10 Feb 2017

[VIDEO] "Ustaz Budak" Di Majlis AMANAH Bersama Husam

Dua pendakwah terkenal Kelantan, termasuk 'Ustaz Budak' sertai Amanah

Dua pendakwah terkenal Kelantan Ustazah Wan Norazam Abdul Aziz dan Ustaz Shamsul Zaman Shukri dikenali dengan 'Ustaz Budak' mengejutkan banyak pihak apabila mereka muncul di dua majlis berasingan bersama Amanah malam tadi.

Dalam majlis ringkas di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu Wan Norazam secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar.


Majlis yang disertai ahli-ahli jawatankuasa Awan negeri itu disaksikan oleh isteri penasihat Amanah Kelantan, Datin Ruhana Abdul Rahman.

Bercakap kepada media sempena majlis itu, beliau yang pernah memegang jawatan timbalan bahagian Halaqat jabatan hal ehwal Islam negeri Kelantan berharap penyertaan beliau dapat memberi sumbangan untuk memperkukuhkan parti Amanah.

"Insya Allah, saya berharap akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran bagi menjayakan cita-cita murni sebuah parti Islam yang berusaha meneruskan perjuangan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini," katanya.

Berkenaan sebab mengapa beliau meninggalkan parti lamanya, Norazam berkata parti itu kini dikuasai oleh kumpulan yang tidak lagi membela rakyat sebaliknya masing-masing menumpukan agenda peribadi.

"Saya kenal mereka dan saya tahu gelagat mereka semasa almarhum masih ada lagi dan ketiadaan tok guru seolah-olah dinanti-nanti untuk menzahirkan perangai sebenar masing-masing," katanya.

Dalam majlis berasingan Ustaz Budak muncul secara mengejut dalam satu majlis ceramah yang dihadiri penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa di kampung Buluh Melintang, Chetok Pasir Mas malam kelmarin.

Kemunculan beliau segera menggemparkan dunia siber apabila ceramahnya yang disiarkan secara langsung menerusi facebook mendapat capaian melebihi 100k.

Komen-komen positif dan negatif terus menular dari pelbagai pihak yang masing-masing terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Seorang yang menggunakan nama Halim Che Adnan membuat tuduhan kononnya 'ustaz budak' diberi habuan besar dan tidak dilayan dengan baik oleh pihak Pas.

"Cerita sebenar dapat duit dengan Huse (Husam) 30k, pah tu nak marah ko (kepada) pimpinan negeri sebab tak bagi dia mengajar di medan ilmu Kota Bharu," katanya Halim dalam status facebooknya semalam.

Bagaimanapun di laman pemuda Amanah Kelantan yang menyiarkan secara langsung ceramah beliau dipenuhi komen-komen menyokong dan memuji tindakan beliau bersama Amanah.

"Terbaik ustaz budok. Dengar dia kecek (ceramah) teringat ko (kepada) tok guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat)," kata facebooker yang menggunakan nama Sufyan Zahari.

Badri Al-Utaibi Al-Desouky pula memberi komen, " Ustaz budak bersama Amanah...Alhamdulillah."

Penyertaan dua tokoh pendakwah terkenal Kelantan ini dijangka akan memberi impak besar kepada perkembangan Amanah khususnya di Kelantan.

Ustazah Wan Norazam yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Pas satu ketika dahulu termasuk ketua penerangan muslimat Pas Kota Bharu merupakan pendakwah gigih yang amat dikenali di seluruh Kelantan.

Nama ustaz budak pula telah menjadi buah mulut masyarakat Kelantan semua peringkat dari golongan kanak-kanak hingga ke warga emas sejak sekian lama.

Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah juga menjadi penceramah selebriti di kalangan masyarakat Islam Thailand. -MD







FEATURED ADS



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.

Subhanallah.

Sebenarnya apa yang ustaz tu sampaikan merupakan satu peringatan bagi saya. Insyaallah.

Kerana Nabi saw yang buat.

Tanpa Nama berkata...

.

Kerajaan PAS tak bagi mengajar di medan ilmu Kota Bharu ?

Kalau ceramah agama nya terpesong dari ajaran Islam, dia perlu di tegur dan selamat lah kerajaan PAS dari kehinaan Allah.

Tetapi kemurkaan Allah jika apa yang di sampaikan itu ada lah benar dan sedikit pun tiada salahnya. Biarlah masuk ke neraka dari di murkai oleh Allah.

Wallahualam.

Malaysiabaru berkata...

KETAHUILAH RAKYAT JELATA

SEMUA AHALI AGAMA YANG CERDIK DAN DI BERI SINAR OLEH ALLAH AKAN TINGGALKAN PAS.

ISLAM ITU SALAMAT PAS ITU DURJANA KEHANCURAN DI LAKNAT SETIAP MAHKLUK ALLAH SEBABA APA?

