormat pada Tok Kenali.

Mengapa tak guna duit party atau duit pemimpin PAS Kelantan ? Adakah
PAS sudah hilang sifat berkorban ?

Tanpa Nama berkata...

Sejak pas bersekongkol dgn umno sambil beryanananana perangai pun sebijik umno.menyamun balak,merembat menyebat duit rakyat selagi boleh... Rakyat kelantan sila bangun jgn kasi peluang pasa pas lgi....dulu pas mampu bertahan dikelantan sebab kehebatan nik Aziz.. Namun percayalah pas akan kalah dikelantan sbb ketololan Haji Hadi..

Tanpa Nama berkata...

Woi walaun 10.42? Sape yg pecah belahkan parti? Presiden bangang kau yg halau ahli yg tak sealiran keluar...tak zalim ke tuh? Yg dok melabel macam2 tu tak zalim ke walaunta...bull shit pergi mampus dgn walaunta presideng gila babi salak bukit

Tanpa Nama berkata...

INILAH CONTOH TERBAIK APABILA HANYA UTAMAKAN ILMU AGAMA TAPI ILMU DUNIA BUAT TAK TAHU NI JADINYA. TAK WHY DLM RUKUN ISLAM 2 OF 5 ADALAH TANGUNGJAWAB KITA DI DUNIA. N EACH MASALAH DI KELANTAN PERLU ORG YG ADA ILMU DUNIAWI BARU BLH SELESAI, MASALAH EKONOMI PERLU PAKAR EKONOMI BUKAN USTAZ UTK PLAN,MASALAH PEMBALAKAN PERLU SCIENTIST DAN PAKAR DLM PERHUTAN BUKAN USTAZ,N MASALAH HAK MILIK TANAH PERLU PAKAR TANAH UTK SELESAI BUKAN USTAZ. IF EVERYTHING GUNA ILMU AGAMA TO SOLVE MAKA TAK AKN SELESAI. BENDA APABILA ORG BUKAN AHLINYA YG BUAT MAKSUD AKN HANCURLAH INSTITUSI TERSEBUT. SO, TIS GOOD EXAMPLE WHEN U ALL USED ULAMA DO ANYTHING, U SEE ALRY THE DESTRUCTION.

Tanpa Nama berkata...

Klu dato husam kate cara fakta.. mu bidas la fakta... Klu tak betul fakta dia.. kepimpinan mu saman la...

Unknown berkata...

10:42
Tulong jawab bagi molek la, pasai apa masa zaman TGNA PAS tak jadi srupa lagu ni. TGFN pon tadak kata kat orang "barua" segala.
Kata PAS bawak asas ISLAM, Pada pandangan sedara dgn cara membaruakan orang ni cara ISLAM ka?

Marah lagu mana pon, sabar la banyak2. Benci lagu mana pon depa tetap mengucap 2kalimah syahadah. Sedara kita tu.

ISLAM ajar kira cara berpolitik,
Tapi jgn sampai mempolitik kan ISLAM.

Satu lagi tak payah la kita dok terikut2 dgn sesetengah pemimpin dok panggil parti Amanah tu PAN,
Orang tak panggil kita PIS pon syukur besar rahmat dah.