3 Feb 2017

MAZA Bersuara, PH Berhimpun, PAS & UMNO Membisu...

PANDANGAN Dr.MAZA Terhadap Isu Larangan Umat Islam ke AS

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Donald Trump dan falsafah pentadbirannya.

Ramai yang sudah membantah tentang sikap dan langkah ekstrimis lagi rasis yang ditampilkan beliau.

Ini menunjukkan masih ramai penduduk dunia ini daripada pelbagai latar agama, negara dan kaum mempunyai kewarasan dan nilai kemanusiaan.


Apa yang saya kagum ialah rakyat Amerika yang pelbagai latar belakang; datuk bandar, senator, artis, peguam dan ratusan ribu yang lain yang bukan beragama Islam turut membela hak rakyat Muslim Amerika.

Mereka bukan sekadar bersuara tetapi sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan emosi untuk pembelaan tersebut.

Mereka bukan sekadar tidak bersetuju bahkan berdemonstrasi, membawa isu ke mahkamah dan pelbagai langkah yang lain.


Ini memberikan kesedaran kepada kita bahawa hubungan keinsanan ataupun kemanusiaan itu merentasi sempadan agama.

Persoalan, apakah kita dalam dunia Muslim dapat menunjukkan contoh yang sama iaitu membela hak setiap insan tanpa mengira latar agama?

Islam mengajar untuk adil kepada semua pihak tanpa mengira latar agama dan bangsa. Dunia Islam hendaklah menjadi model dalam hal ini.

Pemikiran lapuk

Pemikiran lapuk yang menganggap keindahan Islam itu hanya dapat dilihat dengan dipancung yang murtad, dipotong tangan pencuri dan direjam penzina semata, hendaklah dihentikan di dunia Islam.

Itulah yang menyuburkan ideologi IS dalam dunia ini.


Keindahan Islam itu akan dapat dilihat apabila dunia Muslim itu anti-rasuah, mempunyai urus tadbir yang baik, menjaga hak setiap warganya dan memelihara alam sekitar dan segala makhluk Allah yang lain.

Itulah Islam yang menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Jika ada Muslim memikirkan kejayaan Muslim itu dengan memancung yang tidak menyokong golongan mullah, memotong tangan pencuri dan merejam penzina tanpa bertungkus lumus memikirkan bagaimana membela hak setiap warga, memastikan kebajikan mereka, prinsip-prinsip kemanusiaan dan alam sekitar, maka itu wajah Islam yang Trump mahu dunia percaya.

Mereka yang sibuk ingin menjelmakan Islam dalam wajah hukuman, permusuhan antara penganut agama, tidak menghormati hak pihak yang lain, membiarkan korupsi, menindas golongan minoriti, tidak mementingkan alam sekitar merupakan mereka yang secara tidak langsung menyokong misi Trump.

Penduduk dunia ini ramai yang masih simpati dan membela umat Islam, maka marilah kita tampilkan wajah Islam yang tulen, yang harmoni yang benar-benar menjadi rahmat untuk sekalian alam.

Dengan itu mereka semua pihak akan rasa berbaloi membela umat Islam.


Sekatan Trump: Mana suara Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia?


Ketika masyarakat dunia mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan sekatan imigresen ke atas rakyat dari tujuh negara majoriti Islam, seorang pemimpin pertubuhan Islam antarabangsa sebaliknya mengambil pendekatan berdiam diri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan tidak demokratik dan anti-Islam negara republik berkenaan.

“Di mana suara Hadi Awang, seorang pemimpin tertinggi pertubuhan Islam dunia apabila Presiden AS, Donald Trump membuat sekatan ke atas rakyat tujuh negara majoriti Islam masuk ke negara terbabit?


“Dasar AS itu jelas sebuah diskriminasi terhadap komuniti Islam namun, Hadi yang dilihat ‘jaguh kampung’ dalam isu membabitkan Islam masih tetap membisu,” kata Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kepada Roketkini.

Dua hari lepas media melaporkan Mahkamah Persekutuan AS mengeluarkan arahan penangguhan sementara larangan arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Trump itu berikutan bantahan penunjuk perasaan di beberapa lapangan terbang negara berkenaan.