SEBAB JUAL AGAMA. KEARAH JALAN NERAKA JANAHAM MELALAUI

FITNAH FATWA. PIL KUDA. ANJING BABI MENYALAK DARI BUKIT. MELABEL KAPIR . FITNAH DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI

DILAKNAT PAS SEPERTI MANA AL ARQAM DAHULU DI LAKNAT ALLAH S.W.T

TINGGAL PAS SEBELUM PAS JADI AL ARQAM. ATAU AL MAUNNAH ATAU KUMPULAN AYOH PIN.

TAHNIAH USTAZ. KAMI MERINDUI KIBLAT KAMU UNTUK BAWA KAMI MELINTASI SIRATUL MENUJU SYURGA.

SEMUA USTAZ MOHON KELUAR PAS SEGERA !!! PAS BAKAL DI BUNGKUS SENASIB ALMAHDI ABUYA ALARQAM

Tanpa Nama berkata...

Terbaik ustaz... Saya sokong...

Tanpa Nama berkata...

.

Rasa tak sedap bila di panggil Ustad Budak. Lebih manis di panggil Ustad Comel.

Bila dah berumur, masa tua dia, ada iras-iras Mat Kilau.

Sejuk mata memandang...

Jangan yang Haji satu tu.. makin tua makin menyampah . Bila Haji tu cakap kisah Nabi sepatutnya terasa 'kasih' Nabi pada umat nya.. tapi lagi menyampah di buat nya..



Tanpa Nama berkata...

wah..nampaknya hari hari akhir pas kelantan menuju kepupusan dan kemampusan semakin dekat...ustazah lagi kenal hati perut pemimpin pas kelantan.masing2 dengan agenda memasing..agenda untuk perut dan bawah perut..INI KALILAH! AMANAH perintah kelantan.InshaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Dia pegi ziarah musuh dia dgn harapan agar musuh tu kembali kpd Islam..ikut sunnah yg nabi lakukan ke atas si kafir tersebut...

Halim Saufi berkata...

Ustaz budak apa dah besar panjang dah ni

Tanpa Nama berkata...

Takbir..Allahuakbar..hanya tinggal yg x berakal dlm pigs sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Haji mana tu..aku memang dah lama menyampah..muka x ada nur langsung..

Tanpa Nama berkata...

USTAZ BUDAK TAPI TUA DAN MATANG PEMIKIRANNYA..

ADA TU USTAZ TUA BANGKA DAH TAPI MASIH BUDAK2 AKALNYA... SUKA SEBUT BABI DLM BUKIT.. ANJING NYALAK..BARUA..DLL.

elok bg ust tua tu gelaran ustaz black metal....nampak ganas persembahannya

Tanpa Nama berkata...


Dulu sokong Pas, tapi ku tinggalkan
Bila pemimpin dah hilang pedoman
Parti penyamun nak dijadikan rakan
Pada Amahah ku sandarkan perjuangan

PAN serpihan DAP anti islam
Hadi Dan Najib berpakaian sedondon
Agama dijaja siang dan malam
MO1 menyamun nak 4 saksilah konon


Kepada semua rakan perjuangan,

Kita rapatkan lagi barisan serangan kita untuk menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO dengan apa jua cara sekali pun kerana ia dikira jihad.

Mulakan dengan diri kita, keluarga kita, teman rapat kita dan orang yang kita kenali...bisikkan kepada mereka PEMIMPIN MELAYU ISLAM kita MENCURI DUIT RAKYAT,

Semoga pada PRU-14, Allah perkenankan doa rakyat MALAYSIA untuk menukar kepada kerajaan yang baru....amin!


AsalkanBukanUMNO



matakanan berkata...

Para pejuang islam banyak jalan untuk kita menegakkan ajaran islam, ada dengan cara persendirian, ngo, kumpulan dakwah dan lain lain serta berparti bagi negara demokrasi. PAS adalah parti bukan semestinya berjuang menegakkan islam selain berada didalam PAS itu tidak islam atau keluar parti pas bukan terkeluar nya islam malahan lagi elok kalau di lihat dari keadaan sekarang kerana banyak ustaz dan ulama dari pas sudah lari dari ciri ciri orang yang menegakkan ajaran islam yang di bawa oleh rasulullah.
Kebanyakan mereka menafsirkan ayat ayat al quran dan hadis mengikut kehendak selera hati masing masing, bercakap banyak kepada kebusukan hanya bersandarkan pada pakaian sahaja.
Bebeza dengan ulama dan ustaz sejati walaupun pahit mereka tetap bercakap benar, tidak kisah di hina di maki demi kebenaran ajaran islam seperti mana ustaz budak dan lain lain ustaz yang tulen.
Bukan parti pas sahaja membawa perwatakan islam. Parti AMANAH pun membawa perjuangan islam rahmat sekelian alam, Islam tidak hanya pada gaya berpakaian.Islam dari HATI YANG CUCI

Tanpa Nama berkata...

Post kena elok jangan maki hamun tunjukkan akhlak islam...