3 Dis 2014

[VIDEO] Gadis Dicabul, Penumpang Lain Diam Diri


.Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.












Mashitah Memutar Lidah Apabila Kena Hentam Isu Artis Berhijrah


Tiada niat menghina artis berhijrah, kata Mashitah Ibrahim

Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.

“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.

Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.

Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: "Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, 'rockers', kemudian masuk PAS, celaru keadaan!”

"Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz."

Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.

Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.

Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.

“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.

“Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.

Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.

“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat... Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.

Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: "Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama." -TMI




Ustaz ekspres': Abby Abadi Bidas Mashitah

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain. "PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi.
-HD










Minta Habuan Seks Untuk Lulus Rumah PPRT, Pegawai LKWK Dihadap Ke Mahkamah

Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 Nov lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 Nov lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh, yang diwakili peguam Amir Faliq Mohd Jamil, mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin.

BERITA SEBELUM INI


SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda

Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.

Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.

Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.

"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu.

Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.

Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.

Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks.










2 Dis 2014

Akta Hasutan Dikekalkan Untuk Kepentingan UMNO BN


Akta Hasutan hanya kepada yang menentang BN atau UMNO - DAP

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan adalah taktik UMNO untuk digunakan kepada mereka yang menentang parti Barisan Nasional atau UMNO sendiri.

Demikian kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, pada Ahad.

Kata Lim, jika benar ingin memperkasakan Akta Hasutan seperti yang diutarakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini, ia perlulah dilakukan dengan adil.

“Jika Akta Hasutan diadakan untuk menjaga keselamatan negara, ia perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Jangan hanya digunakan ke atas mereka yang menentang BN atau UMNO” katanya.

Lim mendakwa bahawa beberapa fitnah dan tuduhan yang pernah dilakukan oleh ahli tertinggi UMNO kepada masyarakat Cina sebelum ini tidak pula ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Perkara ini boleh menyebabkan keselamatan kita terancam dan tergugat oleh UMNO.

Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri” katanya.

Sehubungan dengan itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd yang didakwa telah melakukan hasutan, hinaan dan fitnah ke atas masyarakat Cina di Pulau Pinang.

“Satu pembohongan, fitnah dan hasutan telah dilakukan oleh Mohd Zaidi dengan mengatakan bahawa kekuatan politik dan ekonomi rakyat cina di Pulau Pinang adalah datang daripada aktiviti haram seperti perjudian, pelacuran dan kelab hiburan” kata Lim yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menguatkan lagi hujahnya, Lim berkata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah menafikan wujudnya aktiviti haram yang didakwa Mohd Zaidi di Pulau Pinang.

Abdul Rahim katanya turut menegaskan bahawa sehingga akhir bulan lepas pihak polis telah mengumumkan bahawa negeri tersebut sifar dari mesin judi.

“Walaupun, laporan polis ini mungkin tidak akan diendahkan oleh kerajaan persekutuan tetapi ia perlu dibuat demi menjaga maruah rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat cina yang telah dihina” katanya. -astroawani





[BERGAMBAR] Malang Tak Berbau: Lelaki Maut Tersepit Antara Van Dan Tembok


Melaka: Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit di Lobi Utama, Bangunan Majlis Agama Islam Melaka di sini, lewat petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang dikenali sebagai Norazam Abd Razak, 43, dipercayai menghidupkan enjin sebuah van ketika berada di bahagian pintu pemandu tanpa menyedari gear kenderaan itu bukan dalam keadaan neutral.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, van yang dihidupkan itu kemudian terlajak lalu mengakibatkan mangsa tersepit antara pintu van dan tembok berhampiran.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera di bahagian dada dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang wanita Azyati Jamaludin, 22, maut setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Udang di sini, pukul 5.10 petang semalam.

Shaikh Abdul Adzis berkata mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Tanjung Kling dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan itu.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -mstar


Pekerja am MAIM maut tersepit


MELAKA 30 Nov. – Malang tidak berbau apabila seorang pembantu am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) maut akibat tersepit antara van dipandunya dengan dinding bangunan Kompleks MAIM, Bukit Palah di sini petang semalam.

Norazam Abd. Razak maut selepas tersepit antara van dan dinding bangunan Kompleks MAIM di Bukit Palah, Melaka, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Norazam Abd. Razak, 43, dari Kampung Sempang Pantai, Merlimau di sini mening­gal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada.