Presiden AS Ke-45 itu bagaimanapun tidak berganjak daripada keputusannya, malah menafikan kononnya arahannya itu menyasarkan umat Islam dan memberikan jaminan bahawa visa hanya akan dikeluarkan selepas ‘dasar paling selamat’ diwujudkan.

Tujuh negara majoriti Islam tersebut ialah Iran, Iraq, Syria, Sudan, Somalia, Libya dan Yaman.

Dalam perkembangan berkaitan, Sosialis Muda DAP (DAPSY) akan mengemukakan memorandum bantahan ke Kedutaan AS bagi membantah sekatan Trump terbabit pada Jumaat minggu ini.

Orang ramai dijemput hadir menyertai protes terbabit bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat, di perkarangan Kedutaan AS, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.




SITUASI TERKINI








FEATURED ADS



4 ulasan:

Awanama berkata...



Jgn kan kat Amereka, klu kes tuduh fitnah merapu mcm PilKuda yg dgn tanpa BUKTI dan saksi tu jd kat Jepun Korea @ Singapura dah tentu punya Hj Mereng yg menyalak BABI ddlm bukit ari tu tuu dah pun masuk kedlm..

Jenis spesis "Islam" sprt Hj Mereng fitnah merapu yg menyalak BABI ddlm bukit yg sama buat kerja Dajal nih la yg Trump takleh terima..

Dah ler buat fitnah sebijik jd Dajal, klepet curi 90juta pulok tuu, pastu TIPU keliru...ada LOGIK akal ke kaki fitnah mcm Dajal yg dah mencuri 90juta tu nak buat Hudud, tup2 kecoh Hudud dah uturn jd Ruu ler pulok, hahaha!?


Dah ler IQ ciput, hujah debat langsung tak berani..

Apb yg berIQ ciput cuba nak menipu keliru, last2 jd sprt PIGS/babi terjerat terjerobos tersula semilu ddlm lobang/perangkap sendiri..hihihi

Depa yg IQ ciput nih mula2 "PRASAN" mengaku syiok sndiri sbg golongan hulormak..tup2 pastu tak "PRASAN" lalu jd PASIK..last2 tak "PRASAN" lg dah terus masuk lobang/perangkap sendiri jd PIGS!

Dulu2 ada org Yahudi yg dijdkan kera & babi sbb tangkap/curi ikan ari Sabtu

Skrg ada spesis "Islam" yg prasan syiok sendiri mengaku hulormak w.pun IQ nya ciput kini dah pun mnjd PIGS/babi sbb klepet curi dedak 90juta +++





Malaysiabaru berkata...

Ucapan tahniah utk trump kekal jawatan presiden u.s

Tahniah juga kerana melarang extremist dan umat islam ke u.s

Sebab nanti ayoh hadi pin akan bikin kecoh di u.s . Ayoh hadi kawan baik ayatullah ayahcuckoo nak bawak amalan syiah Wal syumul ke serata dunia . Jadi elok sangat jgn bagi mana mana moslem ke u.s . Terutama Saudi wahabi algilababi.

Paling penting MO1 pun tak boleh masuk.. U.S....

Biar adil. Jangan terorist saja tak masuk u.s . Pastikan ayoh pin hadi dan MO1 pun tak masuk melabur duit haram huru hara dunia corporat Amerika !!!

Congratulations MR PRESIDENT !!!

mansor berkata...

Kikilikik..ingat PAS dah kaean dgn kaean yahudi APCO..mana mungkin PAS nak khianati yahudi..

Awanama berkata...

TAK KIRA SIAPA PRESIDEN USA SEKALIPUN,ANSWER IS THE SAME,REMEMBER PEMILIHAN CALON PRESIDENT USA SUDAH DIRANCANG OLH FREEMASON DAN MESTI MENBER BONE SKULL SEBELUM LAYAK JADI PRESIDEN USA. SO WHO YG JADI ANSWER DIA STILL THE SAME. UMAT ISLAM TETAP AKN TERTINDAS.