25 Jan 2017

Azmin Tempelak Hadi: Paksa Ikut Rentak Kamu, Itu Kuku Besi!

'Jika nak ikut rentak sendiri saja, itu kuku besi'

Kerjasama politik yang cuba diusahakan antara Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS setakat ini masih belum jelas titik temunya.

Mengulas gesaan PAS untuk mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata gesaan tidak demokratik, tetapi “kuku besi”.

"(Bekas presiden Amerika Syarikat Barack) Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.

"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.

Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.

Beliau ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat untuk itu perlu rentak mereka.

Ini kerana, hujah Hadi, PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain.

PAS setakat ini tidak menolak kerjasama dengan PKR tetapi menentang keras kerjasama dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

'Strategi tak boleh didedah'

Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata pembangkang mempunyai strategi yang tidak boleh dihebahkan kepada media.

“Kita tak tahu tarikh pilihan raya. Ini kan strategi. Ia tak boleh cerita dengan media," kata Azmin.

Azmin bagaimanapun berkata menegaskan pihaknya akan terus berbincang meskipun rumit.

"Dalam mana-mana proses rundingan ia merupakan satu proses yang rumit. Bukan boleh selesai dengan hanya satu pertemuan.

"Kita teruskan perbincangan malam tadi bertemu dengan Pengerusi dan Presiden BERSATU untuk lihat bagaimana boleh maju ke depan," kata anggota parlimen Gombak itu.

Azmin juga mengajak semua pihak berlapang dada.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata tempoh perbincangan parti itu dengan PAS sudah berakhir.



VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Baru semalam, seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai diktator politik.

Hari ini Azmin yang selama ini dilihat sebagai mesra-PAS atau disebut oleh kebanyakan orang sebagai kartel, telah menempelak Presiden PAS yang menggesa parti-parti lain mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama sebagai "kuku besi", atau di dalam istilah lain "diktator" (di dalam konteks ini diktator politik).

Ini baru betul apa yang diistilahkan Idris Ahmad sebagai CASH!

Semua orang dapat melihat bagaimana "recalcitrant"nya PAS. Nak suruh orang ikut cara dia, walaupun caranya itu sedang memusnahkan dirinya sendiri.

"Kita (PAS) parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun.

"Parti lain tak pernah alami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.

"Mereka kena ikut PAS kalau (nak) bekerjasama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Begitulah kenyataan Haji Hadi. Betapa angkuhnya dia!

Iblis dahulunya adalah hamba Allah swt yang paling taat kepada Allah. Bahkan dikhabarkan dalam beberapa kitab, ketaatan Iblis melebihi para malaikat. Namun beberapa masa kemudian (sampai sekarang), Allah begitu murka kepada Iblis. Mengapa terjadi demikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan wataknya yang angkuh itu membuat Allah murka. Ini nampak ketika Allah SWT menciptakan manusia pertama, Adam as. Ketika semua Malaikat (termasuk Iblis juga) diperintah Allah untuk sujud (sebagai bentuk penghormatan, bukan penyembahan) kepada Adam, Iblis enggan, seperti dalam firmanNya;

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu”. Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (QS. Al A’raf:12)





FEATURED ADS



19 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

TAHNIAH AZMIN

BARU JER PAGI TADI KAMI TEGUR AZMIN.. DAH PUN SEDAR AZMIN.. DARI LAMUNAN ... TERUS TERJAH HADI

macam tu lah anak bapak.. Tempoh masa utk pas dah tamat..

INI YANG AZMIN PERLU BUAT
- umum kan PIS ni ada amalan khurafat dan elemen selewang agama mcm alarqam almaunah ayoh pin
) umumkan PIS ni proxy pru BN atau party makan keliling semua dedak tak.kira haram dia telan
- umumkan pembangkang hanya satu 'pakatan harapan' bukan blok ketiga ! PIS bukan lagi pakatan dan undi utk PAS adalah undi masuk tong sampah.. Bukan ISLE ajar sokong pencuri penyamun yg cipta hudud dari kepala hotak sendiri. ruu Nik Aziz penah tentang kerana ia bukan hudud 100% dari alkoran

AZMIN perlu umum segera sebab Pas nak ambil undian mereka yg keliru siapa pembangkang sebenar.

PAS ADALAH PEMBANGKANG CLONE tidak asli tidak original mcm kereta klon kena cekup.sama jpj.

