9 Okt 2016

Hadi: Jika Kita Berperang Dengan UMNO, Bukan Islam Akan Memerintah...

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa "Kalau kita berperang dengan Umno, orang bukan Islam akan perintah negeri ini".

Beliau berkata demikian di dalam satu Majlis Dialog RUU 355 di Rusila yang diadakan pada pertengahan bulan September lalu.

Turut bersama Haji Hadi di dalam majlis Dialog berkenaan ialah YB. Dato' Dr. Fadzli Bin Dato' Haji Hassan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bin Bahri.


Haji Hadi menjelaskan mudharat lebih besar jika UMNO kalah dan ini akan membolehkan kaum bukan Islam memerintah.

Video ucapannya itu telah tersebar luas di media sosial.

Ramai beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu menjelaskan mengapa PAS kini mengubah dasarnya untuk berbaik dengan UMNO dan ia sebagai penerusan dan kesinambungan agenda "Kerajaan Perpaduan" yang pernah dicadangkannya semasa era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataan Hj Hadi itu amat bercanggah samasekali dengan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini terutama sewaktu PAS bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat.

Beliau pernah menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.

Beliau berkata demikian di dalam satu ucapannya di Pulau Bahagia pada 18 Februari 2013.

“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.

Kenyataan Haji Hadi yang pernah menimbulkan kontroversi besar ialah pada 7 April 1981 di Banggol Peradong Kuala Terengganu dimana lahirnya apa yang dikatakan AMANAT HADI yang antara lainnya menyebut:

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka."

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Berdasarkan rentetan itu dengan perkembangan semasa, ternyata sikap Haji Hadi sudah jauh berbeza dan tidak istiqamah di dalam menentang kezaliman UMNO.

Ramai ahli-ahli PAS turut terpinga-pinga dengan sikap Haji Hadi yang kerap membuat pusingan U (u-turn) sehingga akhirnya ahli-ahli PAS sendiri kebingungan dan ramai diantaranya mengambil langkah meninggalkan parti itu. -Greenboc







FEATURED ADS


43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi baru tahu ke, dah lama dia kafirkan umno. Tapi fatwa umno islam belum lagi. Pas kelantan yg jatuhkan umno kafir, hj hadi kalahkan umno dulu pun kafir la sekejap

Tanpa Nama berkata...

bohong tu dosa , cuma hang seekor sahaja kebal dr sebarang dosa . syabas permainkan status ugama .

Tanpa Nama berkata...

Masih ada lg ahli atau penyokong pas yg tak percaya hj hadi cenderung utk berbaik dan bekerjasama dgn umno?

Tanpa Nama berkata...

Berapa punya banyak U-Turn daaaaaa........??
Kita pun dah letih tengok asik U-Turn berkali-kali.....hadoiiiii!!

Tanpa Nama berkata...

Racist extremist + religion fanatics tengah main api.

Manussia ni Beragama apa?

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin bergantung kepada maklumat orang bawahan.

Kalau orang bawahan berbelit atau tak cerdik atu buat2 tak cerdik(tapi masyuk) jadilah serupa hamno.

Banyak ustaz2 nampak hebat kehidupannya walaupun Islam suruh bersederhana. Dah jarang dengar ustaz2 terutama yg berpolitik tegur hamno kecuali segelintir je yg lawan arus. Biasanya mereka ni susah cari makan di dunia ni.

Sokong parti lain. Bukan satu parti je ada ustaz.

omar daud berkata...

Salam;

Bagaimana agaknya pada tahun 1981,bila Hadi dan/PAS berlawan dgn umno,siap berjihad lagi,mati jika melawan umno,mati sahid.Peristiwa memali,adalah satu contoh yg ketara lahir daripada statementnya.Pada ketika itu umno,yg dibarisi oleh DSAI,cuba melakukan sesuatu untuk islam.Pemulaan 'Bersih,Cekap,Amanah'.Hasilnya cukup memberangsangkan,penerapan nilai2 islam,yg membawa negara kemercu kejayaan,harga barang yg murah,saham naik dan pelbagai lagi kebaikkan.DSAI,ketika itu,tiadapun mengunakan,'THUGS' ataupun cuba menfitnahkan Hadi untuk masuk penjara,malah DSAI,BERBAIK-BAIk DGN tgna dan ustaz fadhil noor.

