30 Nov 2014

Najib Bengang Blogger UMNO Bangang, Akui Biaya Mereka


B logger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam.

Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam.

“Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar?

“Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya. –TMI

ULASAN GB

Terungkap dan terbongkar satu rahsia besar: BAHAWA blogger-blogger macai UMNO ini dibayar. Kenyataan Najib di atas telah mengesahkannya.

Akhirnya Najib bengang lantas menuduh mmacai-macai itu BANGANG.

Sebenarnya, Najiblah dan sekalian pemimpin UMNO sama bangangnya, mengupah si bangang sebagai macai... demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan...





6 ulasan:

Awanama berkata...

ada bayaran blogger buat keje

tke bayaran blogger makan tuan dia balik.

begitulah blogger umno yg bertaraf hantu raya.

jgn salahkan mereka, umno yg ajar berjuang makan upah.

tapi sebaik2nya blogger umno hentam je umno ni sebb mereka memang menyusahkan rakyat.

ingat anak cucu kamu dikemudian hari yg semakin terhimpit hidup mereka kerana sokongan kamu kpd umno hari ini dgn upah tk seberapa

Amuraria berkata...

barua-barua paria macai umngok pengkhianat dapat duit dari gerombolan parti karat biru tapi lupa ka umnporno dapat duit dari mana ? duit rakyat duit kita daa samdol betul bayar guna duit rakyat penyamun@penyangak ni semua ! ABU !

Anti Fitnah berkata...

Teringat aku akan ucapan Ketua Bahagian Permatang Pauh bahawa orang Cina berjaya dengan menjalani perniagaan haram seperti judi dan pelacuran. Sedarkah "dia" semasa berkata sedemikian? Bukankah yang meluluskan lesen perjudian itu orang Melayu? Bukankah yang meluluskan lesen hiburan itu orang Melayu? ...
Orang Melayu mulia seba memberi lesen dan hinanya orang Cina keran menjalankan perniagaan haram pada agama Islam ... Satu persoalan ialah Cina tu Islam tak dan bukankah Melayu itu Islam?
Yang meluluskan lesen kepada orang bukan Islam ialah Islam?
Yang mengutuk orang Cina tu buat apa? Sepatutnya kutuklah orang Melayu "Islam" yang meluluskan lesen tu?
Mencegah bukankah lebih baik daripada megubati? Siapa petualang sebenarnya dalam hal ini? Orang yang dituduh atau orang yang menuduh?
Melayu tak akan faham sebab terpengaruh dengan keMelayuannya dan bukan dengan keWarasan fikirannya.

Awanama berkata...

Umno membahalol kan bangsa , bukan salah blogger tengok pada siapa kepala nya.

Budah 1Bahalol !!!

Awanama berkata...

Bajet banyak lari ke media sosial baru la tuuu....Budak2 permata, kemas dan pra sekolah kan dapat 711 juta...sepatutnya mesti macam2 ada kat pusat pendidikan pra sekolah kita...tapi budak masuk sk pun ada yg buta huruf dan ilmu hisab lagi...yg kesian sampai tua ganyut buta huruf...kahkahkah...

Awanama berkata...

Simpan elok2 kenyataan najib tu sbg bukti blogger2 tu dibayar. Jgn nk nafi lagi.

print screen dan simpan.

Yg najib pulak nk bagi nmpak mcm negara islam di mata manusia jadi diusahakan index syariah bukan ikhlas nk laksanakan pemerintahan mengikut syariah.

Atas dunia bolehlah kamu hipokrit nk please somebody. Allah maha mengetahui walaupun lintasan hati.