Menurut jurucakap polis, sebelum kejadian, mangsa dikatakan hendak memasuki van jenis Ford Econovan itu yang sedang diletakkan di depan lobi utama bangunan berkenaan.

“Mangsa yang masih berdiri di bahagian pintu kenderaan itu kemudian telah menghidupkan enjin yang belum dikosongkan gearnya, lalu menyebabkan van itu bergerak ke hadapan.

“Van itu terlajak dan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri turut diheret sama ke hadapan hingga kenderaan itu berlanggar dan bergesel dengan dinding lobi bangunan tersebut,” jelas jurucakap polis itu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada dan terus dibawa ke Hospital Melaka tidak jauh dari kompleks itu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


ULASAN GB











1 Dis 2014

Bengang Dituduh Bangang, Blogger UMNO Pula Kata Najib Yang Bangang!


Tulisan ini merujukkan kepada laporan kekesalan presiden Umno terhadap “bloggers” pro Umno yang dikatakan menghentam Umno serta kepimpinan Umno dan dalam masa yang sama – mengakui “bloggers” Umno dibayar untuk tujuan mempertahankan Umno dan mempertingkatkan partisipasi penyokong Umno dalam media alternatif dan media sosial.

Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di bawah dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014. Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif.

Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar.

Artikel saya sebelum ini turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan.

Namun – tidak salah kalau dikatakan “dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang”.

Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri.

Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk “bloggers handalan” Umno.

Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno.

Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi “blogger” Umno mahu menjadi “blogger” nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca.

Justeru itu “blogger Umno” berusaha mensensasikan isu – bagi galakan untuk pembaca hadir ke laman mereka – malangnya kualiti yang ada tidak menepati – usaha mendominasi pembaca secara kritikal, gagal.

Terlampau banyak “blogger Umno” yang bertindak semata-mata untuk menepati bukan sahaja kehendak Umno tetapi kehendak “political master” tersendiri.

Ada kumpulan “bloggers Umno” yang diurus mengikut teknik memandai-mandai – kepimpinan yang memegang kekuatan wang untuk semua menuruti kehendaknya dengan metodologi pertempuran yang ortodoks – dilakukan 16 tahun lalu pembangkang.

Mereka tidak mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan mengurus persepsi dan tidak terurus dalam mainan media maya.

Kepimpinan bloggers ini – amat asyik dalam menyampaikan kicauan-kicauan yang menyeronokkan kepimpinan Umno khususnya presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia dan akhirnya presiden Umno dibangangkan kepimpinan bloggers itu sendiri.

Banyak yang perlu dipelajari mereka – banyak teguran dibuat kepada kepimpinan yang diberi pertanggungjawaban untuk mengendali “bloggers Umno” namun seperti biasa – dalam Umno – teguran adalah pengkhianatan kepada mereka yang akhirnya di ketepikan.br>
Tidak ada teguran sampai kepada Najib sehingga Umno tersasar dalam mainan media yang akhirnya merugikan Umno.

Ada ramai blogger Umno di peringkat bawahan sedar apa yang sebenarnya berlaku – namun untuk melakukan perang saraf menyeluruh adalah mustahil kerana cadangan dan pendapat mereka tidak akan sampai ke pucuk kepimpinan.

Akhirnya “pengamal laman media sosial Umno” tersasar dengan seronoknya – melakukan tindakan yang sekadar menceriakan ruangan maya tetapi tidak memberi kesan besar kepada mendominasi pemikiran pembaca.

Banyak isu yang boleh menjadi kekuatan kepada Umno – untuk terus mendedahkan perkara-perkara yang mampu memberi Umno loncatan politik, tapi malang ia berlalu begitu sahaja kerana urusan perang siber ini diurus pengamal politik tegar yang mahu melihat keberuntungan terhadap politik diri dahulu.

Najib – harus mula keluar dari kepompong yang ada – satu desakan dari bawahan pula setelah beliau sering mendesak yang lain untuk keluar dari kepompongan minda yang tersekat.

Buat pendekatan untuk patah semula – melihat kekurangan dan melihat semula jalan yang perlu diambil untuk memperkukuhkan media sosial dan media alternatif yang ada.