PELIK lagi Ajaib,Bila umno diterajui oleh,'SAMSENG,Perompak,dan pelbagai lagi yg menyusahkan rakyat',Hadi/pas,tiba2 membelanya.

Nampak sangat,'Islam double standard dibawa oleh Hadi/pas ni',seolah-olah 'IRI-HATI'Hadi terhadap DSAI,berterusan,sehingga DSAI ,merengkok di penjara.Sepatutnya,DSAIlah yg patut di BELAnya.

Hadi betul2 mengunakan Agama/bangsa,demi mencapai 'KEMULIAAN DUNIA'.

SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

Dah dapat RM 90.0 juta,tahi Najib dan Rosmah dah mula jadi wangi bagi Haji Hadi .

Tanpa Nama berkata...

Kami kapir yang jahat yang bodoh yang kecil hati telah banyak belajar drpd ulama Agama parti pas yang suci mulia, yang besar hati yang berilmu tinggi.

Terima kasih keiada pas dan ulama agama pas yang suci mulia

Kepada semua kapir, kalau nak beragama sila rujuk kemulian ulama pas.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Tuang presideng suka cakap tak serupa bikin. Lebai munafik penjual agama.

GB, Bersih 5 nnt fokus utama pd isu persempadanan pru, penyelewengan SPR di samping isu2 rasuah dan beri tekanan pd najib berundur.

Tanpa Nama berkata...

elok nya amanat hj hadi di tulis atas 3 keping kertas kuning dengan tulisan cina dan tampilkan kat dahi dia.. biar dia jalan terlompat-lompat.

persempadanan semula tu apa guna.. tak yakin ke dengan persempadanan semula melayu boleh menang dan terus memerintah. kenapa terus buat dosa ?

Tanpa Nama berkata...

Orang makin tahu kencing haji hadi...

Tanpa Nama berkata...

Ini gaya cakap orang tercekik dedak, kalau 'ulamak' makan benda 'haram" ginilah jadinya.
Janji ada masyuk....peduli apa dengan walaun.

Tanpa Nama berkata...

ada walaun guna ayat al-Quran "Wahai org2 yg beriman, jgnlah kamu ambil pemimpin2 yg menjadikan agama sbg ejekan..."

rupa2nya ayat tu terkena pd diri mrk sendiri...

skrg org ejek hadi dan Islam yg dibawanya...

hudud.... oOOolOoOOo hudud.... dimanakah dikau?

syyyy... diam2... aku ruu 355 yg bertopengkan hudud...

kecian deng...

apa2 pun ding ayam menantu abah ttp selesa diselangor...

sbb tu pas halal bersama DAP diselangor...

SILA SENARAIKAN DLM BLOG MACAI2 AZMIN SUPAYA RAKYAT TIDAK UNDI MRK...

Tanpa Nama berkata...

anom 7;22

sepatutnya ayat2 walun seperti di bawah

ada walaun guna ayat al-Quran "Wahai org2 yg BERPAS, jgnlah kamu ambil pemimpin2 yg menjadikan agama sbg ejekan..."

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana org kapir boleh memerintah negeri ganu? Kalau umno/pas kalah...AMANAH yg menang. So..kat mana plak parti kapir? Bukan ke amanah tu parti islam mcm pas. Cuma amanah tak sebebal parti pas...!!

Iskk isk...

Tanpa Nama berkata...

Apakah sikap sebenar TGHH terhadap pendudukan tentera laut Republik Rakyat China di pulau-pulau di Laut China Selatan serta dakwaan pemimpin Republik Rakyat China bahawa Laut China Selatan adalah milik mutlak mereka?

Anti Fitnah berkata...

Melayu itu Islam ...
Fitnah paling besar di Malaysia pada hari ini.
Apa kata kamu?

Tanpa Nama berkata...


Ini orang, batu besar kepala atas ada duduk....

Tanpa Nama berkata...

Aku oyat dari dulu doh haji hadi sakit otok(gilo)

nordin Abu Bakar berkata...