Tahniah Min.. Kepala matematik dah menjadi..

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah PH Bersatu masih terhegeh hegeh dgn Pas...meluat betul lah aku politik mcm ni. Dah tau perangai pas buruk mcm tu masih nak lagi ker ph woi... Rakyat susah2 undi korang beri kepercayaan pada korang tp korang masih ikut jejak umno main politik kotor...aduhai jijik lah tgk gelagat PH Bersatu skrg ni..pas jgn pandang lah parti tu ibarat pelacur umno dia nak,ph dia nk kat selangor nampak jelas kemunafikan pas masih mau ka pasti busuk macam tu ph bersatu oi.. Sila fikirkan rakyat jgn terlalu tamak undi sbb rakyat yg undi korang....pas dah terlalu busuk..yg korang sama nk jadi busuk tu apahal... Meluat btl la aku dgn ph skrg ni.... Pru dh dekat jgn main2 kan rakyat yg sedang kesempitan nih.....

Tanpa Nama berkata...

Gilo babi ko president pas ni, jangan layan biar dia dan partinya join BN. Nik Abdoh pun dah bagi ceramah agama kepada ahli umno kat Lembah Pantai, elok sangatlah tu pas jadi parti komponen BN. PH dan Bersatu boleh tutup buku untuk berunding dengan pas.

Menara Anggerik berkata...

Tahniah Azmin,kerana tegas berprinsip.
Gelaran kukubesi hanya layak pd mereka yg kejam pd kawan dan lawan.

omar daud berkata...

Salam:


Time is running out,PH+PPBM,CONCLUSION=Tinggalkan sahaja pas "PERIOD".

Apa nak bincang-bincang lagi masa tak tunggu kita.


sekian

Tanpa Nama berkata...

Setuju2..kalau pas masuk ph dah jadi liabiliti pada ph pulak sila jgn tambah mslh pengundi blh ditarik dgn kukuhkan ph dulu.Amanah sudah ada sbg pengganti pas.Abaikan pas.pAs parti dedak skrg nih.

Tanpa Nama berkata...

Amanah parti setahun jagung tapi matang..Pas parti 60 tahun tapi jadi parti natang..

Lelaki Dicermin berkata...

Kita (PAS) parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun.

"Parti lain tak pernah alami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.

DAHLAH SOMBONG ANGKUH PULAK.. DAHLAH ANGKUH BODOH MELANTUN2 PULAK.. MATANG APANYA TUANG PRESIDEN.. CAMPUR TOLAK BAGI DARAB.. 21 KERUSI MP..BELUM TOLAK YG AMANAH BAWAK.. TUANG PRESIDEN INGAT RAKYAT MALAYSIA DUDUK DLM GUA KE.. 60 TAHUN JATUH BANGUN..BAWAH 20 KERUSI. BUDAK DARJAH SATU PUN TAHU NAK MENJAWABNYA.. ITU BUKAN MATANG.. ITU BANGANG..
TITM bg ceramah memberi amaran MP beragama islam yg tak menyokong ruu 355 akan di gunakan namanya di dlm PRU 14 nanti utk menjatuhkan mp tersebut. Dengar ceramahnya mengigil.. lagi seorg pimpinan pas ba alif ngang... tak ingat kesah lama. TGNA pun pernah menolak ruu 355.. kami gunakan lah isu tu.. tu aku ckp byk benar pimpinan pas bodoh melantun2... hendak berckp dan memberi amaran.. ingatlah kesah lama2.. jgn main sedap berckp je.. dulu org ckp pimpinan pas hanya TITM je yang tak makan dedak.. skg mcm sama je semuanya...

Tua Renta Apa Guna berkata...

terserlah lagi unsur2 syiah dlm otak hadi.

akidah syiah ber'tuhan'kan imam2 12.
dh setaraf tuhan yg tidak boleh dibantah.
wajib ikut apa saja kata2 imam.

kalau ikut cara pas sekarang ni.. kena berbaik2 dgn umno lah.
so apa makna pembangkang kalau kena berbaik dgn umno?
ikut cara pas tidak boleh bantah penyelewengan bn.
makanya klu ikut cara pas sama mcm ikut cara najib la.

dlm keadaan pas tidak popular dn org lari dr pas, apakah nilai baik yg nak diikut dari pas tu?