Bagi saya kedua-dua definisi ini juga kalut difahami kepimpinan Umno yang bertanggungjawab dalam melahirkan gerakan memerangi media pembangkang. Najib harus keluar dari menurunkan mandat kepada politikus yang terlampau sibuk dalam menjalankan urusan seharian dan sepatutnya melihat perkembangan laman media sosial dan alternatif dari sudut berbeza – bukan sahaja menggunakan KPI atas ranking dan jumlah lawatan.

Perebutan siapa popular tidak akan ada makna sekiranya ia tidak membantu memberi penerangan yang sepatutnya dan langkah untuk terus mendominasi minda.

Najib juga harus melihat sama ada hanya media alternatif dan sosial sahaja yang sebenarnya menjayakan kejayaan kepada pembangkang – apakah faktor-faktor konklusif lain yang membantu dan menyeluruh kan perjuangan bagi Umno untuk terus menjadi relevan.

Hari ini Najib berang dengan menggunakan – “bangang” ke atas bloggers Umno. Sebaliknya adakah Najib sanggup menerima kenyataan kalau dikatakan – Najib dibangangkan mereka yang tidak melaporkan keadaan sebenarnya.

Mungkin tulisan ini serta lain-lain penulisan seumpamanya, yang sedar kesilapan yang ada turut tidak disampaikan kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia.

Siapa lebih bangang. Mungkin Umno perlu – kepimpinan tertinggi Umno mula mendengar suara di luar kotak dahulu, membuat pengiraan semula , berpatah balik serta evaluasi semula – dalam keadaan masa yang masih ada sungguh pun sedikit.

Mungkin kesedaran perlu ada dan Najib harus memulakan langkah untuk mendengar semua pandangan – sebelum terikat dengan mem-bangang-kan keseluruhan industri bloggers yang wujud dalam Umno. Jangan sampai akhirnya – semuanya jatuh bangang dan bengang terhadap Umno.
~ Anuar Mohd Nor

Di mata Najib, blogger pro-Umno serang Umno ‘bangang’

Antara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah apabila beliau mengatakan blogger pro-Umno yang menyerang kembali parti Melayu itu sebagai “bangang”.

Menurut presiden Umno itu, blogger-blogger ini seharusnya memfokuskan serangan kepada parti-parti pembangkang kerana mereka harus ingat siapa yang membiayai mereka.

“Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.

“Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Selain menyerang kembali blogger-blogger yang mengkritik Umno ini, Najib sebenarnya secara tidak langsung memberikan pendedahan terbuka partinya membiayai kumpulan ini.

Sekian lama blogger-blogger pro-Umno ini menafikan mereka dibiayai (walaupun sudah menjadi rahsia terbuka) untuk mempertahankan kerajaan daripada serangan di media sosial, ucapan Najib semalam secara tidak langsung memberi “peluru” untuk golongan ini diserang di media sosial.

“Pecah tembelang....“Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” BANGANG... BANGANG... BANGANG... BANGANG... HA HA HA,” tulis pengguna Facebook bernama Kassim Baba.

Sementara pengguna Facebook Mat Indra pula menulis: “Hahaha blogger Umno cari makan rupanya... upah tak cukuplah tu Datuk Najib. Up lah sikit.”

“MasyaAllah londeh aib sendiri akhirnya! Ingatkan cerdik... kalau ye pun, PM jangan londeh dalam perhimpunan agong yang semua orang tengok! Mak aii... ingat lepas ni lagi ganas pula blogger serang balas! Hehehe,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Biaq Betoi.

Di Twitter @AbdMalekHusin menulis: “Bukan kita yang kata, Presiden Umno yang kata, "Blogger Umno bangang!" ♫ Beginilah nasib diriku yang malang... oh Tuhan ♫.”

“Sebelum tidur nak peringat sekali lagi ye 'Blogger pro-Umno ni BANGANG!!' - kata #NajibRazak . Selamat malam,” tulis @RoslanKz di Twitter.

Dari segi sejarahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mula memfokuskan untuk mempunyai pasukan bloggers selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana merasakan mereka hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila meninggalkan dunia siber.

Selepas itu, selain mempunyai pasukan bloggers, pimpinan-pimpinan Umno dan BN juga mula membuka blog kerana kepercayaan mereka akan mendapat sedikit “saham” sokongan daripada pengguna Internet yang sebelum ini hanya dimanfaatkan pemimpin pembangkang.