Kaki tuang presideng ni..ialah seorang pembohong ..sentiasa bercakap mengikut keadaan..tak tetap pendirian...presideng parti islam tp ucapan dn tindakan mengalahkan yahudi..pengkhianat org islam, pembawa masalah dn memalukan agama Islam sendiri..Elok la kita doakan beliau supaya segera menyusul TGNA.. Semuga malaysia lebih damai tanpa kaki tuang nih...

Tanpa Nama berkata...

BILA PERUT KENYANG LAHAP KARUNG , RASUAH DI PANGGIL REJEKI

Itu lah ALAMAK sekarang

Bagus lah

Tanpa Nama berkata...

Parti perjuangkan agama islam, tapi masih terikat dgn bangsa dan kaum!? Apa punya baghal laa hadi ni. Kesian pada walaunta. Semoga hadi segera insaf sebelum dipanggil 'pulang'.

Tanpa Nama berkata...

Ruu355 = hudud
Balak di tanah org asli = halal duitnya
Pembangkang menang = kapir yg memerintah
Org kapir tegur rasuah & seleweng duit = kapir harbi, darah dia halal di bunuh
Itulah tuang presideng hadi wayang dari mereng..

Tanpa Nama berkata...

BTN dah berjaya rosakkan otak org tua ni..tak mereng, nyanyuk

mfi usj berkata...

Menghalalkan kemunafikan Ameno......itu saja! Tak nampak lah kerjasama dgn ameno!Tapi hakikatnya jelas......amanat nya tak leh pakai!

Keliwon berkata...

Aku lebih rela bukan Islam memerintah negara jika adil, lebih baik Iskam memerintah tetapi tidak adil dan jelek.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, sebagai kapir nak tanya... Adakah ajaran agama benarkan agamawan membuat macam macam tuduhan orang kapir Tanpa bukti tapi Kerana Nama "kapir"??

Adakah Kerana Nama "kapir" maka boleh dipersalahkan segala perkara jahat yang Tak pernah belaku?

Adakah kafir Tak di benarkan dekati agama Kerana Nama kapir mesti orang jahat ?

Tanpa Nama berkata...

Dulu Hadi belit ayat quran...
Sekarang ayat belit hadi.....

Tanpa Nama berkata...

sindrom takutkn cina dh jangkit kt pas.

sungguh memalukn negara yg dikuasai melayu takut pd cina dap saja. napa tk sebut mic dn mca.

klu benar pas takut cina memerintah.. beranikh pas cadang umnu jgn bg kerusi kt mca dn mic.

nnti dap bergabung dgn mca dn mic macamana. kan bahaya tu bg puak assobiyah.

tk sangka lbh takutkn cina dr Allah.

walhal dgn sokong najib itula negara tergadai kpd china.. bkn cina dap tp negara china.

semua berpunca dpd kebodohan dn kerakusan MO1 sekongkol dgn cina jho low.

knapa yg ini pas tktakut dan tk sedar?

sebb bodoh politik dan dangkal pengetahuan apa yg berlaku didepan mata.

org bodoh sombong pasti Allah tutup pintu hati tknampak apa yg berlaku.

90j amat tidak berbaloi dgn selongkol dgn pengkhianat negara yg paling berkuasa

daud ali berkata...

Tampa nama 8.33.
Saya sebagai islam mohon berbanyak maaf dari anda. Saya rasa bersalah, sedih dan malu. Islam tidak sekali kali begitu cuma masalah orang islam sekarang ni banyak dah pening serta ego. Ini soal peribadi mereka.
Nak kenal islam lihat dan dengar dari orang2 bijak pandai yg baru memeluk islam. Lihat islam yg macamana mereka jumpa sehingga mereka memelukny dgn erat sekali.
Sekali lagi maaf saya pinta bagi pehak ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

Azmin dah tengok ke belum video ni?

usop ali berkata...

Dah acok 90 juta..kena subahatla....APA punya ularmak...ularmak kuda nieee.bangang

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS kata Hadi hebat.. tapi tak berani memegang jawatan Mursyidul .. lantik Hashim Jasin .. maka jawatan Mursyidul Am jadi jawatan second class... dia yang bertaraf naib ulamak sedunia .. Kena ikut pandangan mursyidul ?.. dia sepatutnya letak jawatan naib ulamak sedunia.. dan jadi lah ahli politik sepenuh masa selama mana nadi masih berdenyut...

Tanpa Nama berkata...


