26 Jan 2017

Mesyuarat PPBM Putuskan Tetap Sertai Pakatan Harapan Walaupun Tanpa PAS

PAS ada atau tidak, BERSATU mahu pakatan rasmi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mencadangkan semua parti pembangkang membentuk pakatan secara rasmi bagi membolehkan mereka mencabar BN menggunakan logo sama.

Mengenai kedudukan PAS yang dilihat berkeras enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan secara rasmi itu tetap perlu diwujudkan.


Kata pengerusi BERSATU itu, melalui suatu gabungan rasmi, parti pembangkang boleh menggunakan logo, manifesto dan nama sama, sekaligus mencerminkan perpaduan di kalangan mereka.

"Kami berpendapat, sama ada PAS menyertai (gabungan ini) atau tidak, kemasukan BERSATU dengan parti pembangkang lain perlu dilakukan secara rasmi, dan kami akan berunding isu-isu berkaitan pilihan raya, pembahagian kerusi, dan sebagainya," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pagi tadi.

Ketika ini BERSATU masih belum menyertai HARAPAN secara rasmi walaupun sudah menyatakan kesediaan bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

PRU perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

Bagaimanapun kedudukan PAS masih belum jelas kerana parti itu menyatakan dengan tegas keengganan mereka bekerjasama dengan DAP serta AMANAH. -mk

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS



16 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tahniah Muhyi

Pemmpin mcm ni yg kita nak. Tegas dan utamakan rakyat.

Lupakan party ajaran sesat (pas)

Pru 14 = pkr ppbm VS umno /mca/mic

Pas. VS amanah dap

INI MACAM KA ??

Tanpa Nama berkata...

Maka tertutuplah pintu rundingan PH dan BERSATU dengan pas. Dan selepas ini disebut PAKATAN HARAPAN sahaja kerana BERSATU telah menyertai gabungan PH sepenuhnya.
Pas dengan nakhoda yang sombong dan samseng dan dengan panglima-panglima yang kurang berakal itu akan menjadi parti yang tinggal nama di dalam lipatan sejarah. Kalau lah TGNA masih ada tentu nasib pas tak seburuk seperti sekarang.
Pas nak join BN bukan setakat parti-parti components BN protest tapi UMNO pun tak hingin! Nak masuk PH pun dah termalu. Begitulah nasib pas yang berketuakan samseng, cakap asal mahu je tak fikir akibat buruknya. Apa ayat dan perkataan buruk dan menghina yang tak keluar dari mulutnya bila mengata pemimpin AMANAH yang sesama Islam? Inikah ketua yang menjadi ikutan ahli-ahli pas?
Kepada ahli pas yang waras, tinggalkan nakhoda dan hulubalangnya yang langsung tidak mencerminkan akhlak pemimpin Islam. Marilah masuk parti lain asal bukan UMNO.

omar daud berkata...

Salam:

ALHAMDULILLAH,Semoga ppbm+PH,Berjaya hendaknya.

aNGGAPLAH SELEPAS INI ADA Cercaan dari/pas/umno sebagai budak-budak nakal yg jealous tak dapat sesuatu.
Mulakan Kerja dari sekarang.

TAHNIAH.

aminsihat berkata...

Saya sangat tak faham dengan Parti Bersatu ni, dah bekali-kali pemimpin-pemimpin kanan parti pas membuat penegasan yang mereka tidak akan menyertai pakatan harapan, dan dalam masa yang dah berapa banyak analisa yang dikeluarkan oleh pakar-pakar strategi PH yang mengatakan PAS akan kalah teruk bila bersendirian, tetapi Bersatu dan terbaru DAP masih jua berusaha untuk memujuk pas untuk menyertai PH. Kalaulah betul dan yakin dengan analisa yang dikeluarkan yang menyatakan PH boleh menang tanpa pas. buat apa lagi mahu pujuk pas, biarlah PAS kalah teruk bersendirian, memang itu pilihan dia. Lainlah kalau Bersatu yakin yang analisa yang dibuat itu sebenarnaya BOHONG.

Tanpa Nama berkata...

Menyerang UMNO atau menyerang PAS hendak lah di lakukan secara satu pakatan dan nada irama yang sama.

Tak boleh ada yang sokong RUU dan ada yang tidak sokong.

Tak boleh lagi hadir program atau ceramah atas pentas PAS.

Berdemo jangan ada yang berkecuali.

Di mana ada AMANAH, di situ ada PKR DAP dan PPBM. Begitu lah yang lain-lain. Semua mesti ada, tidak satu pun boleh tidak ada. Nak runding semua mesti ada.