Namun keputusan PRU13 menunjukkan sebaliknya, BN hilang majoriti lebih besar apabila hanya berjaya memenangi 133 kerusi Dewan Rakyat berbanding 140 kerusi pada PRU12.

Lebih parah lagi, buat pertama kalinya BN kehilangan undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mempunyai pasukan bloggers yang besar tidak memberi kelebihan kepada BN. Apa lagi ketika PRU13, blog sudah tidak lagi relevan berbanding Facebook, Twitter dan YouTube.

Dan blogger upahan tidak mempunyai semangat juang tinggi berbanding yang berjuang kerana kepercayaan mereka. Blogger upahan tidak akan bekerja jika upah tidak turun.

Mungkin sudah sampai masanya Umno berhenti membuat pembaziran membayar bloggers yang tidak banyak membantu mereka memenangi pilihan raya.

Lebih baik Umno berubah mengikut peredaran zaman.

Umno mula ditinggalkan hari ini kerana golongan tua sudah mula pupus dan golongan muda semakin maju pemikiran mereka.

Mana-mana parti sekalipun jika tidak mengikut peredaran zaman sudah pasti akan ditinggalkan kerana dianggap “bangang” oleh masyarakat.
– Amin Iskandar/TMI


ULASAN GB

GB dah ulas semalam, petikan:

Terungkap dan terbongkar satu rahsia besar: BAHAWA blogger-blogger macai UMNO ini dibayar. Kenyataan Najib di atas telah mengesahkannya.

Akhirnya Najib bengang lantas menuduh mmacai-macai itu BANGANG.

Sebenarnya, Najiblah dan sekalian pemimpin UMNO sama bangangnya, mengupah si bangang sebagai macai... demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan...







[VIDEO] Saintis Sahkan Kebenaran Al-Quran: Semut Pun Bercakap

Antara kisah-kisah yang menarik dalam al-Quran ialah kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Kisah ini direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.

[27:15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

[27:16]
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".

[27:17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[27:18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

[27:19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.


The Ants Are Talking

If you want to survive as an ant, you'd better get ready to make some noise. A new study shows that even ant pupae—a stage between larvae and adult—can communicate via sound, and that this communication can be crucial to their survival.

"What's very cool about this paper is that researchers have shown for the first time that pupae do, in fact, make some sort of a sound," says Phil DeVries, an entomologist at the University of New Orleans in Louisiana who was not involved in the study. "This was a very clever piece of natural history and science."

Scientists have known for decades that ants use a variety of small chemicals known as pheromones to communicate. Perhaps the most classic example is the trail of pheromones the insects place as they walk. Those behind them follow this trail, leading to long lines of ants marching one by one. However, the insects also use pheromones to identify which nest an ant is from and its social status in that nest. Because this chemical communication is so prevalent and complex, researchers long believed that this was the primary way ants shared information.

However, several years ago, researchers began to notice that adults in some ant genuses, such as Myrmica, which contains more than 200 diverse species found across Europe and Asia, made noise. These types of ants have a specialized spike along their abdomen that they stroke with one of their hind legs, similar to dragging the teeth of a comb along the edge of a table. Preliminary studies seemed to indicate that this noise served primarily as an emergency beacon, allowing the ants to shout for help when being threatened by a predator.

Larvae and young pupae have soft outer skeletons, which means their specialized spikes haven't yet formed and they can't make noise. However, as the pupae mature, their covering hardens into a tough exoskeleton like that found in adult ants. These older pupae do have fully functional spikes but were generally thought to be silent.
-sciencemag.prg












30 Nov 2014

Najib Bengang Blogger UMNO Bangang, Akui Biaya Mereka


B logger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam.

Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam.

“Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar?

“Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya. –TMI

ULASAN GB

Terungkap dan terbongkar satu rahsia besar: BAHAWA blogger-blogger macai UMNO ini dibayar. Kenyataan Najib di atas telah mengesahkannya.

Akhirnya Najib bengang lantas menuduh mmacai-macai itu BANGANG.

Sebenarnya, Najiblah dan sekalian pemimpin UMNO sama bangangnya, mengupah si bangang sebagai macai... demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan...





[BERGAMBAR] "Patutlah Abg Asyik Kata kereta Rosak... Ke Situ Rupanya Dia..."