Ini ucapan merbahaya,

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Hadi tak boleh menjadi imam sebenarnya, langsung......Lebih baik tuan2 belajar dari mereka yang mengenali Allah tanpa kompromi,daripada penunggang Agama ini. Kalaulah islam ikut cara Hadi, alamat hukuman sahaja lah yang dijalankan, muamalat lain dan agama akan menjadi jahiliah semula.


Tanpa Nama berkata...

Tuan..si hadi ni amal islam bangsa bukan ajaran islam cara rasulullah saw..

Tanpa Nama berkata...



Klu imam yg lalok buat FITNAH pilkuda nih buat U-TURN coba2 nak "lawan" Umno semula akibatnya nanti SPRM tentu dtg utk siasat kes 90juta tue,,,huhu n gerenti "ngap" semua lebai2 otai kan masuk kdlm, dah tentu tak dpt LARI lg dah!


Klu penyalak BABI ddlm bukit tu "berani" sgguh nak lawan tauke dedak CASH is King yg dah pun berkongsi 90juta drp hasil curi nya itu...polis dan SPRM akan bongkar habis sgl episod "hitam" seluar dlm XXXL putih aritu, sbb smua "rahsia" itu maseh KEKAL ddlm genggaman mrk/Umno! Kes rembat BALAK Klantan pun pasti takleh lepas punya! haha..

Persoalan nya...

BERANI kah lebai Imam tolol-JAHIL yg dah lalok dgn fitnah pilkuda nya itu nak lawan "TUHAN" Cash is KING yg tlh di per Tuhankan nya itu?

Dibibir nya dia selalu sebut Tuhan nya adalah Allah

TETAPI...ddlm hati nya "TUHAN" yg sgt2 ditakuti serta "imam" yg di WALA'nya adalah tauke dedak Cash is KING yg sgt2 keji..hihi!

Dgn ucapan2 BIBIR yg palsu yg slalu uturn menipu KELIRU, serta pakaian jubah dan sorban nya itu, dia seolah2 TIDAK nampak mcm sesat syirik dan MURTAD..

TETAPI...u all pun boleh pikior sendiri sapekah "TUHAN" yg betul2 bersembunyi ddlm hati nya itu kini, apb dedak curi 90juta tlh pun sama2 di kongsi!?

Cash is King...dah pun mnjd Cash is my GOD ddlm hati, jd tak sesat & MURTAD lg ker klu dah jd cenggini!??

Tanpa Nama berkata...

Jawatan Mursyidul adalah jawatan politik. Tidak mustahil perlantikan telah di buat cara cai juga.

Kali ini gunakan cai supaya Hadi dan Ahmad Yacob tidak di lantik dan dikekalkan sebagai Presiden dan satu lagi terus sebagai Timbalan Mursyidul...

Apabila kedudukan jawatan ini hilang 'bisa'nya kerana tidak di letakkan di tempatnya yang sebaik-baiknya maka sesiapa pun boleh di pilih iaitu selain mengikut umur lebih tua mungkin selepas ini mengikut keturunannya.

Sesiapa boleh jadi Perdana Menteri atau menjadi Menteri Besar tetapi hanya orang tertentu sahaja yang layak menjadi Mursyidul kerana orang itu memegang AMANAH Allah yang menuntut keikhlasan yang tinggi.


Pencolekhangek berkata...

Hadi, kau ni mengapa bertambah bodoh. Bodoh bertingkek-tingkek. Dulu zaman Almarhum TGNA takde pulak idea macam ni. Kau ni minum air ketum ke atau makan pil kuda? Hadi elok kau kahwin anak dara 18 tahunlah. Mana tahu lepas malam pertama otak kau memancar balik macam zaman 80an!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu lain sekarang lain ... makin pening dibuatnya

Syazmall Wan berkata...

SEMOGA ALLAH MEMPERLIHATKAN KPD KITA SEMUA DISAAT KEMATIANYA...INILAH CONTOH ULAMAK JYAL AGAMA DEMI DUIT..

Tanpa Nama berkata...

makin tua makin bodoh dan nyanyuk.org begini sangat bahaya jadi pemimpin.putar belitkan ajaran islam boleh buatkan umat islam berpecah2 dan berpuak2.

Tanpa Nama berkata...

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. ( Al_Quran: 6.123)