Tanpa Nama berkata...

.

PAS sombong. Ingat PPBM akan bersama PAS untuk menang undi melayu dan tolak undi cina.


Ya memang jika PAS dan PPBM berkerjasama, gabungan ini akan menjadi kuat dan mampu menandingi kekuatan UMNO.

Bagaiamana pun kesinambungan politik akan terencat kerana jika gabungan PAS/PPBM, parti bukan melayu akan sukar untuk berkerja seiring dengan gabungan tersebut.

Kerana tujuan PAS ialah menunjukkan kekuatan dan penguasaan melayu lebih dari kesinambungan politik antara kaum.



Tun Perak berkata...

Dalam tahun 70an ape yg pas tak maki hamun umno bn.sekarang dah ubah..semua baik dan boleh ....maki hamun amanah pulak sampai tak de ape yg baik dah sesama islam nih...islam umno dah ok...islam amanah pulak yg hudoh dan burok....inilah islam ajaran pas....

Tanpa Nama berkata...

Dan jgnlah kamu cenderong kpd org2 yg zalim yg menyebabkan kamu disentuh api neraka: hud 113

Dugong berkata...

agak2 akn berlaku lg ke sembhyang dua imam bila org amanah jd imam..tk pegi kenduri amanah dll lps ni.

hadi masih tidak insaf dgn amanatnya dulu cuma kali ini lbh teruk kerana targetkn kpd bekas pemimpin pas sendiri.

kiranya perjuangan hadi ni mesti hendak ada musuh ketat... dn diajar pd penyokong jadilah golongan yg sedikit kununnya itulah golongan yg benar.

golongan sedikit sevenar ialah yg menyeru islam yg berakhlak tp tetap ditolak masyarakat.. bkn sedikit sebab maki hamun melabel berakhlak buruk sehingga org menjauhkn diri.

itu golongan sedikit yg bangang

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan PAS melalui Nasruddin mengatakan salam DAP wayang opera murah.

Dia terlupa siapa yang pakai baju opera kalau bukan PAS.

Tanpa Nama berkata...

AMANAT HADI

"Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir."

"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara- saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku."

air gunung berkata...

Harapnya muktamad walau dlm politic semua possible.

So terus ke hadapan sbgaimana saranan bro OD.terlalu bnyak masa terbazir sudah psl kita kalut pergi membelitkan diri sendiri dgn saraban tok lebai.biar lah walauun jer yg suka terbelit tu.

Focus Amanah hendak kpd ahli parti lebai kerana walaupun mereka ni kunun2 wala'tp dlm perut,hati kepala hotak sgt keliru mcm pelanduk msok kampung.so dkt situlah boleh masok jarum.tak yah suruh tukar parti,tukar undi jer.suruh simpan kad no parti tu.

Tun Perak berkata...

Dlm politik ini namanya strategi. Dap memang nak mangkuk lebai2 nih masuk perangkap...utk menarik lebih ramai yg atas pagar supaya cnfm beralih ke pembangkang. Walaun2 nih rasa mcm dapat bola tanggung...apalagi pakat2 tibai Dap tapi nitizen melihat akhlak sape yg makin teruk...lebai2 nih baru masuk politik dan tak faham sepak terajang politik...kalau dah angkuh sombong...ape nasihat pun dah tak masuk

Tanpa Nama berkata...

Parti Amat Sial can continue be supporters of world number 1 corruptors. Burukan Nama agama.

Tanpa Nama berkata...

Pru tahun 1978 pas kalah teruk. Hanya 5 parlimen. Tahun 1986 pas hanya dapat 1 parlimen pkln chepa pak nik lah. Pas akan kalah teruk bila sendiri. Lagi teruk bilo pemimpin bahlol dan tolol. Huhu

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni kena siap2 pikir & rancang buat strategi terutama dgn media massa yang org awam patut tahu kita lawan BN satu lawan satu, dan memberitahu bahawa parti PasPissPus bukan pembangkang.kena highlight betul2 supaya pengundi tahu yg parti PasPissPus ni bukan komponen pembangkang, anggap la mereka parti bebas seperti parti kunci dan sebagainya..lebih bagus lagi, buat logo khas bagi mewakili komponen2 parti pembangkang supaya pengundi tak terkeliru nnti apabila mengundi nanti..ingat pakatan harapan adalah harapan rakyat utk masa depan malaysia yg terjamin & lebih baik..inshaallah..