Inilah Pomen Kereta Yang Paling 'Bersih' & 'Cun Melecun' Di Malaysia (13 Gambar). Jom Rosakkan Kereta!

Kebiasaannya apabila bila berkunjung ke bengkel-bengkel kereta, keseluruhan atau 100% pekerjanya adalah kaum lelaki. Tetapi tidak bagi sebuah bengkel kereta yang terletak di Bangi ini.

German Auto Garage, yang bertapak di Bangi, menggunakan khidmat seorang wanita sebagai pomen di bengkel mereka.

"Wanita sebagai pomen? Biar betul bro?"

Jarang-jarang kita nak jumpa wanita yang sanggup bekerja di bengkel, lebih-lebih lagi bermain dengan kotoran 'jentera' kesayangan lelaki ini.

Antara gambar² yang pastinya akan membuat ramai lelaki terdiam, terkaget, terkejung seketika melihat pomen wanita yang sangat cantik. Rasanya, kalau kereta tak rosak pun, ramai yang akan datang servis kereta kalau dah begini pomennya oi.

"Hahahahaha!" -mymediahub









29 Nov 2014

Mashitah Patut Ditahan & Disiasat Di Bawah Akta Hasutan


DAP buat laporan polis terhadap Mashitah

DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang.

"Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.

Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.

Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan.

Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.

Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman.

Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. -mk

ULASAN GB

Sepatutnya, Mashitah Ibrahim menjadi orang pertama yang perlu ditahan di bawah Akta Hasutan setelah ianya dikekalkan oleh Najib kerana mengeluarkan kenyataan yang benar-benar bersifat "menghasut".

Semua orang tahu bahawa kes bakar (koyak?) Al-Quran di Pulau Pinang itu adalah angkara seorang Melayu yang tidak siuman.

Tiba-tiba Mashitah menuduh ia dilakukan orang Cina di dalam upacara sembahyangnya.

Polis perlu adil dan saksama di dalam menjalankan siasatan dan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Mashitah. Jangan pilih kasih dan pilih bulu.







[VIDEO] Najib Tunduk Kepada Golongan Ektremis Dalam UMNO


Mujahid: Bagaimana pula pada 2014, Akta Hasutan jadi relevan?

Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Mujahid Yusof Rawa kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

"Saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tersebut," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS.

Katanya, pada 11 Julai 2012, Najib yang juga presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven.

"Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?" soal Dr Mujahid dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, MKPN dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, telah diminta oleh JPM untuk memberi input kepada undang undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.

Jawatankuasa tersebut, tegasnya, telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan.

Bahkan, kata Mujahid, draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, presiden Umno telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah ini perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.

"Secara substantif, Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah dan terdedah kepada salahguna kepada maksud menghasut dan mengancam, sedangkan akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara," tegas Mujahid.

Katanya, dalam muktamarnya yang lalu, PAS turut meluluskan usul sebulat suara supaya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk memelihara kepentingan keharmonian nasional.

"Ternyata dengan pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri ini membuktikan beliau adalah seorang tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan yang telah diikrarkannya sebelum ini.

"Lebih malang, apakah perdana menteri telah tunduk kepada golongan ektrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?" katanya.


Akta Hasutan: Janji adalah komitmen, kata Majlis Peguam kepada Najib

Majlis Peguam mengingatkan Datuk Seri Najib Razak hari ini, janji kepada rakyat ialah komitmen yang kukuh, susulan keputusan perdana menteri itu berhubung penarikan semula janjinya pada 2012 bagi menghapuskan Akta Hasutan.

Bertujuan memastikan Najib bertanggungjawab terhadap ikrarnya, Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, satu janji menandakan wujud satu komitmen melaksanakan sesuatu perkara walau bagaimana susah sekalipun.

“Majlis Peguam sangat kecewa perdana menteri dilaporkan berkata Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan, dan beliau tidak akan menepati janjinya berhubung perkara itu.

“Seperti yang kita biasa faham, janji ialah satu komitmen melaksanakan sesuatu walaupun dalam keadaan yang sukar, bukan hanya sekiranya ia mudah dilakukan,” kata Leong dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) lain juga akan seumpama itu berpatah balik dengan kenyataan mereka dan menyokong Najib dalam melindungi undang-undang era penjajah itu.

“Adakah pemimpin negara kita yang lain turut memungkiri pendirian mereka yang dinyatakan secara umum menentang Akta Hasutan?