nak ikut ponteng? huh minta maaf kami bukan jenis org ponteng.
nak ikut maki hamun bermusuh dgn semua org? huh kami minta maaf kami hendak membela semua rakyat Malaysia, tidak suka caci maki dgn org yg berlainan pendapat.

usia bukan petanda hebat dr yg muda. penyu tganu lebih tua usianya mencapai seratus tahun, tp telur dia diambil org pun dia tk mampu bat apa2. pembangkang ada yg baru tubuh tp pemimpinnya lebih pengalaman. bukan kira penubuhan parti, kena kira juga pengalaman dan kehebatan pemimpin2nya.

telah 30 tahun berkawan dgn syiah masih tak sedar syiah itu sesat dan membahayakan akidah dan politik umat islam.

yg nak ikut cara pas kadir sheikh fadil aje la. tu pun jadi penumpang bas yg tidor aje.

mungkin pas boleh mula bertapak di Zimbabwe, disana mungkin pas diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

.

Apa-apa hal berunding. Biar yang lain-lain dengar sampai lah setuju ikut cara PAS.

Berunding tidak, terus paksa ikut cara PAS. Menang PAS ada hantar wakil berunding tapi pasal perkara lain seperti kerusi dan persefahaman antara PAS dengan DAP-AMAMAH. Pasal ikut cara PAS, mana pernah di bawa berunding.?


Nak tunjuk pendirian atau ketegasan bukan begini cara nya. Kalau hebat sangat jangan cakap jauh-jauh.


Tanpa Nama berkata...

Once and for all. PH beranilah buat keputusan sepertimana kamu berani suatu masa dahulu mengujudkan PR. Bermain dengan nostalgia tidak akan kemana akhirnya.

Tanpa Nama berkata...

Dulu Hj itulah yang tempelak Anwar Ibrahim. Sekarang dia pulak kena tempelak.

Perlahan-lahan Min, orang tua tu ada sakit jantung.

Mahu rebah tak bangun-bangun ..

"Kita (PAS) parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun."

Sepanjang masa ini PAS tidak pernah rebah dan juga tidak pernah bangun. Sekali sahaja PAS bangun iaitu ketika TGNA memimpin PAS.

Yang akan merebahkan PAS ialah Hj Hadi.

matakanan berkata...

Bukan nak mengata tghh tahu ingat dia seorang allah anugerahkan akal. orang cuba berlembut berbincang berpakat cara mana untuk selamatkan negara ini.
Macam macam alasan yang berpusing pusing umpama orang dapat dedak.
Kepada para penyokong PH dan PPBM teruskan usaha. usah pedulikan PAS Lagi .

Tanpa Nama berkata...

Tengok gambar arwah TGNA sejuk rasa hati..tp bila aku tgk lebai dedak ni sekor...hati aku panassss...

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi parti petola

Presideng pula jadi serangga perosak parti

Kalau beginilah cakap presideng lingkuplah PAS.....

Tanpa Nama berkata...

Mintak2 janganlah ph bergabung dgn pas. Aku nak sangat tengok pas tegolek kat kelantan. Aku nak tengok hadi tekebil2 biji mata....

Pencolekhangek berkata...

Ini belum jadi menteri persekutuan lagi. Perintah negeri sendiri pun tak reti nak jadi ketua peringkat nasional. Keras kepala, kepala batu, bengap, sombong, berlagak, bingai dan tak perlu jadi ketua kecuali untuk orang-orang yang bingai dan bodoh sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya tok lebai ular dalam semak..... cakap besar. hantu mana mau ikut puak2 kepala tak kena matahari ni ? errrr Kalau biji benih tak kena matahari tak kn bercambah pun....

satu dunia melihat masalah apabila golongan ular macam ni dapat memerintah... hancur dan kucar kacir megara dibuat ULARmak macam ni...

Ni nak suruh orang lain pula ikut cara PAS...eeerrr PUS (nanah).... pi cermin diri dulu baru boleh cakap !!!!

Kubur menunggu PUS dalam PU14.

Selagi Si Lebai ni pimpin parti ni lagi cepat parti boleh terkubur...

Cerdiklah sikit hoi........ jangan berfikiran dangkal sangat...

Tanpa Nama berkata...

Hadi dah jadi iblis bertopeng manusia..cukup heran dgn walaun yg buta matahati yg nmpak berapa bongkak sombongnya hadi..selepas ni pas akan terus rebah dan takkan bangun bangun lagi sehingga ke lubang kubur.