“Adakah mereka akan mengambil pilihan mudah atau sebaliknya melakukan perkara yang betul?

“Majlis Peguam menyeru kerajaan menunaikan janjinya memansuhkan Akta Hasutan, dan merangka satu undang-undang baru keharmonian nasional yang menganjurkan kepada keharmonian dan kedamaian yang tulen,” katanya.
-TMI













28 Nov 2014

[KISAH LUCU] Pelancong Jepun Yang Terkejut Lihat Burger Benjo Di Malaysia


Kisah seorang pelancong dari jepun yang menceritakan kembali ketika beliau berada di bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.

Beliau menceritakan, di suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. Memandangkan beliau terbang melakukan perjalan ke Malaysia khusus untuk pengalaman yang eksotik, jadi beliau memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. Walau bagaimanapun, beliau tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku.

Perkataan itu ialah "Benjo". "Benjo" bermaksud "Toilet" di Jepun, jadi beliau bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan "Benjo" apa yang beliau lihat di papan iklan itu. Ya, ia sememangnya "Benjo". Harganya adalah 1.80 ringgit Malaysia (kira-kira AS $ 0.60), kira-kira separuh harga hamburger mereka. Beliau tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka. Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka. Beliau berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada beliau perlu bersusah payah mencari jawapan itu.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, "Satu Benjo, sila", kata beliau. Bukan menjawab dengan jangkaan, beliau menceritakan bagaimana telur "Benjo" dibuat di dalam acuan cincin di panggangan, ditambah beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal. Akhirnya, "Benjo" diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya, Jelas beliau.


Di akhir cerita, beliau mengatakan "Anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara di Malaysia. Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan "Benjo" (dalam bahasa jepun " tandas") untuk menggunakan bilik air, seseorang mungkin membuat anda menunggu dan kemudian memberikan anda sandwich telur hangat. -penamerah









[VIDEO] Akta Hasutan, Najib Mungkir Janji Untuk Raih Populariti Dalam UMNO


Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat,"
katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HD


Najib tidak tunai janji

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, jika melihat kepada rekod terdahulu, Najib telah berjanji beberapa kali menjelang pilihan raya untuk memansuhkan akta tersebut.

“Saya kira rakyat akan melihat watak sebenar Perdana Menteri yang membuat janji hanya untuk meraih sokongan daripada pengundi menjelang pilihan raya. Dan tidak ada keberanian dan kesungguhan untuk melakukan tranformasi yang telah dinyatakan oleh beliau,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Shah Alam hari ini.

Hari ini, Najib mengumumkan akan mengekalkan akta tersebut, malah dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Mengulas lanjut, Azmin yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata, melindungi kesucian Islam bukan dengan menggunakan peruntukan zalim yang tidak mempunyai kebebasan dan moral.

“Islam merupakan agama suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan menggunakan akta yang zalim seperti ini untuk mengekang kebebasan rakyat di negara ini,” ujarnya.
-FMT















27 Nov 2014

Jika Tak Rugi Bersama PR, Kenapa Gantung Dua YB Itu?


PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.

"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.

"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.

Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.

"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.

Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.

Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.

Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.

Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.

"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."

Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.

"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.

Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.

"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.

"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.

"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. -TMI

ULASAN GB

Kalau tak rugi bersama Pakatan Rakyat, mengapa digantung keahlian dua YB yang bertindak menyokong keputusan PR?

Bukankah tindakan dua YB itu (YB Shaari dan YB Hasnul) itu adalah betul manakala keputusan MSU & Presiden salah jika berdasarkan kenyataan TITM di atas?

Ada yang berkata mereka berdua itu laju sangat sehingga mendahului pimpinan tertinggi.

Dah kalau keputusan pimpinan itu lembab sehingga berpusing-pusing membuat U-turn berkali-kali sehingga nak masuk sungai bukankah wajar kedua-duanya yang sedar mengambil keputusan sendiri demi untuk menyelamatkan jemaah?

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan dan dari kenyataan TITM di atas jelas menunjukkan tindakan kedua ADUN berkenaan adalah BENAR dan tindakan Presiden & MSU adalah SALAH!.











Astaghfirullah.. Tergamak Dia Buang Bayi & Letak Dalam Almari Masjid...


Ledang: Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja am terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memeriksanya.

Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu. -HM